Followers

Friday 19 September 2014

Perbalahan Makin KETARA PRO Ulama Bakal Tinggalkan Pakatan Rakyat ?? #PengkalanKubor


Kekecohan yang berlaku dalam Pakatan Haprak kini bukan sahaja sudah membuka mata rakyat bahawa pembangkang tidak pernah konsisten dalam setiap gerak kerja mereka tetapi sudah sampai ke tahap tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat.

PAS antara parti yang diserang dengan begitu teruk sekali kini dilihat terkapai-kapai akibat penyerapan agen-agen anwarinas ke dalam parti itu sehinggakan wujud 2 kem dalam parti yang mengaku pejuang Islam tersebut.

Insiden yang berlaku dalam muktamar pemuda PAS dan beberapa satira kata mengata sesama mereka akhirnya mengundang padah.

Di satu kem mereka dilihat mempertahankan dasar parti dengan memihak kepada pemimpin yang pro ulama manakala disatu pihak lain lebih kepada terikut dan taksub dengan ideologi yang dibawa oleh PKR dan DAP.

MMI labelkan semua itu sebagai musibah yang kini sedang melanda parti PAS akibat daripada keegoan mereka sendiri.

Terkini Ahli Parlimen PKR daripada Bayan Baru dilihat menyindir PAS kerana menyerang PKR dan Anwar Ibrahim khususnya dalam PRK Pengkalan Kubor.

"Nak tanya sikit .. PAS lawan UMNO atau Pakatan ?"

Begitulah antara kenyataan yang diluahkan oleh Sim Tze Tzin dan sudah ada persoalan dikalangan pemerhati politik , apakah mereka-mereka ini kecewa melihat rentak PAS apabila PKR sendiri sudah pun memberikan laluan kepada parti itu untuk bertanding di Pengkalan Kubor sebagai salah satu cara untuk menutup mulut PAS bagi menyelesaikan isu di Selangor ?!!!

Dalam pada itu kempen PAS di Pengkalan Kubor dilihat semakin caca marba apabila mereka mula mengalih arah dengan memainkan sentimen MARUAH !!


UNDI UNTUK MARUAH ?? 

Maruah apa kalau DAP dan PKR dengan suka hati boleh menyelar kamu !!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels