Followers

Saturday, 8 November 2014

Selangkah Ke Negara MAJU ... WAKE UP GUYS !!!


Malaysia merupakan sebuah negara yang cukup unik dengan pelbagai lapisan masyarakat.Mungkin juga Malaysia antara negara di dunia yang menghimpunkan jumlah etnik mahupun kaum yang terbesar berbanding negar-negara lain.Maka bukanlah sesuatu yang mudah bagi sesebuah negara itu merencanakan kemajuannya tanpa mengambil kira kedudukan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.

Untuk itu pada pandangan MMI , kita sudah punya satu landasan yang cukup baik untuk terus bergerak ke hadapan.Sejak kerajaan Barisan Nasional menerajui negara ini kita dapat saksikan beberapa perubahan yang telah berlaku dan kesemuanya menitik beratkan tentang perpaduan antara kaum.

Ini merupakan elemen terpenting kerana tanpa perpaduan maka tiap perancangan itu akan menjadi sukar.Tanpanya juga kita tidak akan ke mana dan mungkin juga kesengsaraan yang terpaksa dipikul oleh sebahagian daripada rakyat negara lain yang kini masih bergolak boleh berlaku terhadap kita.

Apa pun MMI bersyukur , sebagai generasi selepas MERDEKA kita punya kelebihan memandangkan mereka-mereka sebelum ini sudah menyediakan platform untuk kita nikmatinya hari ini.

MMI tahu ianya SUKAR dan bukanlah sesuatu yang mudah bagi mereka pada ketika itu untuk bangun dan berjuang menentang penjajah.Tanpa teknologi dan kemajuan seperti mana hari ini , MMI dapat bayangkan kesukaran itu dan semestinya ia amat mengkagumkan.

Kini Malaysia terus melakar sejarah dan berusaha untuk mencapai status negara maju.Sesuatu yang mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar oleh kebanyakkan dari kita tetapi kesan jangka panjangnya MAMPU menyediakan WADAH terbaik untuk kita amanahkan kepada generasi selepas ini.

Satu AMANAH turun-temurun yang MMI rasa WAJIB kita pelihara !

Dalam semua keadaan itu , kita jangan sesekali lupa bahawa apa yang sedang dihidangkan kepada kita hari ini turut punya risiko tersendiri.GAGAL menterjemahkan tiap usaha itu bererti kita sedang menggagalkan masa depan kita sendiri.

MMI sedar dalam dunia berteknologi ini kita berdepan dengan pelbagai cabaran dan setiap cabaran itu jika tidak ditangani dengan baik maka kalamnya adalah KEMUSNAHAN !

Mengapa KEMUSNAHAN ?

Kita tahu selain daripada usaha berterusan daripada pihak kerajaan untuk memberikan yang terbaik kepada semua rakyatnya , kita juga perlu berdepan dengan mereka yang berbeza ideologi.Perbezaan ini sebenarnya telah mengheret kita ke dalam kancah politik yang kadang-kalanya keterlaluan.

Sedarkah kita bahawa kesan daripada perbezaan ideologi keterlaluan ini bakal mengundang musibah khususnya kepada orang-orang Melayu dan beragama Islam ?

Dalam sedar tak sedar kita sedang mengalami krisis perundangan dan semuanya berlaku kerana 2 sebab.

1.Kegagalan kita untuk mengangkat setinggi-tingginya undang-undang syariah dalam negara

2.Kegagalan kita untuk terus MENGAGUNGKAN Islam sebagai agama tertinggi di Malaysia.

Benar dan MMI amat bersetuju bahawa perlembagaan negara kita sudah pun meletakkan ISLAM itu dikedudukannya yang tersendiri.Soalnya sehingga ke hari ini apakah masyarakat Malaysia benar-benar faham kedudukan itu mengatasi semua perkara lain ?

Lihat sahaja apa yang telah berlaku dalam kes melibatkan puak transgender yang baru sahaja meraikan kemenangan mereka apabila mahkamah memutuskan mereka sebagai tidak BERSALAH !


Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan. 
Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyampaikan keputusan yang mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai terbatal. Keputusan berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita. 
Keputusan berkenaan disambut dengan gembira oleh para penyokong dan kumpulan transgender yang hadir di mahkamah hari ini. 
Kes berkenaan difailkan oleh Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, pada 2 Februari 20122, untuk mencabar kesahakan peruntukan terbabit. 
Mengikut Seksyen 66, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam bulan penjara dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Syariah. 
Mereka menamakan kerajaan negeri Negeri Sembilan, pengarah jabatan agama Islam negeri, pengarah penguatkuasa syariah dan ketua pendakwaan sebagai responden. 
Mereka turut memohon perintah mahkamah untuk menghalang penahan dan pendakwaan ke atas mereka. 
Mahkamah Tinggi Seremban yang menolak permohonan tiga individu berkenaan memutuskan bahawa agar hak tersebut diketepikan kerana mereka dilahirkan sebagai lelaki Islam dan perlu mengikut undang-undang dan ajaran agama. 
Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan hari ini turut dianggotai Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Lim Yee Lan.
Banyak pihak sudah mengulas tentang isu ini dalam pelbagai versi cuma pada pandangan MMI keputusan yang dibuat oleh seorang hakim berbangsa Melayu dan pada agakan kita beragam Islam adalah sesuatu yang bukan sahaja memalukan tetapi merupakan musibah kepada umat Islam seluruhnya di bumi Malaysia. 

