Kalau berdasarkan gerak kerja politik rasanya orang Melayulah yang paling konsisten jika dibandingkan dengan kaum-kaum yang lain dalam Malaysia.Sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang orang Melayu tetap menjadi nombor satu.
Namun disebalik konsistennya orang Melayu dengan politik tanahair dan sejauh mana orang Melayu memonopoli keadaan dan suasana sekalipun , Melayu masih lagi ALPA !!
Tak pasti pula apa yang mereka fikirkan tetapi secara mudahnya , sehebat mana pun politik itu ianya tidak akan ke mana sekiranya kita GAGAL untuk mendaftar sebagai pengundi !
Kaum Cina masih merupakan golongan paling aktif mendaftar sebagai pengundi apabila lebih 30 peratus daripada kalangan mereka yang berumur 21 tahun ke atas telah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meskipun komposisi kaum itu di Malaysia hanya 23 peratus.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kaum Melayu dan bumiputera pula adalah yang paling sedikit mendaftar iaitu tidak sampai 50 peratus meskipun komposisi kaum itu sebanyak 67 peratus.
"Bagi kaum India pula, jumlah yang mendaftar adalah tujuh peratus daripada komposisi kaum itu sebanyak tujuh peratus di negara ini jadi maksudnya, kaum Melayu dan bumiputera adalah yang paling sedikit," katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.
Ketika menjawab soalan Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader, Shahidan berkata, kerajaan tidak akan melaksanakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik kepada setiap rakyat Malaysia yang mencecah umur 21 tahun.
Katanya, pelaksanaan sistem itu melanggar peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan justeru, jika mahu dilaksanakan, beberapa pindaan terhadap undang-undang berkaitan perlu dibuat.
"Kalau kita laksanakan secara automatik, ini akan menimbulkan masalah malah mereka ini bila sudah cukup umur mahu mengundi di tempat yang mengikut kawasan masing-masing.
"Selalunya mereka mengundi di tempat yang alamatnya dipilih, namun dalam masa lain sesetengah orang mahu mengundi di kampung halaman jadi yang penting di situ adalah jangan sampai timbul satu rumah 40 alamat," katanya.
Sementara itu, menurut Shahidan, SPR tetap membenarkan penglibatan pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan sukarela dan parti politik untuk bergerak aktif bagi menggalakkan rakyat mengundi.
"Bagaimanapun, ada kontrak yang sudah habis dan tidak disambung kerana ada beberapa masalah, namun kita sedang kaji untuk benarkan mereka terus menjalankan aktiviti itu," katanya.UM
MMI
No comments:
Post a Comment