Followers

Sunday, 28 December 2014

UPDATE BANJIR ATM Gerak Semua Aset Secara Maksimum


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menggerakkan secara maksimum segala aset dan keanggotaan bagi operasi menyelamat berikutan keadaan bencana banjir yang semakin buruk.

Langkah itu dibuat memandangkan hanya aset darat, udara dan air milik angkatan itu sahaja yang sesuai digunakan untuk meredah arus deras banjir selain mampu diatur gerak dalam apa juga keadaan cuaca.

Pada masa yang sama, ATM juga sudah mengarahkan kesemua anggota Wataniah di negeri terlibat dengan banjir melaporkan diri untuk operasi menyelamat secara besar-besaran bagi menyokong anggota tetap.

Menurut Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin, hanya aset yang terlibat dengan cari lamat tempur (CSAR) sahaja tidak digunakan kerana kelengkapan tersebut perlu dipersiapkan untuk keselamatan negara.

“Kita gerakkan secara maksimum, semua aset khususnya helikopter sudah diatur gerak kecuali yang diletakkan untuk tujuan CSAR. Kita bergerak siang dan malam tanpa henti, terutamanya untuk menyalur makanan.






“Anggota Wataniah di setiap negeri terlibat juga sudah diarahkan untuk membantu operasi menyelamat terutamanya di kawasan yang paling teruk terjejas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sehingga semalam, banjir yang dianggap sebagai terburuk dalam tempoh 30 tahun menyaksikan seramai 119, 800 penduduk telah dipindahkan dengan Kelantan menjadi negeri paling teruk dilanda bencana kali ini.

Keadaan bencana yang sedia buruk itu dijangka bertambah parah mulai esok berikutan ramalan kaji cuaca mendapati hujan lebat peringkat kuning bakal melanda kembali negeri-negeri di Pantai Timur.

Mengulas lanjut, Zulkifeli berkata, antara aset udara paling praktikal bagi operasi menyelamat ialah EC725 Cougar kerana helikopter paling canggih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu mampu terbang pada bila-bila masa.

Selain helikopter EC725 Cougar, beliau menjelaskan, operasi udara ATM juga disokong pesawat Nuri serta aset udara milik Tentera Darat dan Tentera Laut yang diagih-agihkan mengikut keperluan bagi setiap negeri. utusanonline

1 comment:

  1. Anak buahnya sudah bertwbaran di lokasi banjir..
    Menterinya d mana yaaaaa...

    X boleh ckp lebih2...
    Mcm kes Hawai...
    Sssyyyyhhh....



    Mat Umno Pendang

    ReplyDelete

Labels