Followers

Sunday 14 September 2014

PRK #PengkalanKubor Laungan Royalti Tenggelamkan Hudud & Perlaksanaan Negara ISLAM !!!


Isu yang seringkali dimainkan apabila timbulnya pilihanraya ! Semua orang tahu tiap kali timbul pilihanraya yang melibatkan PAS sudah hampir pasti isu seperti royalti dan perlaksanaan undang-undang hudud akan ditiupkan kedalam roh-roh para penyokong pembangkang termasuklah rakyat Malaysia.

PRU13 menyaksikan bagaimana PAS begitu teruja mengadu-domba kononnya mereka akan segera melaksanakan undang-undang itu sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya.

Nahhh apa berlaku ?? Sahabat sesyurga PAS , DAP dan macai-macai PKR secara terang menentang niat tersebut malah tidak kurang pemimpin DAP yang memberik kata dua kepada PAS supaya keluar atau lupakah sahaja niat tersebut.

Kini suara itu kembali di Pengkalan Kubor ! Bukan setakat itu mereka semakin galak sehingga POCONG menjadi teman politik !!


Sekali tengok sudah pasti ceritanya rakyat Kelantan begitu terdesak hingga mampu mengundang maut kerana kerajaan pusat menafikan hak rakyat !! Soalnya sejauh mana kebenaran tuduhan terbabit ??


PAS yang ketika ini bersendirian di Pengkalan Kubor kerana masalah politik yang melanda Pakatan Haprak akibat daripada pergeseran isu kedudukan Menteri Besar Selangor dilihat tidak punya hala tuju yang mampu meyakinkan rakyat khususnya di Pengkalan Kubor.

Meletakkan calon seorang kontraktor seolah-olah melenyapkan tempikan hudud dan juga pelaksanaan negara Islam.

Apakah perjuangan PAS kini berubah ?

Mungkin PAS menerima saranan Mat Sabu supaya PAS menolak ketepi soal agama dan mencontohi DAP.

Ulama-ulama PAS yang seringkali menggunakan retorik agama pada sepanjang masa, seharusnya mencontohi dan menjadikan para pemimpin DAP sebagai teladan serta turun bersama-sama rakyat, bukannya sekadar memberikan syarahan dan ceramah semata-mata.

"Para pemimpin PAS tidak lagi sepatutnya menggunakan Islam untuk mendapatkan undi daripada rakyat. " Baca selanjutnya di SINI 

Hmm sepanjang perjalanan ke Kelantan tak nampak pula lebuhraya rakyat !!! 

Tunggu kontraktor ker ??

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels