Followers

Friday 5 December 2014

Agenda KOMUNIS , POLIS Panggil 13 Individu


Berikutan satu program makan malam yang dianjurkan di Pulau Pinang dikesan punya agenda untuk mengembalikan ideologi komunis , ramai rakyat melahirkan rasa gelisah mereka Klik Sini 

Banyak pihak tampil supaya pihak Polis segera melakukan siasatan berdasarkan laporan Polis yang dibuat oleh warga Pulau Pinang.

Untuk makluman sehingga hari ini siasatan telah mula dijalankan.

Seramai 13 individu sudah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung penganjuran majlis makan malam Parti Komunis Malaya (PKM) di Dewan Serbaguna Taman Chai Leng, Perai dekat sini Sabtu lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, antara yang direkodkan keterangan terdiri daripada pihak yang terlibat dalam penganjuran majlis dan mereka yang berkaitan.

Dalam masa sama, beliau meminta penganjur, mereka yang hadir pada majlis makan malam itu dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penganjurannya tampil membantu polis bagi melengkapkan siasatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat menurut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

“Setakat ini kita menerima sebanyak 24 laporan iaitu 22 dibuat di negeri ini manakala dua lagi di Johor,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kempen Menangani Keganasan ke Atas Wanita di sini hari ini.


Sabtu lalu, kira-kira 800 orang dipercayai keluarga dan bekas anggota PKM dari Malaysia serta Thailand menghadiri majlis makan malam itu yang dipercayai dianjurkan Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata, pihaknya mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai dalam usaha membanteras aktiviti perjudian, pelacuran dan pusat hiburan tanpa lesen di negeri ini.

Beliau juga memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu itu sebaliknya tampil memberi kerjasama kepada polis untuk tindakan segera.

“Saya juga hendak sahkan sehingga hari ini tiada lagi aktiviti perjudian haram dan pelacuran di negeri ini.

“Sebelum ini kita telah menjalankan pelbagai operasi serta merampas lebih 6,000 mesin judi dan menahan seramai 441 orang yang terlibat dalam aktiviti ber­kenaan,” katanya. UM 

Apa jua yang sedang berlaku MMI simpulkan sebagai satu usaha penentangan secara terang-terangan bukan sahaja terhadap kerajaan tetapi juga kepada negara dan ianya amat merbahaya.

Mungkin ianya bermula secara perlahan namun kita harus ingat VIRUS ini jika dibiarkan lama maka ia akan merebak menjadi WABAK yang sukar dibendung.


Paling penting kita harus segera memahami apakah mesej yang mahu mereka sampaikan !!

MMI

1 comment:

Labels