Followers

Friday 19 September 2014

PUAK ANWARINAS Pertahan Mat Sabu Dalam Muktamar !! #PengkalanKubor


Kemelut yang berlaku dalam kem Pakatan Haprak akibat daripada kerakusan manusia bernama Anwar Ibrahim yang terkinja-kinja mahukan isterinya sendiri menjadi Menteri Besar Selangor akhirnya mengundang padah kepada PAS.

Beberapa siri serangan terhadap pemimpin pro ulama PAS oleh pemimpin PKR dan DAP berlaku sejurus keputusan PAS untuk mencalonkan lebih daripada satu nama kepada DYMM Sultan Selangor dibuat.

Insiden tersebut berlarutan sehinggakan ada dikalangan pemimpin DAP memberikan kata dua kepada PAS , bersetuju dengan keputusan Pakatan Haprak atau keluar sahaja dari Pakatan Haprak .

Kemudiannya wujud 2 kelompok ahli PAS yang pro kepada ulama dan pro anwarinas , semuanya disebabkan sikap sebahagian pemimpin PAS yang tidak sehaluan dengan Majlis Ulama PAS dan juga Presiden parti.

Situasi ini cuba ditutup namun muktamar PAS mengesahkan segala-galanya apabila sebahagian perwakilan hadir dengan memakai vest tertulis "KAMI BERSAMA PRESIDEN & MAJLIS SYURA ULAMAK" yang turut meninggalkan dewan sewaktu Mat Sabu memberikan ucapan.

Seluruh negara GEMPAR dengan aksi terbabit namun semuanya tidak lama kerana puak anwarinas ternyata menanti masa yang sesuai untuk membalas serangan.

Akhirnya muncullah kata-kata "Siapa kamu mahu memboikot Mat Sabu ? "
Perwakilan Kuala Krai Zulkifli Yacob mahu Jawatankuasa Pemerkasaan Parti supaya menyiasat dan mengambil tindakan terhadap sekumpulan perwakilan Pemuda yang memboikot ucapan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dua hari lalu.
"Jika benar ia berlaku, ambil tindakan (terhadap) Pemuda negeri (yang terlibat).
"Diberi alasan ambil wuduk (untuk solat asar), wah, alimnya mereka! Itu jawapan politik. Tidak pernah berlaku dalam parti.
"Jangan jadi isu-isu (tertentu) untuk melaga-lagakan pemimpin kita. Tak kira ulama atau profesional kerana mereka adalah pemimpin kita," kata Zulkifli ketika mempersoalkan berhubung laporan tahunan Muktamar PAS 2013.
Tindakan beliau itu mengundang campur tangan Pengerusi Tetap Hussein Ismail yang meminta beliau tidak mengulas panjang memandangkan sesi itu berkaitan perkara teknikal yang berbangkit dalam laporan tahunan.
'Siapa kamu nak boikot Mat Sabu?'
Bagaimanapun, Zulkifli memohon tempoh selama dua minit untuk beliau menghabiskan ucapan dan pertanyaannya.
"Jangan setengah pemimpin kita wala' (setia), dan pemimpin lain kita tak wala'. Saya tidak ada kepentingan apa-apa dengan beliau, tapi saya sokong beliau atas dasar beliau pemimpin kita.
"Beliau banyak jasa, siapa kamu (untuk boikot beliau)," kata Zulkifli.
Semua dah nampak dengan jelas ! Mat Sabu yang sebelum ini menyarankan supaya PAS berubah menjadi DAP pun masih dipertahankan!

Sedangkan di Pengkalan Kubor jentera PAS sibuk melaungkan "Kita Perjuangkan ISLAM" !!

Islam apa tolak ulama ?? Islam apa nak ubah jadi DAP ??

Mungkin itu yang dimahukan oleh perwakilan PAS agaknya !!

MMI

1 comment:

  1. ZULKIFLI dan kawan2 ORANG ANWAR YANG MASUK PAS, BAGI PASTIKAN PENGARUH ANWAR KUAT DALAM PAS,,,pecah belah atau pecah dan perintah,,,,,strateji barat takluk empayar islam dulu2,,,kawan2 ,,,,hati2

    ReplyDelete

Labels