Followers

Tuesday 16 September 2014

PRK #PengkalanKubor Bilik Gerakan TUTUP , PAS Terima MUSIBAH !!!

Gambar Hiasan
Semakin tak kena !! Itulah yang berlaku dalam kem PAS di PRK Pengkalan Kubor sejak proses penamaan calon berlangsung.Bukan sahaja fitnah menjadi mainan jentera mereka tetapi sikap jentera sendiri yang kini sudah mula faham bahawa peluang untuk mereka menang di Dun Pengkalan Kubor amat tipis.

Siri ceramah yang hambar bukan sahaja melemahkan para jentera PAS tetapi hampir melumpuhkan semangat juang mereka apabila pancian mereka dengan menurunkan pemimpin utama parti sekalipun GAGAL menarik sokongan rakyat untuk hadir.

MMI sendiri dalam perbualan dengan pengundi di salah satu kawasan PDM di Pengkalan Kubor dimaklumkan bahawa PAS bukan sahaja GAGAL bekerja untuk rakyat tetapi kelibat pemimpin mereka langsung tidak pernah nampak semenjak PRU13 lagi.

Hanya apabila berlakunya PRK Pengkalan Kubor barulah PAS dengan segala macam janji tiba-tiba muncul mengaku sebagai pembela rakyat !!

Malah calon Barisan Nasional Hj Mat Razi Mat Ail yang diketengahkan oleh BN untuk menggantikan arwah Dato Di diterima dengan baik bukan sahaja oleh penyokong UMNO dan BN tetapi juga penduduk sekitar DUN memandangkan beliau sememangnya dikenali kerana sering kali bertemu dan membantu rakyat.

Disebabkan itu penyokong PAS sendiri kini mula beralih arah dan daripada sumber menyatakan Bilik Gerakan PAS di PDM Simpangan yang terletak di Kampung Simpangan, Pengkalan Kubor telah ditutup oleh ahli-ahlinya. Walaupun tidak menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional, namun kebanyakan daripada mereka dilihat condong kepada calon Barisan Nasional memandangkan Haji Mat Razi berasal dari kampung tersebut.

Bilik Gerakan PAS PDM Simpangan yang baru bagaimanapun, telah dibuka oleh PAS Kawasan Tanah Merah (Kawasan Angkat) berhadapan dengan SK Kg. Simpangan.

Daripada maklumat yang diterima, bilik gerakan berkenaan ditutup kerana ketua dan ahli-ahlinya segan dengan calon BN yang berasal dari PDM itu. Walau bagaimanapun, sokongan yang diberikan adalah secara terselindung dan dianggarkan melebihi 50% ahli PAS kawasan berkenaan telah berikrar untuk mengundi calon BN.Baca Seterusnya 

Sokongan itu bukanlah sesuatu yang biasa dan ianya menjadi luar biasa apabila pemimpin tempatan dan penyokong PAS sendiri yang bertindak sedemikian , mencerminkan bahawa calon Hj Mat Razi daripada Barisan Nasional sememangnya berwibawa serta mampu memikul amanah untuk terus berkhidmat kepada rakyat di DUN Pengkalan Kubor.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels