Gambar atas menunjukkan 2 muka Adun PAS yang telah melanggar bai'ah yang dilafazkan oleh mereka sendiri pada ketika mahu bertanding dalam pilihanraya mewakili parti PAS.Lafaz bai'ah itu pula adalah lafaz mereka bagi membuktikan taat setia serta komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan parti PAS.Malah kalau tak silap MMI lafaz itu dilakukan dihadapan pemimpin tertinggi mereka.
Kini setelah menempuh alam sebagai wakil rakyat , mereka akhirnya lupa dengan sumpah mereka sendiri.Ke mana perginya JANJI dengan Allah yang dilafazkan ? Apa mereka langsung tak pernah memikirkan tentang laknat Allah dan para malaikat ?
Kalau mengikut perkembangan semasa , sememangnya 2 Adun terbabit bukan sahaja tidak mengendahkan bai'ah itu tetapi boleh pula memilih untuk memberikan sokongan terhadap pihak lain yang sama sekali tidak dipersetujui oleh parti.
Yang menghairankan MMI adalah tidak ada seorang pun pemimpin tertinggi PAS termasuk Nik Aziz yang membicarakan soal bai'ah terbabit ! Yang ada hanyalah tindakan menggantung 2 Adun tersebut daripada parti selama 1 tahun.
Wahh satu pengajaran yang amat berguna kepada semua wakil-wakil rakyat daripada PAS atau pun bakal wakil rakyat selepas ini kerana sumpah bai'ah sebenarnya langsung tidak punya asas kerana parti PAS sendiri tidak menjadikan bai'ah itu sebagai perkara paling utama dalam membuat satu-satu keputusan.
Apa yang nak ditakutkan , kalau melanggar bai'ah sekalipun hanya dikenakan tindakan gantung selama setahun yang pada pandangan MMI langsung tidak memberikan sebarang makna.
Apabila melihat semua itu berlaku maka bolehlah MMI rumuskan bahawa lafaz bai'ah parti PAS tidak ubah sekadar aktiviti parti yang mungkin dilakukan untuk menunjuk-nunjuk kononnya parti itu menjadikan agama dan tuhannya sebagai perkara pertama sebelum turun ke gelanggang berjuang atas nama politik.
Sedangkan hakikat sebenar ia hanyalah sekadar majlis perabis duit !!
Melihat kepada lafaz bai'ah itu sendiri kita dapat melihat dengan jelas bagaimana agama dan Allah swt dipermainkan-mainkan oleh parti PAS yang mengaku pejuang Islam !
Mana mungkin sebagai parti yang mengaku meletakkan Islam sebagai asasnya boleh pula membelakangkan bai'ah mereka sendiri dan hanya mengenakan tindakan gantung selama setahun terhadap 2 wakil mereka yang jika dikira berdasarkan bai'ah itu mereka bukan sahaja perlu dilucutkan jawatan sebagai pemimpin tetapi juga dibuang daripada parti.
Tapi apa yang PAS buat ? Huhu Nik Aziz kata dia setuju dengan tindakan tersebut hmmm mana pi bai'ah dan untuk apa bai'ah Nik Aziz ????
Mungkin Hadi Awang boleh jawab atau Mat Sabu boleh tolong jawabkan !!!!
MMI
ADUN SENDIRI DIHUKUM TAPI DAP DAN PKR DIBIARKAN. PAS TAKUT KESAORANGAN TANPA DAP DAN PKR
ReplyDelete