Followers

Thursday, 23 October 2014

BEHIND THE SCENES Isu VIDEO & Azhar Idrus !! PART 2


Dalam suasana dingin akibat cuaca yang tidak menentu kerana hujan dibeberapa tempat di Malaysia , kita secara tiba-tiba dikejutkan dengan penyebaran video berdurasi 38 saat yang menunjukkan kelibat seorang lelaki yang menyerupai Ustaz Azhar Idrus dengan seorang wanita yang hanya berpakaian seluar dalam diatas katil dalam satu selimut.

Klik sini untuk Part 1 

Seluruh siaran media sosial tiba-tiba gempar , trafik jem disemua saluran Whatsapp , Whecat , Telegram , Tweeter dan blog.

Apa sudah jadi ni ? Ada dikalangan mereka diluar sana yang langsung tidak mahu ambil tahu kerana ia terlalu mengaibkan.Apatah lagi ia melibatkan seorang pendakwah !

Pelbagai persoalan , pertanyaan dan andaian mula menjelajah kesetiap ceruk laluan di media sosial termasuklah di sidang meja bulat yang berterabur di serata kampung dan bandar.

Sah sebab wanita itu mirip isteri beliau !! 

Kenapa perlu Azhar Idrus merakamkan aksi intim sebegitu ?

Ini superimposed !! 

Ini kerja UMNO !! 

Ini kerja pembangkang !! 

Dan macam-macam lagi andaian serta persoalan yang muncul sehinggakan sukar untuk kita menjawabnya.

Sehingga artikel ini ditulis , MMI sendiri belum pasti tentang status video tersebut.

Namun yang pasti ianya merupakan satu tindakan daripada pihak yang amat terdesak dan punya kepentingan lain.Suka untuk MMI nyatakan disini walau siapa pun penyebarnya tujuan dan matlamatnya hanya satu.

MEWUJUDKAN satu lagi fenomena seperti mana yang berlaku sebelum ini terhadap beberapa individu mahupun pemimpin politik di Malaysia.

Bagi menjawab persoalan tentang adakah ianya kerja buat UMNO maka MMI punya pandangan tersendiri yang rasanya harus dikongsikan bersama.

Untuk apa UMNO menyebarkan video sedemikian ? Jika dilihat daripada rakaman video itu jelas ianya adalah rakaman yang dibuat sendiri oleh pihak terlibat.

Maka agak aneh untuk menuduh UMNO yang melakukannya pada ketika suasana politik dilihat memihak kepada UMNO dan Barisan Nasional.Malah jika kita review kembali video-video dan aksi akrobatik melibatkan nama-nama besar seperti Anwar dan Mustafa Ali jelas sekali kita sendiri dihantui persoalan siapakah yang menjadi dalang PERAKAMNYA ?

Mahu menuding jari kepada UMNO ? Jangan lupa Chua Soi Lek juga pernah terlibat dalam situasi yang sama.

Jika UMNO tetap mahu dituduh sedemikian rupa , bagaimana pula jika MMI katakan ini merupakan permainan mereka yang pro kepada pembangkang ?

Kita baru sahaja dikejutkan dengan penyebaran gambar hubungan intim melibatkan seorang Ahli Parlimen DAP , Zairil bersama pasangannya Dyana Sofya.Bermacam-macam ulasan muncul sehinggalah kedua-duanya membuat kenyataan menafikan bahawa individu dalam gambar terbabit adalah mereka.



Well sesuatu yang harus kita tahu adalah , penyebaran gambar itu bukan sahaja sudah menusnahkan imej KEMELAYUAN yang cuba dihidupkan oleh DAP pada hari ini tetapi turut membantutkan perancangan mereka untuk menjadikan anak-anak muda Melayu ini sebagai IKON bagi menarik lebih ramai orang Melayu atau anak muda untuk menyertai DAP.

Satu agenda terancang yang kini terjejas akibat pendedahan gambar terbabit !

Dalam masa yang sama , kita juga jangan sesekali terlepas pandang bahawa Anwar Ibrahim kini sedang dalam rangka jelajahnya ke beberapa buah negeri sebelum dihadapkan ke mahkamah pada 28 Oktober 2014 nanti.

Apa yang berlaku semalam pasti akan menjadi sebahagian daripada isu selepas ini untuk Anwar tiupkan ke dalam roh para pencacai pembangkang bahawa inilah gerak kerja jijik yang sering kali dilakukan oleh UMNO untuk menjatuhkan mereka-mereka yang mampu menggugat kedudukan mereka.

Anwar mahupun jentera pencacai Pakatan Haprak akan mula menghentam UMNO kerana sanggup mengaibkan seorang pendakwah seperti Ustaz Azhar Idrus.

Rasa amarah rakyat akan dibangkitkan terhadap UMNO dan kerajaan seterusnya menjadi intipati terbaik untuk mengheret rakyat agar turun ke Putrajaya pada 28 & 29 Oktober nanti atas nama Rakyat Hakim Negara !

INGAT pendedahan daripada wikileak sebelum ini pernah menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri Singapura , Lee Kuan Yew sendiri pernah memberitahu agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) bahawa beliau sendiri mempercayai Anwar sememangnya melakukan  aktiviti liwat itu bersama seorang pembantu lelakinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.Klik Sini  

Anwar pula terus menafikan ...

“Wikileaks, apa bukti kamu, bawa Lee Kuan Yew ke mahkamah. Saya tidak peduli, kamu fikir saya buat atau tidak. Itu bukan urusan saya. Kamu ada rakaman video atau catatan doktor, bawa ke mahkamah. "

"Ada bukti? Saya minta peguam saya menjawab. Ada bukti?... Lee Kuan Yew (boleh) bawa ke mahkamah (dan) jadi saksi kepada Najib di mahkamah," katanya.

Bagi MMI dalam isu video melibatkan individu menyerupai Azhar Idrus segalanya mungkin berlaku.Jika benar ianya Azhar Idrus maka kita harus memikirkan satu perkara siapa yang mendedahkannya dan untuk apa ?

Jika ianya PALSU maka untuk apa ianya didedahkan pada ketika DAP sedang mengalami masalah keruntuhan moral ahli Melayu DAP yang mereka banggakan selain tempoh masa yang semakin hampir untuk Anwar kembali ke penjara ?

Lebih penting kenapa golongan pendakwah kini menjadi sasaran mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ? 

INGAT ulama dalam PAS dah lama disisihkan oleh mereka yang percaya dengan politik ala PKR dan DAP !! 

Sekarang bagaimana ? Apakah kita mahu menafikan langsung senario yang MMI perkatakan diatas ?

MMI

3 comments:

  1. komen aku kalau setakat gmbr still.. sesapa pun blh bikin.. sedangkan video yg bergerak pun org tak percaya inikan pula setakat gambar..

    ReplyDelete
  2. Kemungkian ini satu cara cari makam dalam dunia era techg.Riba morden.

    ReplyDelete
  3. Isunya nak alih fokus.lagi teruk kalau ada video2 yg masih x keluar.

    ReplyDelete

Labels