Followers

Monday, 3 November 2014

Ragam Hari Ke-5 Kes LIWAT Anwar Ibrahim


Sejak kes bermula kita sudah dapat melihat pelbagai jenis ragam daripada juak-juak Pakatan Haprak hadir berhimpun di perkarangan mahkamah kononnya atas solidariti kepada Anwar Ibrahim.Hari ini masuk hari ke-5 dan kehadiran itu semakin lama semakin berkurangan.

Hakikatnya mereka juga akur kepada keperluan untuk meneruskan kerja masing-masing kerana solidariti ini bukanlah sesuatu yang boleh merubah kehidupan mereka.Anwar yang dibicarakan di mahkamah juga bukanlah kerana desakan daripada mana-mana pihak melibatkan kerajaan tetapi atas dasar perlakuan beliau meliwat bekas pembantunya sendiri Saiful Bukhari.

Jadi tidak ada sebarang kaitan dengan apa jua yang dimomokkan oleh puak-puak pembangkang kononnya ini merupakan konspirasi kerajaan melainkan mereka masih dengan tuduhan bahawa Saiful Bukhari dengan sengaja mahu merosakkan reputasi Anwar.

Seperkara juga perlu diingatkan jika itulah tuduhannya maka tindakan Saiful dilihat lebih meyakinkan kerana beliau BERANI untuk membuat sumpah laknat , sesuatu yang tidak dilakukan oleh Anwar Ibrahim walaupun beliau tahu tindakan seperti itu mampu membersihkan dirinya.

Dalam semua diatas sesuatu yang menarik perhatian MMI adalah kehadiran sebahagian daripada penyokong Anwar yang dilaporkan turut membaca surah yasin serta mendoakan agar prosiding berjalan lancar.

Pada pandangan MMI kita harus sama-sama mendoakan agar prosiding berjalan lancar supaya keadilan dapat ditegakkan.Malah tindakan penyokong Anwar itu juga harus disokong sekiranya niat mereka mahukan supaya keadilan yang sebenar ditegakkan.

Tetapi sekiranya mereka punya alasan tersirat di sebalik bacaan yasin itu maka MMI berpendapat ianya merupakan tindakan yang boleh dipersoalkan.Untuk apa membaca yasin dan berdoa untuk kebebasan Anwar sekiranya barisan peguam Anwar berkali-kali menyebut bahawa perlakuan liwat itu berlaku sehingga mereka menyebut perlakuannya atas dasar suka sama suka ?

Soalnya disini liwat itu berlaku ! Tak pastilah MMI kalau puak-puak ini masih lagi mahu memekakkan telinga dan membuang jauh-jauh apa yang disebut oleh barisan peguam Anwar sendiri.

Jangan pula ada mana-mana pihak yang salah faham dengan apa yang cuba MMI sampaikan , kerana selagi mana ianya untuk keadilan yang sebenar maka MMI tetap menyokong tetapi kalau ianya sekadar untuk kebebasan Anwar dan menolak suara Saiful rasanya ianya sudah menyimpang.

Macam-macam halkan ? 

Berikut adalah perkembangan yang berlangsung di kamar mahkamah hari ini :

8.30 pagi: Para peguam dari kedua-dua belah pihak mula tiba bersama dokumen hujahan masing-masing.

Shafee dilihat dalam perbualan ringkas bersama ketua peguambela, Datuk Seri Gopal Sri Ram. Galeri awam sudah dipenuhi petugas media, kenalan politik Anwar dan pemerhati/NGO.

8.50 pagi: Anwar yang tiba bersama isteri, Datuk Seri Wan Azizah, menyapa Gopal di meja pembelaan.

9.25 pagi: Lima panel hakim tiba di kamar mahkamah. Prosiding bermula.

9.40 pagi: Berkenaan hujah peguambela yang menyatakan bahawa perbuatan memberus gigi tersebut hanya 'didengari' dan bukannya 'dilihat' oleh saksi yang juga anggota polis. Shafee membalas, saksi itu walau bagaimanapun tidak menyebut 'berus gigi' itu tidak digunakan.

9.45 pagi: Shafee berkata saksi tersebut juga mengecam botol air yang dibawa Anwar masuk ketika dalam tahanan. Anwar juga mengakui membawanya. Berkenaan tiga bahan bukti tersebut, kesemuanya dilihat telah dibuka dari bungkusan dan berada di lantai ketika Anwar keluar dari lokap.

10 pagi: Penyokong Anwar berkumpul dan membacakan surah Yasin, mendoakan prosiding berjalan lancar.

