Followers

Thursday, 13 November 2014

RM800 Juta ... Wakil Kerajaan DAP BISU !!


Sidang DUN Pulau Pinang terus panas apabila penyokong-penyokong kerajaan DAP hari ini terpaksa kunci mulut kerana menerima asakan bertali arus daripada wakil BN sejak hari pertama sidang bermula.

Isu yang diketengahkan oleh wakil BN menyebabkan mereka hanya mampu tunduk tanpa dijawab ! 

Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mendakwa keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang menjual tanah seluas 48 hektar (102 ekar) di Bayan Mutia­ra kepada sebuah syarikat pemaju pada harga yang sangat murah menyebabkan negeri ini ‘hilang’ hasil sebanyak RM800 juta.

Sambil mendakwa urusan berke­naan berlangsung dalam keadaan meragukan dan mempunyai unsur ‘skandal’, Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid ketika sidang akhbar menggesa Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi penjelasan terperinci.

Sebelum itu, sewaktu sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (BN- Teluk Bahang) mendedahkan tanah berkenaan dijual pada harga RM240 bagi sekaki persegi.

Katanya, harga itu jauh berbeza jika dibandingkan dengan harga jualan sebuah syarikat swasta yang memiliki tanah bersebelahan dan menjualnya pada nilai RM420 sekaki persegi.

“Urus niaga oleh kerajaan negeri berlangsung pada 25 Julai 2011 dan syarikat swasta itu pula menjual lebih awal iaitu pada Mei tahun sama. Jadi, mengapa harga tanah itu jadi murah,” katanya di sini hari ini.

Menurut Shah Headan Ayoob, keputusan berkenaan menyebabkan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) kehilangan ‘peluang’ dan beliau turut mempersoalkan sama ada Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mendapatkan khidmat juru runding hartanah untuk mengetahui nilai sebenar tanah di situ.

Beliau berkata, jika harga jualan yang ditawarkan itu dibuat selepas mendapatkan masihat juru runding, nilai jualan berkenaan tidak masuk akal serta perlu dijelaskan kerana membabitkan wang rakyat.

“Selama ini, kerajaan negeri sering melaungkan prinsip ketelusan dan cekap tetapi ia tidak dilaksanakan dalam hal ini malahan seolah-olah telah dimanipulasikan oleh sebuah syarikat swasta disebabkan perjanjian jualan yang bersimpang-siur,” katanya.

Pada ketika ini, tiada seorang pun wakil penyokong Kerajaan DAP Pulau Pinang bangun me­nyanggah hujah berkenaan walaupun sebelum itu R.S.N Rayer dan Wong Hon Wai bertalu-talu membangkitkan isu isteri Perdana Menteri.

Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid kemudiannya mencelah dengan mendakwa, perjanjian itu bukan sahaja meragukan malahan kaedah pembayaran yang dipersetujui juga memakan masa yang panjang.

“Saya juga mahu tahu sama ada perjanjian tempoh bayaran itu dipatuhi atau sebaliknya,” katanya.-UM 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels