Aduhai orang kita hari ni , semuanya dihalalkan !!
Nak kata Kerajaan menghalang dakwah, rasa-rasanya dah lebih dari cukup sampaikan ada yang pandai-pandai buat agama sendiri dengan segala macam bidaah termasuklah bidaah politik-agama sebab berasa mereka lebih Islam dari orang lain.
Kalau nak katakan, tempat-tempat beribadah tak ada, rasa-rasanya punyalah banyak sampaikan bersolat jemaah pun, boleh dibilang dengan jari jumlah jemaah tetap terutama sekali pada waktu subuh dan zohor.
Dan nak katakan, hiburan berlebih-lebih, rasa-rasanya setiap rangkaian televisyen, penuh sesak dengan pelbagai program agama, sehinggakan pendakwah-pendakwah pun dah mula bernyanyi-nyanyi dan berlawak jenaka atas alasan untuk menarik pendengar dan penonton.
Perhatikanlah gambar di atas. Apa tanggapan anda?
Baca seterusnya di SINI
MMI
No comments:
Post a Comment