Followers

Friday, 5 December 2014

CheDet Bersuara Lagi ...


Meskipun Perhimpunan Agung UMNO telah berakhir seminggu yang lalu, hari ini mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kecewanya apabila banyak keluhan rakyat tidak berjaya mempengaruhi pendirian UMNO dan kerajaan.

Katanya, UMNO masih tidak berubah niat untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

“UMNO juga tidak memberi respon berkenaan tuduhan terhadap 1MDB bahkan langsung tidak menyentuh keluhan rakyat mengenai sistem pelajaran yang memisahkan miskin dengan kaya.

“Banyaklah lagi yang tidak dibincang dan disebut dalam mesyuarat Agung UMNO,” tulisnya dalam blog beliau chedet.cc.

Jelas Tun M lebih lanjut, Perjanjian TPPA yang mengandungi 29 bab itu adalah berbahaya kepada masa depan negara.

“Walaupun pengecualian diberi kepada usaha memperbaiki kedudukan bumiputera tetapi perjanjian itu lebih tertumpu kepada sekatan terhadap negara China dan campurtangan dalam hal ehwal ekonomi dalaman negara,” katanya.

Begitu juga dengan 1MDB, tegur Tun M, yang menjadi tanda tanya bukan kenaikan harga elektrik kerana pembelian stesen janakuasa, tetapi kerana harga belian yang amat tinggi, dibayar dengan duit hutang yang bunganya tertinggi yang pernah dikenakan kepada kerajaan dan komisyen kepada Goldman Sachs sampai 11%.

“Kenapa pula pelaburan dibuat di Cayman Islands atau wang disimpan di sana?

“Sedangkan Cayman Islands adalah pusat operasi Hedge Fund dan dagangan matawang.

“Dahulu pun Kerajaan Malaysia biasa dilamar untuk melabur dalam Hedge Fund dengan garanti pulangan 30%. Tetapi ia ditolak.

“Harus diingat satu dari Hedge Fund yang terbesar, LTCM (Long Term Credit Management) rugi besar dan mengheret bank dan pelabur ke arah muflis. Ia diselamat oleh pelabur yang terdiri dari Wall Street dan Kerajaan U.S.

“Berjudi bukan cara kerajaan mencari dana, samada secara langsung atau tidak langsung,” tegasnya.

Selain itu berkenaan pendidikan yang memisahkan miskin dengan kaya pula kata Tun M, orang yang kaya pergi ke sekolah Inggeris manakala orang miskin ke sekolah kebangsaan.

“Orang kaya mendapat ilmu-ilmu yang penting dan mudah mendapat kerja, orang miskin tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dan ketinggalan dalam bidang sains dan ilmu matematik, bahkan tidak mudah mendapat kerja dengan upah yang tinggi.

“Dengan ini jarak antara miskin dengan kaya akan menjadi lebih luas,” tegasnya.sumber

Blog CheDet 

Well itu statement dari Tun Mahathir , rasanya ini teguran !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels