Followers

Monday, 20 October 2014

"Cara Kita Berbeza Tapi Misi Kita Tetap Sama" CALON AHLI PARLIMEN BELIA MALAYSIA PP005 #Vote4Faiz


Parlimen Belia Malaysia kini sedang dipersiapkan setelah siri percubaannya pada tahun sebelum ini selesai diadakan.Kini para belia dari seluruh negara yang telah menawarkan diri untuk dipilih sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia sedang rancak dengan kempen masing-masing dan sudah semestinya persaingan itu wujud dalam keadaan yang cukup harmoni.

Salah seorang calon yang MMI rasa wajar dipilih oeh para belia adalah Mohd Faiz Mohamed Rafeek , seorang anak muda dari Balik Pulau , Pulau Pinang.

MOHD FAIZ BIN MOHAMED RAFEEK merupakan Exco Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Pulau Pinang merangkap YDP GPMS Barat Daya.Beliau juga merupakan pegawai khas kepada Presiden GPMS Kebangsaan Saudara Jais Abdul Karim.

Dalam masa yang sama turut menjawat jawatan sebagai ; 

Pengerusi Majlis Pendekar Malaysia Negeri Pulau Pinang
Ahli Makmal Transformasi Pembangunan Belia (Youth Lab) 
Ahli Parlimen Belia Malaysia (P) 

Beliau sebelum ini pernah mewakili Majlis Pendekar Malaysia ke Assmbely World Martial Arts Union (Korea Selatan)  selain penerima Anugerah Tokoh Belia Perdana Peringkat Daerah Barat Daya tahun 2014.

Anak kelahiran Negeri Pulau Pinang ini mula aktif dalam NGO sejak di bangku sekolah dan program yang pertama dihadiri beliau adalah Seminar Pemikiran Dr. Mahathir pada tahun 2000.

Pernah menjadi Pengarah bagi beberapa Program di peringkat kebangsaan dan Negeri selain bersama Skuad Jelajah Motivasi 1 Malaysia (Peringkaat Kebangsaan) jelajah ke 100 buah sekolah yang terpilih untuk memberi motivasi SPM.

Malah terlibat menguruskan program seperti Malam Pendekar 1 Malaysia di Penang Times Square dirasmikan oleh YAB PM (Peringkat Negeri) dan juga Himpunan Satria Muda Peringat Negeri dirasmikan oleh TYT Gabenor Pulau Pinang (Peringkat Negeri).

Selain daripada aktif bersama NGO , MOHD FAIZ BIN MOHAMED RAFEEK mempunyai matlamat dan misi tersendiri yang menjadi intipati kepada semangat serta kecekalannya sepanjang bergiat aktif untuk melihat para belia terus di pacu. 

Perancangan masa depan untuk Belia Pulau Pinang :

1. Mengenal pasti jumlah belia yang menganggur di setiap daerah di Pulau Pinang.

2. Memperbanyakan program-program kemahiran dan keusahawanan untuk belia.

3. Menyelamat belia-belia yang belajar separuh jalan dengan mencari peluang untuk menempatkan mereka di ILP, IKBN, IKM, KTTM

4. Hasrat untuk melahirkan lebih ramai belia berkemahiran sekaligus menyumbang kepada ekonomi negara dan berdaya saing.

5. Rintihan belia jarang didengari. Sekiranya dipilih sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia (Pulau Pinang) ianya adalah platform terbaik untuk beliau membawa usul-usul berkenaan dilema belia terhadap perkara-perkara utama yang sentiasa membelenggu mereka antaranya kesukaran mendapat pekerjaan dan jumlah pengangguran yang meningkat saban tahun.

6. Peningkatan kos sara hidup yang membebankan bagi belia yang bergaji kecil. Jadi kursus-kursus kemahiran dan keusahawanan adalah yang terbaik untuk mereka.

7. Ianya adalah peluang untuk mereka meneroka ruang dan peluang yang pelbagai dari segi pemantapan sahsiah dan kerjaya.

Bagaimana belia akan menyumbang kepada ekonomi negara jika tahap pengangguran kian bertambah? Malah belia tidak berkemahiran dan berkerjaya turut membimbangkan.

1. Maka pelan jangka pendek dan jangka panjang untuk belia akan dirangka seiring dengan kepesatan ekonomi.

2. Ingin saya tegaskan bahawa sekiranya belia kita berkemahiran dan berkerjaya, maka secara tidak langsung ianya membantu membangunkan ekonomi negara.

3. InsyaAllah, mohon dipermudahkan segala rancangan ini dalam usaha membawa belia ke satu tahap yang lebih tinggi dengan harapan belia adalah golongan pertama pemangkin kepada ekonomi sejajar dengan manifesto saya "Belia Pemangkin Ekonomi Negara"

'Cara' kita berbeza tetapi 'misi kita tetap sama, 'Modul' kita berbeza tetapi 'hasrat' kita tetap sama, biarpun berbeza cara tetapi impaknya 'maksima' ayuh teruskan membina langkah pada 22 Oktober 2014 memilih MOHD FAIZ BIN MOHAMED RAFEEK (PP 005) Calon Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Pulau Pinang.
#Vote4Faiz
#PP005
#CalonPenang
"Belia Pemangkin Ekonomi Negara"

MMI kata jom pakat-pakat undi Faiz !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels