Followers

Wednesday 24 September 2014

Risalah PALSU Mula Di EDARKAN Di #PengkalanKubor


PAS tahu bahawa penduduk di Pengkalan Kubor berketurunan Siam merupakan penyokong kuat Barisan Nasional.Untuk memecahkan sokongan ini bukanlah satu perkara mudah walaupun PAS melakukan pelbagai usaha semenjak hari pertama proses kempen berjalan.

Jika melihat kepada gambar atas jelas kita dapat simpulkan bahawa ianya sedikit sebanyak ada kaitan dengan mereka yang ketika ini punya kepentingan politik di bumi Pengkalan Kubor.MMI bukan menuduh tetapi secara mata kasarnya dah boleh agak !

MMI yakin penyebaran risalah ini berniat jahat dan bertujuan untuk merosakkan imej Barisan Nasional.

Justeru itu satu laporan Polis telah dibuat semalam oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bacok supaya pihak berkuasa melakukan siasatan segera selain daripada menafikan risalah terbabit dikeluarkan oleh UMNO.

Pada pandangan MMI mustahillah mereka yang tidak punya kepentingan dengan parti politik bertanding yang keluarkan risalah tersebut.Setiap yang berlaku pasti punya agenda tersendiri !!

Lihatlah semenjak hari pertama lagi PRK Pengkalan Kubor tercemar dengan pembohongan demi pembohongan termasuklah FITNAH yang ditabur merata jalan !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels