Followers

Friday, 7 November 2014

KES LIWAT , Anwar Di LEPASKAN ??


Setelah 8 hari melalui prosiding kes rayuan sabitan kesalahan meliwat Saiful Bukhari , Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria memaklumkan pihaknya memerlukan masa untuk meneliti penghujahan kedua-dua pihak berhubung isu-isu yang dibangkitkan dalam rayuan tersebut.

Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan ke satu tarikh lain bagi membuat keputusan rayuan akhir Anwar Ibrahim terhadap sabitan dan hukuman penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya enam tahun lalu.

Sekaligus menyelesaikan penantian banyak pihak yang menanti dengan penuh minat untuk mengetahui keputusannya.

Yang pasti Anwar sekali lagi dilepaskan untuk terus melata di seluruh pelusuk negara bagi satu tempoh yang lain memandangkan tidak ada tarikh yang pasti bagi 5 panel hakim membuat keputusan.

Merujuk kepada Pendakwa raya , Tan Sri Shafee Abdullah tarikh penghakiman itu dapat ditetapkan untuk masa satu atau dua minggu lagi berkemungkinan mereka (hakim-hakim) ingin menulis penghakiman penuh sebelum memutuskan sebarang keputusan.

"Saya merasakan para hakim-hakim ingin menulis penghakiman penuh. Kita tidak mengetahui pada bila mereka akan beritahu, mungkin selama seminggu dan berkemungkinan juga dua minggu," katanya.

Well kita semua kena tunggu dan tunggu lagi dan dalam masa yang sama MMI yakin bahawa manusia bernama Anwar ini akan menjelajah lagi ke serata tempat untuk terus menghasut rakyat kononnya apa yang berlaku ini adalah satu konspirasi jahat pihak-pihak tertentu.

Hati-hati semua PELIWAT sedang bebas di luar sana !

Kepada Saiful bersabarlah ...

MMI

2 comments:

  1. kesian kat barua barua dan pecacai-pecacai makan taik umnobn,,tak habis-habis melanjutkan fitnah.

    ReplyDelete
  2. aku lebih kesian kpd pecacai2 penjilat kaki bontot anwar pr....ada mata tapi buta...ada telinga tapi tuli...ada mulut sekadar fitnah...ada otak tapi beku....betapa rugi nya org2 ini kpd ugama,bangsa dan negara....

    Pakcik Sambal Tempoyak.

    ReplyDelete

Labels