Followers

Wednesday, 31 December 2014

UPDATE Insiden QZ8501 Bayangan Di Percayai Pesawat Di Temui

Insiden pesawat milik AirAsia Indonesia yang dilaporkan terputus hubungan baru-baru ini di jangka selesai setelah pasukan misi mencari dan menyelamat berjaya menemui objek dan mayat penumpang pesawat malang terbabit.

Sejak petang semalam beberapa mayat sudah pun berjaya di temui dan sudah pun di bawa keluar dari lokasi manakala usaha tersebut akan diteruskan hari ini.

Sementara itu Pesawat Tentera Udara Indonesia yang menyertai misi mencari dan menyelamat menemui bayangan di dasar laut yang dipercayai bangkai pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia.

“Tuhan memberkati kita hari ini,” kata Bambang Soelistyo dari Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia.

Menurutnya, pesawat Hercules tentera udara Indonesia menemui objek yang digambarkan bayangan berbentuk kapalterbang di dasar laut jam 12.50 petang semalam hampir 160 kilometer di baratdaya Pangkalan Bun, Kalimantan.

“Semua aset sudah digerakkan ke lokasi terbabit dan tugasan mereka ialah mencari dan memindahkan segala objek dan jenazah penumpang dan saya akan pastikan semuanya dibawa ke Pangkalan Bun, lapanganterbang terdekat lokasi itu,” katanya.


Manakala Badan SAR Nasional (BASARNAS) akan menyediakan 21 penyelam bagi ke lokasi penemuan serpihan pesawat AirAsia QZ8501 di Laut Jawa berdekatan Selat Karimata.

Ketua BASARNAS, Marshal Madya FHB Soelistyo berkata, pihaknya mempersiapkan 10 penyelam tempatan dan 11 pakar selam dari Tentara Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL).

“Kedalaman laut di lokasi penemuan serpihan dan jenazah dianggarkan antara 25 hingga 30 meter dan ia masih boleh dicapai penyelam,” katanya.

BASARNAS katanya turut menyediakan peralatan untuk penyelam ke dasar laut sekiranya diperlukan.

Operasi selaman dijangka bermula sebaik bangkai pesawat ditemui untuk proses pengumpulan bahan bukti namun bergantung kepada keadaan cuaca.

Takziah kepada semua keluarga mereka yang terlibat dalam insiden ini semoga anda semua terus tabah dan cekal menerimanya.

sumber & rujukan bnbbc

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels