Followers

Tuesday, 11 November 2014

Guan Eng Antara MENCABAR & Di CABAR !!


Kita semua pastinya masih ingat bagaimana Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang yang bertanggungjawab menubuhkan PPS satu ketika dulu menunjukkan sikap bongkaknya dengan mencabar pihak berkuasa supaya menangkap mereka apabila penubuhan PPS diputuskan sebagai HARAM.

Mungkin pada tanggapannya tidak akan ada mana-mana pihak yang berani angkat muka untuk mengambil tindakan terhadap anak Kit Siang ini.Maklumlah ada orang Melayu dalam Pakatan Haprak sendiri pun pernah anggap dia ni sebagai tokong hidup.

Malahan Guan Eng sendiri dalam setiap ucapannya selalu mengatakan bahawa rejim DAP di Pulau Pinang adalah contoh terbaik kepada sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab dan berjiwa rakyat.

Segalanya nampak baik sahaja jika kita melihat dengan satu mata tetapi kalau dibuka luas-luas kedua-dua mata kurniaan Tuhan itu maka segala niat tersirat yang selama ini menjadi mainan politik Guan Eng dan konco-konconya akan terdedah.

Tindakan Guan Eng mencabar pihak berkuasa kini memakan diri !


Perobohan gerai-gerai milik orang Melayu yang sering kali berlaku di Pulau Pinang sudah cukup untuk memperlihatkan sejauh mana kerajaan DAP Pulau Pinang benar-benar berjiwa rakyat.



Tidak cukup dengan itu kadar sewa bagi gerai di pasar-pasar awan turut di naikkan 100% yang telah menimbulkan kemarahan para peniaga.Gambar atas melibatkan peniaga di pasar awam Kepala Batas dan MMI dimaklumkan kenaikan sewa 100% itu melibatkan semua pasar-pasar awam yang lain.

Berdasarkan 2 contoh diatas apakah rejim DAP yang kini diketuai oleh Guan Eng di Pulau Pinang benar-benar berjiwa rakyat ?

Terkini ADUN DAP Tanjung Bungah sendiri dalam Sidang DUN Pulau Pinang telah mengusulkan supaya tempoh jawatan Ketua Menteri yang ketika ini disandang oleh Lim Guan Eng dihadkan kepada dua penggal sahaja.


Untuk apa usul tersebut dicadangkan ?

Beliau berkata sekiranya perkara itu diterima, ia akan membuka ruang kepada pemimpin lain yang berkebolehan untuk tampil ke hadapan dan memperjuangkan konsep demokrasi yang sebenar.

Wahhh alasannya berlapik dan jika kita amatinya maka jelas ianya melibatkan soal KEBOLEHAN dan hal melibatkan amalan DEMOKRASI !

Jujurnya kaum Cina di Pulau Pinang sendiri pun kini sudah merasakan betapa Cina Melaka ini sedang memusnahkan Pulau Pinang selain mengambil kesempatan untuk terus mengkayakan diri dan dinastinya.

Semuanya kerana ideologi DAP yang cukup RASIS !!

Jangan lupa semenjak 2008 yang lau Guan Eng sudah pun menyebabkan ratusan gerai milik orang Melayu dirobohkan , kampung-kampung di roboh , penipuan demi penipuan tentang pembinaan rumah mampu milik , pembangunan yang tidak setara seolah-olah meminggirkan warga marhain , kadar sewa dinaikkan , mengenakan cukai-cukai yang tidak masuk akal dan paling penting GAGAL mentadbir negeri dengan baik kerana pembentangan bajet negeri Pulau Pinang mengalami defisit selama 4 tahun berturut-turut.

Maka dalam hal ini , adakah Guan Eng MAMPU untuk membuktikan kepada seluruh rakyat Pulau Pinang bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat ?

Jika jawapannya YA , maka Guan Eng HARUS menerima usul yang dibawa oleh wakil DAP dari Tanjung Bungah supaya jawatan Ketua Menteri di hadkan kepada 2 penggal sahaja.

Lagi pun Guan Eng dah memang GAGAL !!

Adakah Guan Eng berani menyahut CABARAN ini seperti mana bongkaknya beliau mencabar orang lain ?

Hahahha sehingga artikel ini ditulis Guan Eng diam seribu bahasa , malah penjilat tegar DAP  ADUN Air Hitam, Wong Hon Wai yang juga Setiausaha Politik Guan Eng membantah usul daripada ADUN Tanjung Bungah yang turut mendapat sokongan Ketua Pembangkang , Datuk Jahara Hamid dan Yap Soo Huey (DAP- Pulau Tikus) kerana menyifatkan ia tidak ada kaitan.

Well MMI rasa ampa semua dah nampak apa yang sedang berlakukan ?

Tak adanya demokrasi dan tak adanya berjiwa rakyat semuanya lebih kepada kuku besi untuk Dinasti Lim semata-mata !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels