Followers

Thursday, 16 October 2014

CINA Guna Nama MELAYU Tapi Tak SOKONG Melayu !!


MMI tertarik dengan artikel terbaru daripada Tan Sri Zainuddin Maidin menerusi blognya hari ini apabila memperkatakan tentang puak pendatang yang marah dengan label yang diberikan terhadap mereka sedangkan hakikatnya mereka sendiri yang GAGAL untuk meyakinkan orang lain bahawa mereka adalah sebahagian daripada Malaysia.

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada pelbagai bangsa.Malah kepelbagaian ini sebenarnya menguntungkan Malaysia kerana kita dapat membuktikan kepada dunia bahawa kita aman dengan kepelbagaian ini.

Kerana itu ia sedikit sebanyak menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan yang dimiliki oleh negara hari ini.Orang luar tidak perlu gusar untuk memikirkan tentang malapetaka seperti pergaduhan kaum dan juga pertelingkahan sesama rakyat sehingga berlakunya ketidakstabilan politik dan ini menjadi intipati terbaik kepada Malaysia untuk dipilih sebagai destinasi pelaburan oleh mana-mana pihak diluar sana.

SEDARkah kita bahawa kaum Cina di Malaysialah yang paling banyak mengaut keuntungan hasil daripada kepelbagaian yang MMI sebutkan diatas ? Namun kenapa hari ini masih ada dikalangan mereka yang begitu emosi apabila sesetengah daripada kita melabelkan mereka sebagai golongan pendatang ?

Adakah kaum Cina di Malaysia hari ini sudah membuktikan mereka benar-benar menepati ciri-ciri bangsa Malaysia ?

Pernahkah mereka memikirkan kenapa masih ada pihak diluar sana yang masih melabelkan kaum ini sebagai PENDATANG ?

SELEPAS lebih 57  tahun merdeka,Perdana Menteri Datuk Seri Najib menyeru orang Cina supaya belajar bahasa Malaysia sambil  bertanya  "boleh? "di Persidangan Perwakilan  MCA  baru baru ini  dan dijawab oleh perwakilan "boleh".

Jika sesudah lebih 57 tahun masih berbahasa Malaysia pasar  dan tidak faham Bahasa Malaysia maka tidak mustahil 50 tahun lagi pun  mereka tidak juga boleh kecuali jika ada suatu kesedaran baru yang ikhlas dan bersungguh- sungguh  dan jika mereka   dapat menghayati apa  di hasratkan  oleh Presiden baru  MCA Liow Tiong Lai.

Saya percaya Najib membuat seruan tersebut atas kesedaran masih ramai orang Cina termasuk generasi baru  tidak dapat bercakap , membaca dan memahami  bahasa Malaysia dengan sewajarnya. Walaupun  mereka belajar Bahasa Malaysia  di sekolah Jenis Kebangsaan Cina tetapi di ajar oleh guru Cina sendiri yang menjadikan pertuturan mereka ikut loghat  Cina dan mereka belajar bahasa Malaysia sekadarkan untuk lulus peperiksaan.

Setelah lebih lima puluh tahun merdeka, kebanyakan orang Cina Malaysia tidak mempunyai identiti bahasa Bangsa Malaysia seperti Cina Indonesia dengan Bahasa Indonesia, Cina Thai dengan Bahasa Thai, Cina Singapore dengan Bahasa Inggeris dan China Amerika dengan Bahasa Inggeris yang langsung kita kenal sebagai American Chinese atau Indonesian Chinese.

Maka itu kenapa mereka merasa marah jika di salah mengertikan sebagai bangsa pendatang kerana mereka sendiri tidak mahu dikenali  dengan  bahasa rakyat negara ini dan masih mahu lebih dikenali dengan bahasa pendatang? Ini adalah pengasingan diri dari arus perdana yang dilakukan sendiri  (Self Isolation)

Jika dipanjang  umur, lebih 50 tahun dari sekarang, Najib  akan bertanya lagi kepada orang Cina: boleh tak belajar Bahasa Malaysia dan mereka akan jawab boleh tetapi mereka akan tetap berada dalam keadaan tidak boleh.

Lebih 50 tahun dahulu,bila Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman meminta peniaga Cina menggunakan papan iklan perniagaan  dalam bahasa Malaysia,mereka membantah kerana dakwa mereka akan menyebabkan perniagaan mereka merosot.Sampai sekarang pun bila ada majlis  mesyuarat orang Cina termasuk MCA sendiri mereka akan meletakan Bahasa Malaysia di bawah atau tidak menggunakannya langsung.Mereka mahu dikenali dengan bahasa pendatang kerana bahasa pendatang lebih bertamadon.

Kenapa kita terlalu risau  jika orang Cina mahu melakukan pengasingan diri,tidak mahu berada di aliran perdana dan lebih mahu dikenali dengan bahasa pendatang dan bukan bahasa yang diiktiraf sebagai  Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan negara ini? Baca Selanjutnya 

Secara jujurnya kaum Cina juga begitu memerlukan sokongan orang-orang Melayu dan ini telah berlaku sejak lama dulu.Mungkin sebahagian daripada kita tidak sedar atau buat-buat tak faham.Contoh mudah lihat sahaja produk-produk yang dihasilkan oleh kaum cina yang kini berada di pasaran.

Apakah pilihan jenama yang mereka pilih dan agaknya kepada siapakah golongan pembeli yang mereka sasarkan ?


Menjawab persoalan yang dilontarkan oleh Zam di perenggan terakhir bognya , Siapakah yang membina dan mahu mengekalkan  identiti bangsa pendatang? 

Bukan Melayu dan sudah semestinya bukan kaum-kaum lain melainkan mereka sendiri.Dan secara jujurnya mereka ego kerana sering kali diberi muka.Jika melihat kepada produk diatas maka kita tahu bahawa mereka hanya mahu keuntungan bukan menjadi sebahagian dari kita !!! 

MMI

2 comments:

  1. Aku memang bosan tengok setiap kali menaiki kapalterbang, semua penumpang2 cina membaca suratkhabar cina!!!!! WTF!!

    Boleh tak pentadbiran MAS STOP SUPPLYING chinese newspapers during the flight!!

    Learn to speak Malay first! English can be second and chinese third!!!!!

    Also, please tear down does ugly chinese signboards everywhere!! Why aren't the respective Majlises doing their jobs???

    ReplyDelete
  2. apa nak jadi ni kalau comment tulis la bahasa malaysia,
    ni tak rojak malay speak english!!!!!! apa nak jadi????
    nak jadi orang putih..........ke.?

    ReplyDelete

Labels