Followers

Friday, 26 December 2014

UPDATE BANJIR Kita MAMPU Bersama SYABAS #BanjirMove


Inilah yang seharusnya dilakukan oleh para pimpinan dalam negara duduk bersama dan sama-sama mencari jalan serta berusaha untuk membantu mangsa banjir yang kini dilaporkan semakin meningkat.

SYUKUR kelihatan dalam gambar YAB Timbalan Perdana Menteri duduk semeja berbincang dengan Menteri Besar Kelantan dengan di sertai oleh beberapa lagi kepimpinan memperlihatkan kepada kita bahawa kita mampu bersama !!

Semoga usaha untuk terus bersama ini dapat diteruskan sehingga ke lain-lain hal.

Sementara itu perkembangan banjir setakat ini  .. Bantuan bekalan diteruskan ke Kuala Krai , Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata sebanyak 1,000 liter minyak diesel untuk kegunaan hospital dan bantuan makanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disediakan.

"Memandangkan helikopter yang menghantar bantuan tidak dapat membuat pendaratan di kawasan terjejas teruk, maka bantuan bekalan ini akan digugurkan dari udara," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Bagaimanapun, katanya anggota ATM kini sedang gigih meninjau sekitar kawasan yang terjejas teruk untuk menyediakan satu 'landing point' bagi memudahkan lagi proses penghantaran bekalan makanan dan keperluan.

"Bantuan pertama sudah dapat diberikan semalam setelah beberapa hari kita gagal memasuki kawasan terbabit kerana cuaca yang tidak mengizinkan...insya-Allah kita akan terus menghantar baki bekalan bantuan pada hari ini," katanya.

Katanya keadaan semasa banjir dijangka akan bertambah buruk kerana air sudah mula naik di kawasan Tanah Merah dan seterusnya akan ke Pasir Mas dan pihaknya akan membuat koordinasi untuk memindahkan semua mangsa yang terlibat.

Beliau berkata dari segi jumlah aset, sebanyak empat helikopter EC725 dan tiga pesawat pengangkut C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) digunakan dalam Ops Murni Banjir di Kelantan pada tahun ini sementara tiga lagi helikopter berada dalam keadaan bersedia di Kuantan.

"Ini dibantu dengan kekuatan sebanyak lebih 3,000 anggota ATM dari Markas 8 Briged Kem Pengkalan Chepa dan anggota TUDM," katanya.

Sementara itu sesi persekolahan untuk sekolah terjejas banjir termasuk yang dijadikan pusat pemindahan akan ditangguhkan sehingga keadaan banjir kembali pulih, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata ia akan diumumkan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan negeri bergantung kepada perkembangan banjir di negeri masing-masing.

"Kita lihat dulu, kalau keadaan memerlukan ... boleh dilambatkan (sesi persekolahan) kerana sekolah dijadikan sebagai pusat pemindahan banjir dan itu tidak jadi masalah.

"Semua prosedur operasi standard (SOP) tentang perkara itu telah sedia ada. Pegawai Jabatan Pendidikan peringkat negeri dan daerah pun tahu, malah guru besar pun tahu, jadi tidak ada masalah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan banjir di Dewan Sukan Pahang (Sukpa) di sini hari ini. Turut serta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sokongan serta bantuan dari semua pihak amatlah dialu-alukan dan kepada seluruh rakyat Malaysia sama-sama kita mendoakan agar keadaan ini segera pulih.

MMI

1 comment:

  1. Ada pemimpin politik pantang dengar isu berkenaan 'Air', pasti akan jadi modal politik untuk susahkan rakyat dan kerajaan.Air ada bermacam-macam air...ada air sungai,ada air paip,ada air banjir,ada air kumbahan,.........ada pula air mani dalam lubang depan dan lubang belakang.

    ReplyDelete

Labels