Followers

Thursday 16 October 2014

Mereka hanya Satu ILUSI


Memang benarlah apa yang KJ katakan bahawa 3 anak gadis berbangsa Melayu yang kini memilih untuk bersama DAP merupakan satu ilusi yang dicipta oleh parti tersebut bagi mengaburi mata orang-orang Melayu.

ILUSI itu pasti akan berakhir apabila sampai masanya nanti.Mengambil kira sejarah dalam Pakatan Haprak sendiri kita sudah dapat mengagak apa yang bakal berlaku terhadap 3 gadis ini.Mungkin pada ketika ini mereka ditatang bagai minyak yang penuh tetapi sejarah yang tercatat telah membuktikan parti sebesar PAS pun bukan sahaja diherdik tetapi diberi kata dua SOKONG atau BERAMBUS !!


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak bimbang dengan tindakan 3 gadis Melayu yang menyertai DAP baru-baru ini dan hanya menyifatkan ianya sebagai "ilusi" untuk mengaburi orang ramai.

Menteri belia dan sukan itu berkata, langkah DAP melengkapkan spektrum gadis Melayu dalam parti tersebut tidak bermakna majoriti orang Melayu menyokong mereka.

"Mula-mula ambil wanita tidak bertudung, selepas itu bertudung dan kemudiaan berpurdah, jadi lengkaplah spektrum seluruh wanita Melayu,” katanya dalam forum 'Evolusi Politik Anak Muda Malaysia: Dulu, Kini dan Akan Datang' di Wisma PNS di Petaling Jaya, Selangor malam tadi.

"Tapi itu hanya ilusi,” katanya.

Bagaimanapun katanya, walaupun hanya 3 orang, perkara tersebut menyebabkan para pemimpin dalam Umno risau kerana ilusi yang kuat dicipta DAP.

"Setiap kali buat progam, ada kira-kira 20 orang Melayu yang hadir program. Tetapi ilusi itu merisaukan pemimpin kita sendiri, mereka kata kalau macam ini habis kita sebab Melayu sudah bersama DAP.

"Tetapi ilusi itu kuat," katanya.

Khairy berkata, Pemuda Umno perlu cepat bertindak menangkis ilusi yang diwujudkan sedemikian kerana kelak rakyat akan terpengaruh dengan usaha tersebut.

"Itu hanya ilusi, bukan ramai yang masuk DAP tapi hanya 3 orang saja, tapi perkara begini kita perlu ubah," katanya.

DAP semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan lalu mengambil langkah berani apabila meletak calon gadis Melayu, Dyana Sofea Mohd Daud bertanding melawan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong.

Walaupun tewas, gelombang dan persepsi orang ramai terhadap DAP agak berbeza kerana sebelum ini dianggap sebagai sebuah parti berasaskan kaum Cina.

Selepas itu, dua lagi gadis Melayu Syefura Othman juga dikenali sebagai Rara, dan Jamila Rahim, yang dikenali sebagai Melati turut menyertai DAP.

Ketiga-tiga gadis ini tidak terlepas daripada serangan dan cacian sehingga seorang daripada penulis blog pro Umno mengatakan lebih baik menjadi pelacur daripada menyertai DAP. - tmi

Well macam biasa kita tunggu dan lihat apa bakal berlaku nanti !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels