Followers

Thursday 2 October 2014

PESTA Arak Tak Boleh Di HALANG - Khalid Samad


Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest' anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

Sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi ummat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.

"Islam mengiktiraf bahawa arak tidak merupakan sesuatu yang haram mengikut ajaran agama mereka.

"Tambahan pula pesta kemuncak yang akan diadakakan di Petaling Jaya itu adalah di kawasan majoriti bukan Islam.

"Apatah lagi jika mahu dibandingkan dosa arak dengan syirik, sebenarnya dosa syirik lebih besar berbanding arak, namun gereja dan kuil tetap dibenarkan," ujarnya ketika dihubungi wartawan ISMAweb.

Beliau berkata demikian sebagai respon berkenaan penganjuran pesta arak oleh Carlsberg yang didedahkan ISMAweb beberapa hari lalu. Pesta arak ini telah pun bermula sejak 24 September lalu di RP, Saujana Hotel Subang dan diikuti di Berjaya Time Square Hotel, Brussels Setia Walk, Puchong, I Beam, Batu Pahat, Johor, Deutsches Gasthaus, Kepong, KL, Hakka Restaurant Kuala Lumpur, Movida, Sunway Giza, PJ dan Euro Deli, Penang.

Kemuncak pesta ini akan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober ini di tempat letak kereta, One Utama Petaling Jaya.

Tambah beliau, lebih 60% di Petaling Jaya ini adalah bukan Islam, jadi tidak ada sebab untuk mengahalang mereka mengadakan acara sebegitu.

"Cumanya, perlu dipertegaskan bahawa orang Islam tidak boleh hadir ke pesta arak seperti itu.

"Pada masa yang sama kawalan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu diadakan untuk menentukan tiada keterlanjuran oleh man-mana pihak akan berlaku dan ianya dilakukan dalam suasana terkawal," katanya.

Jadi bagi mengatasi budaya minum arak ini, ujar Khalid, mungkin pihak kerajaan boleh mengadakan kempen kesedaran kepada orang bukan Islam berkenaan bahaya dan keburukan arak.

Walaupun kita tidak boleh menghalang program sebegini dianjurkan oleh pihak bukan Islam, namun kesesuaian tempat dan kaedah anjuran perlu sentiasa dikaji PBT.

Pada masa yang sama tambahnya, kempen 'anti-alcoholism' dari sudut permasalahan sosial, akhlak, rumah tangga dan sebagainya perlu diadakan di kalangan bukan Islam dan masyarakat umum.

Bermula minggu lalu, ISMAweb telah menerbitkan beberapa artikel yang mempersoal penganjuran pesta arak 'Oktoberfest' yang berasal dari Munich, Jerman. Budaya negatif ini mula dibawa masuk ke Malaysia dan dipromosi secara terang-terangan.ismaweb

MMI

4 comments:

  1. Salam ,

    Tolong HABHAG kat Khalid tuuuu, OKTOBERFEST, tu di RAIKAN DI NEGERI GERMAN.....!!!!
    Yang MALAYSIA nak ikut sama tu apahal.???
    Tak ada kaitan dengan kita Melayu ,Kaum China atau Kaum India dan berapa kerat ORANG GERMAN di Malaysia ni...!!??
    Kalau nak pi mabuk, hari hari pun bolih dan memang ada.
    Kalau nak tumpang tui pilah diam diam..!!

    ReplyDelete
  2. reti plak guna alasan arak utk bukan islam...so ada kelonggaran wujudnya acara atau apa shj berkaitan arak dgn org bukan islam..yes betul..mcm zaman nabi..org kafir bebas mengamalkan apa mereka amalkan...

    tp ms BN berkuasa di selangor dulu...bukan kemain puak PR duk canang..arak tu haram..judi tu haram..perlu dihapuskan la tanpa kompromi..bla bla bla bla bla bla bla...

    ni namanya...guna agama utk kepentingan politik...

    -smh-

    ReplyDelete
  3. Lepas ni bolehla juga buka spa, pusat hiburan, pusat urutan, pusat judi, pusat apa lagi...janji bkn tmpt majoriti islam. Apa sgt pusat2 tu..dosa syirok lagi besarkan...
    Bila tafsir Islam guna akal tanpa guna Quran dan sunnah. Demi mendpt sokongan undi Cina. Islam progressive.

    ReplyDelete
  4. lpas ni bole buat pesta bogel sbb hanya melibatkn org bukan islam dan PBT kene pantau supaya tiada pihak yg terlanjur..

    ReplyDelete

Labels