Patutlah di Pulau Pinang ni semua rumah-rumah yang dibina oleh kerajaan negeri atau melalui mana-mana agensinya mahal-mahal belaka.Nak harap yang puak swasta lagilah gila harga , dan berlakulah apa yang selalu kita dengar rintihan dan keluh kesah rakyat marhain kerana hak mereka untuk mendapatkan rumah mampu milik tidak kesampaian.
MMI pun hairan kenapa begitu banyak rumah-rumah mewah di bina ? Orang Melayu sebahagiannya besarnya tidak akan mampu memiliki rumah-rumah sedemikian , barangkali orang India juga mengalami nasib yang sama.
Lepas tu macam-macam cukai dikenakan termasuklah janji dan segala bana kenaikan caj demi caj yang dikenakan terhadap penduduk di Pulau Pinang.Cukai katil , surcaj air , caj parking kenderaan yang kini sudah dilanjutkan tempoh masanya dan macam-macam lagilah.
Kini kerajaan DAP di Pulau Pinang menaikkan pula cukai kepada nelayan yang mengusahakan ikan dalam sangkar.Tu dia cerita dia tak turun-turun langsung !!!
Apabila hal berkaitan diajukan oleh Ahli Parlimen Padang Besar (BN) Datuk Zahidi Zainul Abidin kononnya kerajaan DAP Pulau Pinang hanya berpura-pura prihatin mengenai cukai tetapi mereka juga mengenakan pelbagai cukai yang tidak masuk akal , wakil daripada DAP bingkas bangun untuk mempertahankan tindakan tersebut.
Dan tindakan inilah yang amat menarik perhatian MMI bila mana si Ahli Parlimen DAP ini bukan sahaja menjawab persoalan terbabit tetapi turut mendefinisikan maksud KAYA !!
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, menyatakan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menaikkan cukai untuk pelihara ikan dalam sangkar dan mengenakan cukai kepada penginap hotel adalah munasabah kerana kumpulan ini merupakan kumpulan MAHA KAYA.
MMI tak nak menyanggah apa-apa sebab kenyataan itu datangnya dari seorang yang bergelar Ahli Parlimen di Pulau Pinang dan sudah semestinya dia tau banyak perkara khususnya yang melibatkan rakyat di akar umbi.
MUNGKIN hasil kaji selidiknya bersama pencacai DAPigs telah menunjukkan yang semua warga Pulau Pinang KAYA RAYA atau MAHA KAYA !!
Berbalik kepada apa yang MMI catatkan di awal tadi , kenyataan ahli Parlimen DAP ni adalah JAWAPAN kenapa suara rakyat yang kurang mampu tidak hiraukan oleh kerajaan DAP selama ini.
Sebab DAP anggap semua orang MAHA KAYA !!
Jadi tak perlu rumah mampu milik dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya.Selama ini bagi bantuan tu bagi bantuan ni hanyalah sekadar gula-gula politik.Yang kaya terus kaya macam si Ketua Menteri tu asyik tukaq kereta ja !!!
Oh ya lagi satu takat tu ja ka standard Ahli Parlimen DAP ??
MMI
No comments:
Post a Comment