Followers

Tuesday, 14 October 2014

Anwar Nak Jumpa NAJIB ??


Uihh biar betoi apa yang MMI dengar ni ?? Anwar nak jumpa NAJIB ?? Huh nak jumpa untuk apa tu agaknya ?? Kalau berdasarkan kepada perkembangan semasa mungkin ianya berkaitan dengan kes rayuan Anwar di mahkamah pada hujung bulan ni.

Mungkin juga sebab 5 panel hakim Mahkamah Persekutuan di Putrajaya menolak rayuannya untuk menggugurkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang akan mengetuai pendakwa dalam rayuan kes liwat Anwar nanti.

Hmm macam-macam kelaku dia ni !! 

Tapi ampa semua jangan serbu dulu , tak ada berita pun tentang si Anwar Brahim ni nak jumpa Najib PM kita tu.Kalau ada pun semalam , sorang budak nama Nuar bagitau MMI nak jumpa Najib kawan dia sebab nak ajak main futsal !! Tak ada kena mengena pun hihi.

Apa pun jutaan rakyat Malaysia kini menantikan detik 28 Oktober 2014 , hari yang mungkin bagi sesetengah dari kita keramat kerana pada detik itulah manusia bernama Anwar Ibrahim akan dihitung nasibnya oleh 5 panel hakim sama ada menyumbatnya ke penjara atau membebaskannya.

Dan kerana itulah juga Anwar kini semakin resah memandangkan tempoh jangka waktunya untuk bebas di dunia semakin suntuk.Apa sahaja keputusan tetap menjadi debaran buat tuan punya diri dan sudah semestinya MMI dan rakan-rakan lain turut menantikan detik yang sama.

Namun seperti yang kita semua tahu , Anwar tidak akan berdiam diri dan mungkin pada ketika inipun beliau sudah merangka beberapa perkara yang difikirkan mampu untuk mengheret sebahagian rakyat Malaysia untuk melakukan demo atau apa sahaja yang boleh menyebabkan dunia melihat kerajaan bersikap tidak adil terhadap bekas banduan ini.

Terkini beliau sudah pun melakukan propaganda awal dengan meletakkan kedudukan rakyat begitu tinggi seolah-olah badan kehakiman yang menjadi tempat beliau memalit najis selama ini sekadar pertunjukkan sarkas.


Rakyat menghakim pada pilihanraya, Peliwat dihakim mahkamahTak payahlah nak spin dan nak naikkan kemarahan seolah-olah diri tu tak salah.
Malah kalau dah serah pada rakyat,, jangan pula nak buat lakunan sakit pula. Kali ini, ianya dilakukan oleh Sulaiman Abdullah.
Difahamkan bahawa Sulaiman Abdullah peguam utama bagi membela Dato Seri Anwar Ibrahim pesalah seks luar tabie dalam kes liwat telah mengambil cuti sakit selama 3 bulan.
Jika ianya benar cuti sakit diambil selama 3 bulan sudah pasti pada 28-29 Oktober ini pesalah seks luar tabie Anwar Ibrahim akan memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan perbicaraan kes tersebut.
Ini memang satu tipu helah bermaruah oleh Anwar Ibrahim yang sengaja meletakkan seorang peguam yang sakit bagi melambat lambatkan proses keadilan di Malaysia.
Mahkamah didesak tidak menerima alasan cuti sakit peguam Sulaiman Abdullah kerana cuti sakit selama 3 bulan merupakan satu alasan yang sudah tentu diragui dan juga ianya dengan sengaja memperlekehkan Mahkamah yang mulia.
Anwar mempunyai ramai peguam dalam pasukan pembelaannya. Sulaiman Abdullah baru diamil kembali sebaik Karpal Singh mati.
Untuk rekod Sulaiman Abdullah merupakan peguam pertama bagi mewakili DSAI dalam kes liwat. Namun pada 2008 Sulaiman Abdullah telah menarik diri dari mewakili Anwar Ibrahim atas alasan menghidap penyakit BUASIR. Sebenarnya itu hanya alasan dan kali ini, dia tahu Awwar bersalah.
Isteri pernah bekerja dengan SUHAKAM, tapi Sulaiman sanggup menjilat ludah balik untuk pertahankan peliwat ini.theunspinners
Jika benar apa yang disebut diatas maka jelas dan terbukti , inilah sikap pemimpin pembangkang yang saban hari berbicara soal hak , ketelusan , keikhlasan , amanah dan lain-lain perkara yang baik-baik sebagai perisai untuk mendapat kepercayaan rakyat.

Apakah Saiful Bukhari tidak punya hak untuk mendapatkan pembelaan yang sewajarnya ? Malah jika Saiful dianggap sebagai kaki putar belit mana mungkin beliau begitu berani untuk mengangkat SUMPAH ?

Anwar Ibrahim seorang pemimpin dan mengaku dikhianati pula langsung sama sekali tidak berani menyentuh Al-Quran dan melafazkan sumpah seperti mana yang dilakukan oleh Saiful Bukhari.

Well dalam keadaan ini rasanya semua dah sedia maklum siapa sebenarnya yang bersalah !!

Apa pun kita masih memberikan ruang dan peluang kepada Anwar untuk menggunakan sistem kehakiman negara dalam usahanya berdepan dengan tuduhan meliwat Saiful.

Kepada Anwar kalau ada pun niat untuk berjumpa Najib , keputusan pada hujung bulan nanti hanya ditentukan oleh 5 ahli panel Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.

Bukan Najib yang tentukan , tapi kalau nak juga jumpa rasanya boleh tu setakat Anwar nak bersembang dan pekena teh tarik tak ada hallah ... tapi selepas keputusan di buatlah , bukan apa nanti dituduhnya ada komplot pula !!!

MMI

1 comment:

  1. rakyat masih buta dengan lakonan geng anwar ni, cuti tiga bulan tu sebab mamat tu nak bersalin ke, atau ada sakit jantung nak kena buat by-pass..kalau sakit jantung pun tak perlu cuti panjang...sebab ada cara baru tak perlu bedah, cuma puncture hole masukkan alat untuk buat by-pass..rakyat patut bangun bantah dengan mainan politik anwar ini dengan mempermain main kan mahkamah..ngo yang benar ikhlas dan jujur apa lagi, bangun lah mempertegakkan keadilan untuk perbicaraan ini di jalankan..

    ReplyDelete

Labels