Sedarkah kita bahawa kesan daripada keputusan ini akan mengakibatkan ramai lagi transgender lain akan mengikut jalan yang sama ?

Dan sedarkah kita bahawa mereka sudah diberikan hak untuk BEBAS mengenakan pakaian wanita serta secara tidak langsung kita sudah menghalalkan LGBT !

Tidak cukup dengan itu , kita juga semakin LALAI apabila undang-undang yang terbina atas nama undang-undang SYARIAH tidak diperkasakan dengan sebaik-baiknya.

Kenapa ini berlaku ?


Lihat sahaja dalam kes Sister In Islam (SIS) kenapa sehingga ke hari ini mereka masih dibiarkan BEBAS untuk berkelana ? Sedarkah kita apa yang diperjuangkan oleh SIS ?

Hello , Jawatankuasa Majlis Fatwa Selangor sudah pun mengistiharkan NGO ini sebagai SESAT dan sehingga itu mengapa ianya masih dibiarkan BEBAS di luar sana ?

Hari ini kita dikejutkan pula dengan tindakan Menteri Besar Selangor yang mencadangkan supaya satu pertemuan diadakan antara Mufti Selangor dan Sisters in Islam (SIS) bagi menyelesaikan isu tersebut.

Perlu ke pertemuan sedemikian di buat ? Kenapa kita bertangguh ? Sebab Marina anak Tun Mahathir ?

Kita semakin PARAH sebenarnya dan sebahagian besar ianya disumbangkan oleh kita sendiri.Perbalahan dua kumpulan terbesar umat Melayu yang punya kiblat yang sama sudah terlalu merosakkan.

Sudah tiba masanya kita membuang jauh-jauh ideologi politik yang tidak menguntungkan ini kerana kedudukan agama Islam itu sendiri sedikit demi sedikit semakin terhakis.

Tak guna kita mewujudkan sejuta undang-undang sekiranya kita sendiri GAGAL untuk mengangkat undang-undang itu sebagai sesuatu yang boleh mempertahankan kesucian agama Islam dan umatnya.

Sedih kadang-kadang apabila melihat Puteri UMNO mempertahankan dasar aurat yang dilaksanakan oleh kerajaan PAS di Kelantan sedangkan mereka sendiri tidak cuba untuk mempertahankan aurat dalam parti sendiri.

Sedih kadang-kadang apabila melihat Muslimah PAS yang cukup sifatnya tetapi sanggup menari-nari dan melalak semata-mata kerana politik sempit yang telah membuang jauh sifat muslimah itu sendiri.

INGAT kita mahu menjadi negara maju maka usahakanlah tetapi janganlah sampai kemajuan itu menyongsangkan lebih banyak umat Melayu dan Islam di Malaysia !

Apa lagi yang kita tunggu ? 

BANGUNLAH !!!!

MMI

2 comments:

  1. Pada aku tak perlu kita menjadi negara maju jika kita tidak benar2 bersedia untuk berhadapan degan pelbagai asakan dan kemelut dari pelbagai sistem yg tentunya akan mengundang berbagai reaksi dan tindakan.

    Apa guna menjadi negara maju jika Islam dan Melayu merempat di bumi sendiri,contoh paling mudah Singapura.

    Apa guna maju jika RM 50 hanya untuk membeli hidangan 2 set nasi briyani, di Singapura $ 60

    Macamana nak maju jika semua cukai diturunkan dan kerajaan asyik menambah hutang

    Apakah ukuran maju sebenar2nya jika semakin ramai para belia dan remaja tidak memahami asas akidah dan akhlak dengan sempurna

    Lebih baik begini...dengan RM 50 aku masih boleh berkongsi makan tengahari bersama 6 orang rakan yang lain di medan selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. A very good indeed in layman's terminology. Tun M, Tengku Razali & Tun Daim have all given their piece of their worries. However, Najib is still seen as 'cold' to these high value inputs.

      That brings to the next question, is Najib really clueless as they say bluntly - blurr?

      The way Najib is conducting the business of government made it to justify that an SPM holder would do just as good with his barrage of advisors and the costly maintenance of consultants running to $ billion of Ringgits!

      Then Najib should give way to Balqish whom beat other adults to their game!

      UMNO need to pull their act together or be sent to oblivion, so say Kadir Jasin (technically speaking) literally!

      Aku rasa melayu tak marah dengan Najib, akan tetapi cukup menyampah dengan sikap tak ambil peduli teguran orang orang berpengalaman jauh sekali dari rakyat!

      Delete

Labels