Followers

Wednesday 8 October 2014

DEMO Bantah Di PARLIMEN Tak Dapat Sambutan JANGAN SERONOK SANGAT !!!


Sejak tengahari tadi dah banyak berita tentang demo besar-besaran membantah perlaksanaan GST & juga pengurangan subsidi minyak yang diadakan di perkarangan bangunan Parlimen tidak mendapat sambutan.

Dimaklumkan tidak sampai 100 orang yang hadir untuk menyertai demo terbabit dan daripada gambar-gambar yang disebarkan jelas sekali kita dapat melihat demo terbabit tidak ubah sekadar satu lagi gimik politik pembangkang dalam mendepani isu yang pada ketika ini sedang panas.

Banyak pihak juga mula menghentam pihak penganjur demo terbabit diatas kegagalan menarik sokongan orang ramai untuk bersama mereka pada pagi tadi.

Malah berdasarkan pemerhatian MMI , selain daripada demo terbabit ianya turut menjadi pentas untuk mempopularkan seorang anak Melayu yang kini sedang hanyut dibuai mimpi indah bersama parti DAP.

Tak lupa perkara yang sering berlaku sebelum ini orang-orang upahan yang sanggup hadir semata-mata kerana habuan yang menanti dan ada diantaranya kita kenali sebagai tukang tampar yang sering menghiasi demo-demo anjuran pembangkang sebelum ini.







Sebahagian daripada gambar aksi-aksi pendemo siang tadi , dan sudah semestinya ada kekeliruan dikalangan mereka yang hadir contohnya si Pak Cik bersongkok diatas.Jelas baju yang dipakainya itu merupakan pilihan beliau sendiri dan pastinya ia dipilih sempena dengan demo yang diadakan.

Agak aneh bunyinya "DEMOCRACY IS DEAD" !! Oh apa benar demokrasi sudah mati di bumi Malaysia ? Hmm kalau betullah rasanya si Pak Cik tu bukan sahaja tak sempat nak bergaya dengan bajunya , siap dah sampai ke dalam lokap !!

Begitulah hebatnya pendemo-pendemo siang tadi walaupun kebanyakkan daripada mereka itu adalah penerima-penerima BR1M dan beberapa bantuan lain yang dinikmati hasil daripada pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

Tak mengapalah sebab hak kebebasan bersuara katanya , maka MMI terfikir jika demokrasi adalah sebahagian daripada pegangan mereka-mereka ini mengapa tidak si Pak Cik itu dan mereka-mereka yang lain turut berdemo di hadapan Pejabat parti PKR memandangkan "Langkah Kajang" serta apa yang berlaku di bumi Selangor tidak langsung mencerminkan demokrasi seperti mana yang mereka JUNJUNG ?

Kenapa pula si Pak Cik dan teman-temannya tidak pula segera membeli tiket bas atau memandu sahaja ke Pulau Pinang dan mengadakan demo di hadapan KOMTAR menuntut supaya Lim Guan Eng segera mengaku bahawa begitu ramai ahli DAP yang dipecat semata-mata kerana hilangnya demokrasi dalam pemilihan CEC parti tersebut ?

Hairan bukan ? Oh lupa dengar cita si Pak Cik tu pakai baju yang orang bagi !! Laaa awat tak bagitau awal-awal ... Oklah pakailah Pak Cik tak ada hal !

Jangan lupa habuan tu simpan sama nanti mana tau ada demo lagi !!!

Selain dari tu ada juga yang mengeluh harga barang naik , siap bagitau kadar orang miskin di negara ni semakin bertambah kemudian ada yang bertanya kerajaan nak suruh rakyat makan pasir ka ???

Terfikir MMI , kejam sangat ka kerajaan Barisan Nasional ni ????

Sebagai sebuah negara yang kini sedang berhadapan dengan persaingan ekonomi dunia , bukanlah niat utama kerajaan untuk sengaja melakukan apa yang kini sedang berlaku.MMI setuju keputusan tidak popular ini membangkitkan kemarahan rakyat malahan MMI sendiri pun dikalangan mereka yang sedikit terkesan.

Tetapi biarlah kita rasional , MMI juga percaya kedudukan ekonomi yang mampan mampu memberikan sesebuah negara keupayaan untuk terus kekal bersaing dan semestinya jika itu berlaku rakyatlah yang akan mendapat manafaat walaupun ada ketikanya kita perlu berkorban.

Itu lumrah bagi sebuah negara seperti Malaysia dan bayangkan dengan persaingan ekonomi yang semakin hebat apakah yang bakal berlaku sekiranya kebanyakkan pelabur dalam negara hari ini memilih untuk tidak lagi melabur di negara kita ?

Mereka punya pilihan untuk ke negara seperti Vietnam , China dan lain-lain yang mungkin menyediakan kos operasi yang jauh lebih murah daripada negara kita.Jika itu berlaku maka sudah tentu negara akan terkesan seterusnya memberikan lebih banyak masalah kepada warga seperti kita.

Apa pun semua pihak punya hak untuk bersuara dan masing-masing punya pandangan serta pendapat tersendiri.MMI hargai semua itu !

Secara jujur walaupun ada pihak yang menganggap demo siang tadi sebagai tidak berjaya , MMI punya pandangan tersendiri.

Kegagalan penganjur untuk mendapatkan jumlah kehadiran yang ramai bolehlah kita anggap sebagai satu kegagalan tetapi kita perlu ingat bahawa masa dan hari demo itu diadakan berlaku pada hari dan waktu warga Malaysia bekerja.Ditambah pula sebahagian besar dari kita baru sahaja selesai bercuti sempena Hari Raya Aidil Adha.

Malah MMI yakin dalam isu ini ada lagi mereka-mereka di luar sana yang turut tidak bersetuju dengan pengurangan subsidi minyak yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.Ada dikalangan akar umbi termasuk ahli UMNO sendiri yang turut menentang langkah terbabit , justeru itu daripada gagalnya demo di Parlimen hari ini kita seharusnya perlu terus peka dengan tiap keputusan selepas ini kerana rakyat punya kuasa untuk menentukan kedudukan kita.

Bukan menentang tetapi mengingatkan !!!

MMI

1 comment:

  1. nak Tanya bahlul bahlul yang berdemo tu, kalau subsidi di kurangkan 20 sen, berapa kerajaan dapat selamatkan, patut di demo supaya duit subsidi di gunakan dengan betul untuk rakyat, ada accountability terhadap duit yang di selamat dari subsidi tu, kalau minyak Malaysia terus murah, akan berterusan berlaku ketirisan...jadi bahlul bahlul tu berdemo untuk sokong ketirisan sebab yang kaya dari ketirisan ialah manusia semacam bahlul bahlul tu...berjuang untuk perut sendiri..fikirlah jangan jadi lembu pembangkang..

    ReplyDelete

Labels