Followers

Sunday, 5 October 2014

Aktor HOLLYWOOD Pertahankan ISLAM


Bukan obses dengan apa yang berlaku tetapi mampu dijadikan renungan untuk kita semua sempena petang Hari Raya Aidil Adha. 

Semuanya bermula dengan jemputan keatas pelakon Hollywood Ben Affleck untuk mempromosikan filem terbarunyaGone Girlyang bertukar menjadi perbahasan hangat mengenai Islam.

Ia gara-gara kenyataan seorang tetamu rancangan yang dihoskan oleh Bill Maher, Sam Harris yang tiba-tiba mengkritik Islam dengan merujuk kepada cara Islam melayan kaum wanita, golongan homoseksual dan mereka yang tiada agama yang beliau sifatkan telah sebagai tidak dapat diterima akal.

Affleck yang jelas kelihatan hilang sabar dan marah terhadap Harris yang juga seorang penulis pantas menangkis tanggapan itu.

"(Pandangan) anda menjijikan, ia (bersifat) perkauman,

“Ia seperti berkata, ‘Oh, anda seorang Yahudi penipu,’” kata pelakon itu lagi.

Reaksi Affleck itu dibalas dengan dengan beberapa lagi ungkapan menghina Islam oleh Harris dan ditambah lagi dengan kenyataan 'nasi tambah' pengacara rancangan Bill Maher yang cuba menyamakan Islam dengan kumpulan samseng Mafia sambil disulami dengan perkataan-perkataan mencarut.

Mungkin tidak tahan dengan sikap angkuh kedua-dua mereka, Affleck melontar persoalan “Apa penyelesaiannya? Hanya salahkan (agama) Islam?” soal Affleck.

“Kita membunuh lebih ramai orang Islam daripada mereka (umat Islam) membunuh kita, dengan jumlah yang cukup banyak. Kita telah menceroboh lebih banyak negara Islam daripada mereka menceroboh kita, cukup banyak. Tetapi kita masih dikecualikan daripada perkara ini kerana mereka tidak menggambarkan apa yang kita percaya. (Dengan nada sinis) Kita lakukan secara tidak sengaja, kerana itu kita menceroboh Iraq.”

Dua lagi anggota panel rancangan itu dari anggota Parti Republikan Michael Steele dan wartawan Nicholas Kristof pada sepanjang masa tidak campur tangan.

Namun Kristof ada ketikanya menyokong Affleck dengan mempersoalkan pandangan Harris yang beliau sifatkan sebagai tidak sepatutnya. Sila tonton Video di bawah ini untuk gambaran lebih jelas Ben Affleck pertahankan Islam.

Boleh buat carian di YouTube ... 

Komen MMI ..

1.Ia mengingatkan MMI tentang Tun Mahathir satu ketika dulu 

2.MMI bagi pujian kepada Ben , walaupun beliau bukan ISLAM tetapi mempertahankannya diwaktu pihak lain sedang cuba mengheret orang lain supaya percaya dengan dakyah YAHUDI mereka.

3.Terfikir juga kalau manusia semacam Ben boleh mempertahankan Islam kenapa masih ada orang kita sendiri lebih rela menyerahkan Islam itu untuk dicanai oleh mereka yang sedang memerangi kita dalam diam.

MMI

1 comment:

  1. Moga jadi titik mula utk menyelidiki Islam. Jika jujur ikhlas mencari kebenaran InsyaAllah dibantu Allah swt dan dibuka hati utk menerima Islam.
    Skrg ni dah mudah, buka aja Youtube, search aja 'muslim convert', mcm mcm cerita keluar, nilaikan aja sendiri kebenarannya.

    ReplyDelete

Labels