Followers

Tuesday 2 December 2014

MELOMPAT Guan Eng Nak Tunjuk HERO


Lim Guan Eng antara pemimpin DAP dan pembangkang yang paling ke hadapan dalam mengulas isu berkaitan Akta Hasutan yang bakal dikekalkan.Tak cukup dengan itu , beliau turut melatah dengan pendedahan yang telah dilakukan oleh wakil UMNO negeri Pulau Pinang sewaktu perhimpunan baru-baru ini.

Ketua UMNO Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang berucap di atas kapasiti perwakilan Pulau Pinang diserang sejak Jumaat lepas kerana berkata kekuatan masyarakat Cina datang daripada perniagaan haram seperti judi, pelacuran dan pusat hiburan.


Ekoran daripada itu Zaidi menjelaskan secara spesifik dalam kenyataan akhbarnya..."Perkataan 'kadang-kadang' menunjukkan tidak semua (kaum Cina di Pulau Pinang) begitu. Saya sebut dengan jelas dalam ucapan saya. Saya tidak kata semua Cina di Pulau Pinang, saya kata 'kadang-kadang ada segelintir orang Cina di Pulau Pinang' terlibat dalam aktiviti begitu".

Persoalannya kini kenapa perlu Guan Eng melatah ?

Apakah Ketua Menteri Pulau Pinang itu langsung tidak tahu atau mahu ambil tahu tentang apa yang berlaku di negerinya sendiri ?

Guan Eng pernah menyebut bahawa kerajaan negeri tidak akan meluluskan kasino di Pulau Pinang kerana ia lebih banyak mengundang kemudaratan berbanding kebaikan maka mengapa dalam hal membabitkan judi haram , pelacuran dan pusat hiburan beliau secara tiba-tiba melompat ?

Sementara itu UMNO Pulau Pinang bertegas hanya bermasalah dengan kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang disifatkan hipokrit, angkuh dan sombong namun tidak pernah mengenepikan, apatah lagi menyemat elemen kebencian kepada mana-mana kaum di negara ini.


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, walaupun isu Guan Eng itu tidak mampu disorok dan dinafikan, ia tidak bermakna UMNO negeri itu bermasalah dengan rakan bukan berbangsa Melayu dan Bumiputera yang lain.
"Itu hanya interpretasi dangkal seorang Ketua Menteri yang cetek akal dan mencari 'modal politik segera'," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jelas Reezal lagi, penjelasan ikhlas dan jujur itu wajarlah diterima sebagai asas kukuh sebelum mana-mana pihak terus memanipulasi secara negatif ucapan wakil UMNO Pulau Pinang tersebut.Seterusnya 
Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini telah membuat laporan polis ke atas Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd yang didakwa telah melakukan hasutan, hinaan dan fitnah ke atas masyarakat Cina di Pulau Pinang.

Menguatkan lagi hujahnya, Lim berkata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi telah menafikan wujudnya aktiviti haram yang didakwa Mohd Zaidi di Pulau Pinang.Abdul Rahim katanya turut menegaskan bahawa sehingga akhir bulan lepas pihak polis telah mengumumkan bahawa negeri tersebut sifar dari mesin judi.

“Walaupun, laporan polis ini mungkin tidak akan diendahkan oleh kerajaan persekutuan tetapi ia perlu dibuat demi menjaga maruah rakyat Pulau Pinang terutamanya masyarakat cina yang telah dihina” katanya.

Well macam biasa itu kenyataan Guan Eng , tetapi apa yang sedang berlaku di akar umbi jauh mengatasi kesemua laporan-laporan terbabit.Rakyat di akar umbi tahu dan sedar kewujudan pusat-pusat haram terbabit yang sehingga ke hari ini masih lagi beroperasi.

Tidak cukup dengan itu Guan Eng kemudiannya menyerang pula BN dan UMNO dan menganggap pengumuman Najib sewaktu Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang baru sahaja berakhir sebagai tindakan licik mahupun strategi parti politik itu untuk terus menekan mereka yang tidak sehaluan.

Akta Hasutan adalah taktik UMNO untuk digunakan kepada mereka yang menentang parti Barisan Nasional atau UMNO sendiri.

Demikian kata Setiausaha Agung Lim Guan Eng semasa ucapannya di Konvensyen DAP Selangor yang berlangsung di Pusat Sivik Petaling Jaya, pada Ahad.

Kata Lim, jika benar ingin memperkasakan Akta Hasutan seperti yang diutarakan dalam ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO baru- baru ini, ia perlulah dilakukan dengan adil.

“Jika Akta Hasutan diadakan untuk menjaga keselamatan negara, ia perlu dilaksanakan dengan adil dan saksama.

“Jangan hanya digunakan ke atas mereka yang menentang BN atau UMNO” katanya.

Lim mendakwa bahawa beberapa fitnah dan tuduhan yang pernah dilakukan oleh ahli tertinggi UMNO kepada masyarakat Cina sebelum ini tidak pula ditahan di bawah Akta Hasutan.

“Perkara ini boleh menyebabkan keselamatan kita terancam dan tergugat oleh UMNO.

Walaupun Najib tidak mengatakan secara spesifik Akta Hasutan akan digunakan untuk menangkap lebih pemimpin pembangkang, kami lebih tahu mengikut pengalaman sendiri” katanya.

Guan Eng berbicara soal keadilan dan jika itulah yang menjadi pegangannya MMI yakin pengekalan akta hasutan adalah satu tindakan WAJAR setelah apa yang kita semua lalui.Malah usaha untuk membasmi akitiviti judi haram , pelacuran dan pusat hiburan juga seharusnya disokong bukannya menjadikan ia isu politik.

Sebaliknya Guan Eng memilih untuk tunjuk HERO kononnya beliaulah pejuang hak kepada setiap rakyat Malaysia.HAK apa kalau ianya mendatangkan kemudaratan ?

Hebat sangat ka Guan Eng ni ?


Guan Eng ni dah perlu letak jawatan dah sebab makin merapu !!!

MMI

2 comments:

  1. Memang sudah lupa daratan

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya pelacuran dan perjudian berselindung disebalik health center, pusat urut, reflexologi dan pusat hiburan keluarga. Kalau nak cari pusat pelacuran dan pusat perjudian memang tak ada pun. Saya rasa semua polis tahu berkenaan hal ini cuma mereka tutup sebelah mata.

    Awas kalau berkunjung ke Cititel, Georgetown kerana anda mungkin terserempak dengan kawan anda di sana. Faham-faham saja lah no.

    ReplyDelete

Labels