Followers

Sunday 28 December 2014

Hati-Hati Dengan Penyebaran Maklumat Tentang Tsunami


Orang ramai dinasihat tidak percaya dengan mesej kejadian tsunami dan ribut yang akan melanda pantai timur Sabah dalam tempoh 36 jam.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata, nasihat atau amaran cuaca serta tsunami adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.

Sehubungan itu orang ramai dinasihat tidak mudah mempercayai nasihat atau amaran yang disebarkan melalui media sosial yang sumbernya bukan daripada Meteorologi Malaysia.

Untuk pengesahan maklumat, orang ramai boleh menghubungi MetMalaysia Hotline di talian 1 300 22 1MET (1638) dan laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) http://www.met.gov.my. atau http://www.facebook.com/malaysiamet.

Hati-hatilah apabila menyebarkan maklumat kerana tindakan kita barangkali mampu menyusahkan usaha pihak lain membantu mereka-mereka yang kini sedang di landa bencana.Malah mungkin tindakan kita itu boleh mencetuskan panik yang membawa kepada kemudaratan pihak lain.

Rujuklah maklumat untuk menentukan kesahihannya sebelum kita mula menyebarkannya.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels