Followers

Sunday, 23 November 2014

Mahukah MELAYU Jadi RED INDIAN ?


Bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menggesa PAS dan Umno agar bergabung bagi menyekat DAP daripada menjadi kerajaan Persekutuan dan meminggirkan Melayu seperti Red Indian di Amerika Syarikat.

"Masalah orang Melayu sekarang bukan hanya sekadar pemansuhan ISA atau Akta Hasutan.

"Masalahnya ialah orang Melayu menghadapi ancaman akan menjadi Red Indians di tanah air sendiri," kata Tun Hamid.

Langkah itu katanya perlu bagi memastikan "hak Melayu dan orang Islam tidak digugat" oleh DAP.

"PAS dan Umno perlulah berfikir untuk bercantum, bergabung atau bekerjasama, sekurang-kurangnya di peringkat kerajaan Persekutuan untuk mepertahankan kerajaan Persekutuan daripada jatuh kepada PKR dan DAP.

"PAS mesti sedar bahawa perjuangan asal mereka adalah untuk Melayu dan Islam - bahawa jika Pakatan Rakyat berkuasa DAP akan menjadi parti dominan, bukan PKR atau PAS," katanya dalam ucapan di Kuala Lumpur.

Menurutnya, PKR bukan parti yang membela Melayu dan ia tidak akan mampu mengawal DAP.

"PKR tidak boleh diharap untuk membela orang Melayu dan agama Islam, DAP adalah lebih cauvinistik daripada MCA atau Gerakan.

"PKR atau PAS tidak boleh mengawal cita-cita DAP seperti Umno mengawal MCA dan Gerakan," kata Hamid dalam ucapan bertajuk "Demi agama, bangsa, dan negara Melayu perlu bersatu" dalam Konvensyen Perpaduan Nasional.


Menurut Hamid, PKR tidak boleh diharap membela Melayu kerana parti itu hanya berjuang untuk "seorang Melayu" sahaja.

"Ia hanya berjuang untuk seorang Melayu, itu pun jika orang itu masih menganggap dirinya Melayu," katanya lagi.

Sementara itu, Hamid turut mengingatkan pemimpin-pemimpin Umno agar "sedar diri" dan mengelakkan persepsi sebagai sebuah parti rasuah.

"Umno sepatutnya terus menjadi parti dominan Melayu dan Islam. Masalahnya adalah pemimpin-pemimpinnya.

Well seharusnya kita orang Melayu perlu segera sedar dan menerima teguran ini sebagai sesuatu yang amat berharga.Ini bukan lagi soal ideologi politik yang ada ketikanya terlalu menyimpang jauh dari perjuangan dan matlamat asal.

Ini soal MARUAH orang Melayu dan hakikat ini harus kita terima memandangkan sejarah bangsa Melayu juga tidak pernah sunyi dari sikap pentingkan diri yang akhirnya membawa rebah.

Sejarah jatuhnya Kota Melaka juga harus di teliti kerana antara puncanya adalah orang Melayu itu sendiri.Malah terbunuhnya Hang Jebat di tangan Hang Tuah juga disebabkan oleh sikap mereka yang memimpin.

BERINGATLAH !!!!

MMI

2 comments:

  1. Sokong kenyataan diatas.Utamakan perjuangan utk menyelamatkan bangsa jgn ego.

    ReplyDelete
  2. Kalau PAS buat-buat tak nampak, ataupun nampak tapi tak berdaya nak buat apa-apa, langkah DAP di Pulau Pinang menjual seberapa banyak dan seberapa cepat yang boleh, tanah di PP kepada bangsa Cina, maka PAS memang jahat kerana terus bersekongkol dengan DAP. Jika PAS masih terus bersama DAP, maka PAS juga bertanggungjawab menghapuskan tanah kerajaan kepada Cina. DAP seperti tergesa-gesa untuk menghadiahkan sebanyak mana yang mungkin tanah di PP sementara mereka masih berkuasa. Mereka hendak memstikan BN tidak boleh merampas semula PP. Cara yang digunakan di Singapura sebijik ditiru oleh DAP. Tapi melihat sikap bongkak PAS, tidak mungkin mereka mahu bersatu dengan UMNO. Entah apa-apa syarat yang dikenakan terhadap UMNO. Kalau dengan DAP, dah ditujah-tujah kepala pun, masih setia bersama. Sungguh dalam dendam PAS terhadap UMNO. Tak kisah Malaysia rebah ke tangan Taiko Cina asalkan UMNO pun rebah juga. Pada masa itu, kita akan melihat betapa menggelabahnya PAS kerana tak tahu apa yang harus dilakukan untuk menguatkan Melayu, walaupun mereka berada dalam kabinet kerajaan. Semuanya kerana PAS lebih lemah dan kurang cerdik daripada DAP yang sememangnya cunning.

    ReplyDelete

Labels