Followers

Saturday 20 September 2014

Pemuda TERUS GEMPUR #PengkalanKubor VIDEO @azwanbro @Khairykj


Di sebalik pebagai isu yang kini menimpa PAS dan Pakatan Haprak , Pemuda Barisan Nasional terus menggempur Pengkalan Kubor sebagai sebahagian daripada gerak kerja kempen jentera itu untuk memastikan kawasan DUN N01 terus kekal di bawah Barisan Nasional.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia , Saudara Khairul Azwan Harun atau lebih dikenali sebagai AzwanBro bersama-sama jentera pemuda sudah pun menggerakkan kempen mereka dengan mengadakan walkabout di beberapa PDM dalam kawasan DUN Pengkalan Kubor.

Bagi PRK Pengkalan Kubor , pemuda Barisan Nasional optimis untuk memastikan calon Barisan Nasional Hj Mat Razi Mat Ail menang seterusnya meneruskan legasi arwah Dato Di  dengan meningkatkan peratusan undian khususnya di saluran orang muda.

AzwanBro dalam pada itu menyatakan bahawa penduduk menerima baik kehadiran pemuda di semua kawasan PDM yang dilawatinya dan rata-rata mereka menyatakan sokongan terhadap calon anak tempatan yang diketengahkan oleh Barisan Nasional.


No comments:

Post a Comment

Labels