Followers

Thursday, 13 November 2014

Kerajaan DAP P.Pinang GAGAL Selesai Masalah BABI !!!


Kerana bodoh tak bertempat dan sengaja nak tunjuk pandai akhirnya Phee Boon Poh , Adun Sungai Puyu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri diboikot oleh kesemua Adun Barisan Nasional sewaktu beliau membuat penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015.

Sebelum itu suka untuk MMI nyatakan bahawa isunya adalah berkaitan dengan kandang babi yang bertaburan di sekitar Pulau Pinang dan telah mengakibatkan penyebaran wabak penyakit selain pencemaran alam sekitar.

Sebelum itu MMI nak ingatkan kepada semua bahawa isu ini telah lama berlaku dan sehingga ke saat ini pihak kerajaan negeri masih lagi membisu.Kita semua tahu bahawa penularan wabak denggi merupakan satu wabak yang cukup merbahaya kerana boleh membawa kepada kematian.

Dengan keadaan kandang-kandang babi yang telah mencemarkan alam sekitar , dikhuatiri pembiakan nyamuk denggi akan lebih meningkat malah Virus JE juga pernah menyerang seorang pelajar di Kampung Selamat sehingga menyebabkan pelajar tersebut koma.


Gambar atas merupakan salah satu daripada gambar yang dikirim kepada MMI berikutan kes virus JE yang telah menyebabkan seorang pelajar lelaki tahun 6 menderita selama hampir lebih dari sebulan sejak 18 Mei 2014 yang lalu.

Adik Muhammad Ammar Murqish Bin Zulkifli merupakan pelajar tahun 6 Sekolah Rendah Kampung Selamat yang mengalami masalah demam panas setelah menyertai aktiviti di sekolahnya.Beliau kemudiannya di masukkan ke Hospital Kepala Batas bagi proses rawatan seterusnya mengalami beberapa masalah yang memerlukan ibu dan bapanya membawa adik Ammar ke Hospital Swasta.

Di Hospital Pantai Penang , Ammar di sahkan mengidap jangkitan virus JE setelah beberapa prosedur dijalankan oleh pihak hospital bagi mengetahui punca keadaan Ammar yang agak lemah.Baca Selanjutnya 

Serentak dengan itu pelbagai pihak tampil menyatakan bantahan mereka termasuklah Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang yang mahukan lokasi kandang babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor diubah ke tempat lain yang jauh dari kawasan penempatan penduduk.


Naib Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Jasmin Nordin, berkata kerajaan negeri perlu mengambil tindakan mengawal penularan virus Japanese Encefalitis (JE) untuk kebaikan semua pihak.

"Permintaan ini demi kebaikan semua pihak, ia bukan satu permintaan rasis dari kami," 

Beliau berkata, walaupun keputusan 181 sampel darah dari 20 ladang babi berkenaan negatif virus JE, kerajaan negeri tidak perlu tunggu sehingga berlaku musibah baru hendak mengambil tindakan.

"Nyamuk yang menjadi vektor bawaan virus itu tidak kenal Melayu, Cina dan India ketika menggigit.

"Oleh itu, ini adalah isu kepentingan semua, bukan isu perkauman," katanya lagi.Baca Selanjutnya 

Tak cukup dengan itu penduduk Kampung Selamat sendiri turut berhimpun dan menyatakan bantahan mereka terhadap pembinaan kandang dan penternakan babi di kampung terbabit.


Rata-rata mereka dilihat memegang sepanduk dan kain rentang tertulis 'kami penduduk Kampung Selamat membantah penternakan babi secara berleluasa dan tidak sistematik' , 'say no to pig' , 'kami malu dilabel kampung babi' , 'pilihkan imej kampung selamat' dan banyak lagi.Baca Seterusnya 

Well apa yang kerajaan DAP buat ? Apa yang Phee Boon Poh buat ?

Berdasarkan perkara di atas maka MMI rasa sememangnya WAJAR sama sekali wakil BN memboikot sidang DUN sewaktu Phee Boon Poh membuat penggulungan.

Secara jujurnya wakil BN sudah pun membawa suara rakyat supaya keluhan ini mendapat reaksi segera daripada kerajaan DAP Pulau Pinang tetapi apa yang berlaku ?

Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Air Tawar) berkata, beliau bersama semua ADUN BN telah membuat keputusan untuk tidak memasuki DUN pagi ini ketika Boon Poh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri membuat penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015.

Katanya, semua ADUN BN telah meluat dengan cara Boon Pooh yang seolah-olah sengaja membangkitkan isu-isu remeh sehingga mengelirukan rakyat terhadap isu yang dibangkitkan oleh wakil rakyat daripada UMNO.

“Kelmarin apabila saya bangkitkan isu berkenaan kandang babi di negeri ini, Booh Poh bangkit dan menempelak kononnya saya cuba menghalang masyarakat Cina untuk makan haiwan berkenaan sedangkan saya mempersoalkan berkenaan kandang babi bukan amalan makan haiwan berkenaan,” katanya kepada pemberita di DUN di sini hari ini.

Tambah Jahara, tindakan Boon Poh itu jelas menunjukkan beliau seolah-olah cuba mengelirukan rakyat berhubung isu kandang babi yang dibangkitkannya.

“Tetapi mengapa ketika ADUN Seberang Jaya yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kesihatan di negeri ini mengaitkan wabak penyakit dengan babi, Boon Poh tidak menentang. Mengapa ada ‘pilih kasih dalam soal ini?” ujarnya.

Katanya, semua ADUN BN selepas ini tidak akan lagi berkompromi dengan mana-mana wakil rakyat yang tidak tahu menjaga etika dan prosedur ketika berada di dalam DUN.

“Setakat ini ADUN BN hanya ‘memboikot’ Boon Poh dan tidak mahu lagi terlibat serta melayan mana-mana wakil rakyat yang menyalahgunakan kemuliaan DUN untuk bercakap mengenai perkara-perkara yang tidak sepatutnya serta cuba mengelirukan rakyat,” ujar beliau. -UM

Dari sini kita dah boleh nampak sikap puak-puak DAP ni .. MUSIBAT !!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels