Followers

Wednesday, 5 November 2014

Kedudukan PPS Bersediakah Guan Eng Untuk DITAHAN ?


Jelas sekali keputusannya adalah HARAM ! Persoalan tentang kedudukan Pasukan Peronda Sukarela ala-ala mafia yang ditubuhkan oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang kini terjawab.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Nege­ri (KDN), Datuk Seri Mohamad Khalid Sharif berkata, pengisytiharan tersebut dibuat di bawah peruntukan Seksyen 5 Akta Pertubuhan (Akta 335) yang berkaitan dengan kuasa menteri untuk berbuat demikian.

Menurutnya, PPS merupakan pertubuhan yang menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam di dalam negara ini.

“Maka adalah sah di sisi undang-undang bagi menteri, menurut budi bicaranya yang mutlak dengan jalan perintah, mengisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang mana-mana pertubuhan, cawangan atau peringkat atau jenis pertubuhan yang pendapatnya adalah atau sedang digunakan bagi maksud memudaratkan.

“Selain itu, yang bertentangan dengan kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana tempat di dalamnya, ketente­ram­an awam atau akhlak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohamad Khalid ber­kata, dengan pengisytiharan tersebut, tiada siapa pun boleh menggunakan semula nama, simbol, lambang atau logo PPS sebagai sebuah pertubuhan.

Tambahnya, segala akaun, aset, harta PPS akan diserah dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

“Di samping itu, tiada seorang pun boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil PPS.

“Mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti PPS akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335,” katanya. UM 

Pastinya keputusan ini akan membangkitkan sesuatu dari kalangan mereka yang terlibat secara langsung dalam penubuhannya dan MMI masih tertanya-tanya apakah suara serta cabaran sebelum ini akan diteruskan ?

Jika diambil kira tindak tanduk DAP sebelum ini ternyata mereka begitu lantang mempertahankan PPS dan manusia paling hadapan adalah Lim Guan Eng !


Kenyataan itu dibuat pada tarikh 5 September 2014 dan MMI masih lagi tertanya-tanya adakah Guan Eng masih lagi kekal dengan pendirian tersebut ? Atau ianya sekadar gertakan dari seorang pemimpin yang tidak mahu imejnya tercalar kerana perlu akur kepada undang-undang ?

Kita tengok apa yang Guan Eng nak buat !

MMI

1 comment:

  1. guan eng tengok kdn....kdn tengok guan eng...lpas tu..masing2 pusing belakang blik rumah..tidurrr....mimpi main acah2 & konda kondi...heheheeee tak kelakar pun.

    ReplyDelete

Labels