Followers

Tuesday 21 October 2014

Nik Aziz Tak Setuju Program Sentuh ANJING , Mat Sabu Macam Mana ??


Dah bermacam-macam pandangan serta pendapat telah dikeluarkan oleh banyak pihak berkaitan kempen sentuh anjing yang dianjurkan baru-baru ini.Paling memualkan apabila mereka yang mengaku Islam bukan sahaja menunjukkan kejahilan masing-masing tetapi turut menunjukkan kepada dunia betapa mereka yang mengaku Islam itu begitu bernafsu untuk memegang binatang bernama anjing.

Apa yang bernafsu sangat dengan anjng ni MMI pun tak pasti malah dalam keadaan sedemikian pun masih ada dikalangan mereka yang mengaku pemimpin boleh pula memberikan sokongan membuta tuli mungkin untuk menunjukkan betapa terbukanya beliau dalam mendepani isu-isu sebegini.

Ada yang kata budak tu bukan dia reti sangat , tengok si bapalah !!! Hmm ok ....

Kini Nik Aziz yang diketahui antara pemimpin yang suka mempertahankan pihak-pihak yang sering terlibat dalam salah laku juga menganggap kempen sedemikian sebagai sesuatu yang tidak munasah.

Beliau menyifatkan mereka yang terbabit dalam Program Sentuh Anjing atau 'I Want To Touch A Dog' adalah seperti manusia yang tidak berotak.

"Orang seperti ini hanya mempunyai kepala saja tapi di dalamnya tidak mempunyai otak. Tidak boleh digunakan untuk berfikir.

"Malah dalam kepala mereka itu juga penuh dengan ulat. Perkara ini tidak munasabah langsung terutama membabitkan orang Islam," katanya sewaktu berucap di Kota Bharu.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, umat Islam yang terbabit itu sebenarnya hendak mencari sesuatu yang memberi balasan teruk di akhirat nanti.

"Perkara seperti ini amat mustahak untuk ditangkis oleh umat Islam di negara ini sebelum ia menjadi satu budaya yang boleh memusnahkan kesucian Islam nanti.

"Saya berharap perkara ini dapat ditangkis secara rasional supaya ia tidak menggugat keharmonian di negara ini," katanya.

Nik Aziz berharap pemimpin keluarga, masyarakat serta negara beragama Islam memberi keutamaan dalam menjaga kesucian agama Islam.

Baguslah kalau Nik Aziz berpendirian sedemikian , MMI sokong kenyataan beliau kali ini dan semestinya sebagai mereka yang mengaku pemimpin Islam WAJIB mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Cuma MMI sedikit mushkil , dimana pula suara pimpinan tertinggi dalam parti PAS sendiri ?

Mana Hadi Awang dan mana Mat Sabu ?

Kalau diikutkan daripada rentak Mat Sabu sebelum ini yang mahukan supaya PAS mengikut rentak politik DAP , boleh jadi dia punya pandangan yang berbeza ?

Ringkasnya Mat Sabu pernah berkata lebih rela makan babi dengan Guan Eng daripada makan ayam dengan Najib !

So kalau babi pun Mat Sabu boleh kata macam tu , inikan pula anjing ! Kecik punya hal lah ....

Agak-agak ampa Mat Sabu sokong dak kenyataan Nik Aziz ni ??

MMI

2 comments:

  1. Hadiah untuk saudaraku Unknown:

    Firman Allah SWT, “Tidak ada sebarang keraguan dalam kitab al-Quran yang datang daripada Allah SWT melainkan menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surat al-Baqarah, ayat: 2) Namun demikian, orang-orang kafir tetap menolak kebenaran al-Quran dengan mencari pelbagai alasan.

    Al-Quran hanya mengajar kebaikan dan merupakan panduan untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT,
    “Sesungguhnya orang-orang yang ingkar kepada al-Quran ketika al-Quran diturunkan kepada mereka, mereka pasti akan celaka. Sesungguhnya al-Quran adalah kitab yang mulia. Tidak ada kebatilan dalam al-Quran baik daripada depan mahupun belakang. Al-Quran diturunkan daripada Rabb yang Maha bijaksana lagi Maha terpuji.”
    (Surah Fushilat, ayat: 41 dan 42)

    Al-Quran mengandungi kebenaran yang mutlak. Firman Allah SWT,
    “Dan sesungguhnya al-Quran benar-benar kebenaran yang diyakini.”
    (Surah al-Haqqah, ayat: 51)

    Maka ingatlah saudaraku:

    Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi:

    Tafsirnya: “Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai).”
    (Surah al-Qalam: 11-13)

    Maksud ayat di atas ialah golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain dan ini tergolong di dalam perbuatan mengadu domba. Golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana yang diriwayatkan oleh Huzaifah Radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
    Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”
    (Hadis riwayat Muslim)

    ReplyDelete
  2. Salah satu sifat utama munafik...
    Berlebih2 dlm satu2 hal buruk...

    Rmi blogger yg ada sifat ni..
    Sebelah sana ada.. sblh sini pun ada
    Pemimpinnya.... lg lah..

    Org munafik lg teruk dan hina dr kafir

    Mat sabu lebih hina dan keji dr LGE rupanya...

    ReplyDelete

Labels