Followers

Friday, 19 December 2014

GST & Pengeluaran Wang Di ATM


Semakin hampir dengan tarikh perlaksanaan GST pada bulan April 2015 , maka semakin ramailah yang mula membicarakan tentang kesan serta cukai yang bakal dikenakan nanti.Ramai yang tak sedar selama ini mereka bukan sahaja sudah pun dikenakan cukai tetapi ada diantaranya cukai itu lebih dari 6% namun kerana sejak dulu kita sudah terbiasa dengan keadaan ini ia tidak meresahkan kita.

Apa pun perlaksanaan GST pada April 2015 nanti membuka mata semua pihak termasuklah MMI sendiri.Malah sehingga kini MMI yakin walaupun ramai yang sudah didedahkan dengan penerangan tentang GST , ianya masih lagi mengelirukan maklumlah benda baru.

Untuk artikel ini MMI nak berkongsikan dengan semua tentang satu persoalan berkaitan dengan pengeluaran wang melalui ATM yang dikatakan akan dikenakan GST sebanyak 6%.

Sejak pagi tadi MMI dihubungi oleh beberapa rakan yang bertanyakan kesahihan dakwaan bahawa setiap pengeluaran wang di mesin-mesin ATM nanti akan dikenakan GST.

Semuanya mula menjadi keliru dan lebih keliru apabila mereka mula menerima bahan dan makluman seperti dibawah melalui aplikasi whatsapp di telefon masing-masing.


Secara jujurnya penyebaran maklumat seperti ini adalah sama sekali tidak benar dan semestinyalah pada ketika dan keadaan ini banyak pihak akan melenting marah.Untuk itu MMI bawakan kenyataan yang sebenar dan bagaimana proses itu bakal berlaku apabila GST dilaksanakan nanti.


Menerusi kenyataan rasmi MEPS Malaysia, pengguna yang mengeluarkan duit menggunakan mesin ATM yang berlainan daripada kad bank anda akan dikenakan caj sebanyak RM1.06 termasuk cukai GST berkuatkuasa mulai 1 April 2015.

Berbeza berbanding sebelum ini, pengguna hanya dikenakan caj sebanyak RM1.00 untuk setiap transaksi menerusi rangkaian MEPS. Bagaimanapun, cukai GST dikenakan pada caj MEPS dan bukan pada jumlah transaksi.

Caj Terkini Transaksi Duit Menerusi MEPS (Bank Lain)

RM1.06 mulai 1 April 2015

Panduan Contoh Transaksi ATM Kena GST Mulai 1 April 2015

1.Jika pengeluaran wang dari mesin ATM yang lain, maka akan dikenakan caj sebanyak RM1.06 Sen termasuk GST.

2.Jika pengeluaran wang dari mesin ATM bank sendiri maka tiada GST.

Caj MEPS RM1.00 tersebut dikenakan oleh syarikat MEPS untuk khidmat interbank. Hanya 0.06 sen yang akan dibayar kepada kerajaan sebagai GST.

So kita tidak boleh lari dari GST tetapi penerangan diatas diharapkan dapat membantu semua untuk memahami proses yang akan berlaku setelah GST dilaksanakan nanti.

Arios 

MMI

1 comment:

  1. T.kasih utk info...tp adakah caj RM1.00 yg dibayar sebelum ini bukan @ tidak termasuk tax..masih keliru skit lg...& Selama itu jg MEPS tidak mmbyar cukai kpd govt..

    ReplyDelete

Labels