Followers

Saturday, 20 December 2014

Jangan Biar Minoriti Ini MUSNAHKAN Hak Kita !!!


Jumlah Ahli-Ahli Parlimen DAP yang hampir keseluruhannya adalah berbangsa Cina kecuali beberapa orang India dan Punjabi, hanyalah 38 orang daripada 222 orang keseluruhan Ahli Parlimen. Manakala Ahli-Ahli Parlimen Melayu-Islam pula berjumlah 136 orang.Penduduk Malaysia dari kalangan orang Cina pula hanyalah 22.6% daripada keseluruhan 30 juta orang, manakala Melayu-Islam pula adalah 52%.

Namun jumlah yang kecil itu tidak menjadikan mereka minoriti. Cina DAP jauh lebih agresif berbanding Cina-Cina yang menyokong Kerajaan sedia ada. Bahkan Cina-Cina yang menyokong majoriti pula, kelihatan takut dan akhirnya terpaksa mengikut arus yang dibawa oleh Cina-Cina DAP sehingga menjadikan mereka juga sebagai mangsa kemarahan kaum majoriti.

Dengan hanya 38 orang Ahli Parlimen, DAP menjadi sangat berlagak, sangat angkuh dan sangat kurang ajar. Mereka bermain dengan isu-isu perkauman dan agama, kemudian tanpa rasa bersalah, menuding ke arah UMNO dan Barisan Nasional kononnya UMNO dan Barisan Nasional yang menjadi punca segala masalah membabitkan kaum dan agama di negara ini.

Bukti terdekat ialah bagaimana Lim Guan Eng memainkan kembali isu kalimah ALLAH yang amat sensitif dalam usahanya untuk menenggelamkan pelbagai isu yang membelenggu DAP terutama sekali yang membabitkan kegagalannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selain tentangan dari ahli-ahli DAP yang mendesaknya agar melepaskan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ternyata polemik yang dimainkan oleh Lim Guan Eng menarik perhatian. Racun dan hasutan yang dibuat oleh DAP telah menarik golongan yang kurang memikirkan kesan kepada bangsa dan agama Islam, untuk bukan sahaja melakukan demonstrasi dan menyerbu pejabat DAP, tetapi juga telah dijadikan sebagai bahan oleh DAP untuk menunjukkan yang UMNO, Barisan Nasional dan Melayu-Islam adalah punca segala ketidaktenteraman di negara ini.

Itu sebenarnya adalah taktik lumrah yang dilakukan oleh Zionis di Palestin. Mereka bebas membunuh, merompak, menjarah dan melakukan jenayah ke atas masyarakat Palestin yang terdiri daripada Arab Islam dan Kristian, tetapi apabila dibalas, Arab dan rakyat Palestin dilabelkan sebagai pengganas dan Zionis dengan menggunakan pelbagai senjata canggih telah memusnahkan bukan sahaja nyawa, bahkan infrastruktur dan pokok serta tanaman.

22.6% mereka yang mempunyai kerakyatan Malaysia sebenarnya sedang melakukan perkara yang sama. Mereka telah berjaya memecah belahkan masyarakat Bumiputera yang terdiri daripada masyarakat Islam dan Kristian, dan kini mereka memberikan fokus kepada Bumiputera Islam sebagai musuh yang perlu dihapuskan, termasuklah cubaan menjemput kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat untuk menyerang negara ini bagi mencapai matlamat mereka! sumber 


Ingat lagi isu ni ? Inilah BUKTI betapa puak-puak DAP sudah berjaya tundukkan pemimpin Melayu dalam PKR !!! 

MMI

1 comment:

Labels