10.05 pagi: Menurut Shafee, mendiang Karpal Singh (yang juga ketua peguam kes liwat Anwar) telah menyoal Superintenden Jude Pereira secara menyeluruh pada permulaan perbicaraan. Shafee menegaskan bahawa perbicaraan dalam perbicaraan adalah tidak perlu bagi mengesahkan tentang tiga bahan bukti berkenaan.

10.15 pagi: Shafee meminta maaf kerana membentangkan butiran penghujahan secara pantas yang memerlukan para hakim sentiasa merujuk pada pelbagai jilid hujahan kerangka yang telah disediakannya.

10.35 pagi: Shafee berkata, semua hasil pemeriksaan DNA oleh pakar yang terlibat daripada pihak pendakwa adalah tepat. Menurutnya, ketika pemeriksaan sulit mahu dibuat di Hospital Kuala Lumpur, Anwar tidak memberikan kerjasama. Putik kapas yang sepatutnya memberi bukti yang paling jelas, walau bagaimanapun tidak digunakan.

Profil DNA yang diambil daripada bahan bukti dari bahagian sulit pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan yang ditemui pada bahan bukti dari lokap mempunyai persamaan.

10.40 pagi: Sementara hujah tentang DNA berlangsung, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok hadir ke galeri awam kamar mahkamah lantas duduk di belakang kandang tertuduh. Teresa menghulurkan senaskhah buku untuk ditandatangani Anwar.

10.50 pagi: Hakim Tun Ariffin dan Tan Sri Suriyadi bersoal jawab dengan Shafee meminta penjelasan hal teknikal pada jilid penghujahan Shafee. Ia berkaitan dengan butiran hasil ujian makmal ke atas DNA Saiful dan Anwar.

11.05 pagi: Berkenaan keunggulan sampel DNA yang didakwa mengalami degradasi oleh peguambela Anwar, Shafee menafikannya. Berdasarkan input beliau, DNA tidak akan berubah identifikasi walaupun dalam tahap degradasi.

Shafee menegaskan, identiti DNA tetap boleh dipastikan dalam keaadan yang teruk, sambil mengaitkan hal yang berlaku pada mangsa suatu insiden yang berlaku baru-baru ini.

"DNA itu samada boleh dibaca atau tidak boleh dibaca, hanya dua kemungkinan," kata Shafee.

11.10 pagi: Shafee beralih ke testimoni tiga doktor HKL dan menyatakan bahawa kesemua mereka mengikut garis panduan. Semua peralatan yang digunakan telah disteril, maka kesan pencemaran pada DNA diminimumkan.

Berkenaan hal penembusan pada rektum pengadu, mereka menemui kesan tersebut setelah memeriksa sehingga 4 sentimeter dalam.

11.15 pagi: Prosiding berhenti rehat.

11.40 pagi: Shafee memetik kembai beberapa testimoni Saiful yang menggunakan perkataan 'setiap kali', 'lagi', dan 'seperti biasa' apabila bercakap tentang perlakuan liwat dengan yang tertuduh.

Ini termasuk juga pertanyaan berbau seksual yang diakhiri 'today' (hari ini) kepada Saiful. Perkataan 'today' itu menunjukkan kemungkinan aksi itu pernah dilakukan pada hari-hari lain.

Tegas Shafee, itu menunjukkan bahawa perbuatan liwat berkenaan berlaku berulang kali. Saiful yang telah diberi pelbagai keistimewaan oleh Anwar, berada di persimpangan dalam membuat keputusan.

11.50 pagi: Shafee menjelaskan istilah 'tanpa rela' dlam kes Saiful merujuk kepada tindakan yang tidak mampu lagi ditanggung olehnya.

12.15 tengahari: Shafee membandingkan kredibiliti Saiful berdasarkan testimoni Dr Mohd Osman dari Hospital Pusrawi.

Menurutnya, Saiful mendakwa doktor itu tidak bercakap benar apabila melaporkan bahawa objek plastik telah dimasukkan ke dalam duburnya.

Shafee juga menyebut tentang sifat laporan yang tergesa-gesa dan laporan bertulis Dr Osman yang langsung tidak menyatakan objek plastik tersebut. astroawani

Perbicaraan disambung esok.

MMI

2 comments:

  1. Penyokong Anwar membaca surah Yassin menjadikan Anwar semakin PARAH.surah Yassin adalah ayat Allah yg hanya layak digunakan utk memberi menefaat kepada orang yg benar atau yg di zalimi.Dalam kes ini Insyaallah ianya akan memberi menefaat kepada Saiful,dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  2. setuju dgn pendapat anda 17:38...sangat benar...surah yaasiin jgn di buat main2...

    ReplyDelete

Labels