Followers

Tuesday, 14 October 2014

Jangan Demand Kalau Tak Sokong !! Kalau Tak Terasa Lagi Tak Taulah !!!


Tindakan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak sound gang-gang MCA dalam persidangan parti itu baru-baru ini seharusnya menjadi peringatan kepada mereka bahawa kepimpinan negara tahu apa yang sedang berlaku.

Tak perlulah dok berlakon sana dan berlakon sini , bukan sahaja PM tahu malahan warga marhain semacam MMI pun tahu apa yang dilakukan oleh ampa selama ni.Dah berkali-kali rasanya kita pesan supaya kukuhkan parti dan buktikan gerak kerja ampa tu benar-benar untuk Barisan Nasional.Bukan menjadikan Barisan Nasional sebagai platform untuk ampa dapat habuan dan memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan.

Walaupun Najib sendiri terpaksa berdepan dengan pelbagai rungutan dari kalangan orang Melayu khususnya beliau tetap memberikan muka kepada MCA dan kaum cina diluar sana.Setakat ini tidak berlaku lagi sebarang tindakan seperti menarik balik apa-apa keistimewaan kaum cina mahupun tindakan yang tidak menguntungkan ampa.

Jadi adalah lebih baik supaya MCA atau mana-mana pihak diluar sana yang rasa ampa tu kaum Cina untuk segera belajar memahami maksud ucapan Najib tempoh hari.

Jangan rosakkan apa yang telah orang Melayu korbankan untuk ampa selama ini kerana jika itu berlaku maka MMI yakin Malaysia bukan lagi tempat yang sesuai untuk ampa tinggal.

Ingatlah walaupun kebanyakkan orang cina sudah pun swing dengan tidak mengundi BN pada PRU13 yang lalu , UMNO dan BN masih lagi kekal sebagai sebuah kerajaan dan ini membuktikan sesuatu.

So tempoh masa yang berbaki sebelum tibanya PRU14 ini ampa gunakanlah sebaik mungkin untuk membuktikan sokongan ini kepada YAB Perdana Menteri kita.

Jangan asyik merungut dan meminta-minta , kerja kena buat sama bro !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels