Followers

Monday 22 December 2014

ZAIRIL Kata Tun Mahathir PENGEMIS TERDESAK Bukan MELAYU


Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari meluahkan rasa sedihnya, apabila seorang pemimpin terhormat seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, merendahkan diri sehingga menggambarkan senario yang bukan sahaja mustahil, bahkan penuh tipu muslihat.

Dia berkata demikian, susulan laporan media yang memetik bekas Perdana Menteri itu sebagai berkata, masyarakat Melayu sudah hilang dominasi dan telah diremehkan sehingga menjadi ‘pengemis’ kepada orang Cina.

Dr Mahathir dilaporkan sebagai berkata: “Sekarang UMNO, PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan PAS perlu meminta sokongan daripada DAP untuk memenangi pilihan raya umum. Apabila kita menjadi pengemis, kita tidak lagi mempunyai kuasa.”

Zairil sebaliknya berpendapat, orang Melayu sebenarnya berada di kemuncak dalam semua aspek.
“Daripada segi politik, setiap jawatan penting kerajaan, daripada Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan, 12 daripada 13 Menteri Besar terdiri daripada orang Melayu.

“Dominasi Melayu juga sangat jelas dalam institusi-institusi negara, seperti badan kehakiman, pasukan polis, perkhidmatan awam dan tentera.

“Jika itu tidak mencukupi, Melayu juga membentuk majoriti penduduk Malaysia, selain mencatatkan kadar kesuburan yang satu setengah kali lebih daripada orang Cina.

“Ini bermakna orang Cina dan kaum-kaum lain semakin mengecil dari segi populasi penduduk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Daripada segi ekonomi pula, Ahli Parlimen Bukit Bendera itu berpendapat, meskipun pemilikan ekuiti Melayu pada tahun-tahun awal Dasar Ekonomi Baru mungkin dalam digit tunggal, pemilikan itu telah berkembang pesat sejak beberapa dekad lalu.

Katanya, menurut Bank Pembangunan Asia, ekuiti yang dimiliki syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada permodalan pasaran Bursa Malaysia dan penanda aras pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI), masing-masing berada pada kadar 36 peratus dan 54 peratus.

Ini bermakna sebahagian besar ekonomi Malaysia dikuasai GLC yang secara umumnya dikuasai orang Melayu.

“Dan jika semua di atas tidak mencukupi, kedudukan istimewa Melayu juga termaktub dalam perlembagaan.

“Selain itu, bukan sahaja sebarang pindaan perlembagaan yang melibatkan kedudukan Melayu memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen (yang dalam erti kata lain memerlukan sokongan penuh Melayu), ia juga memerlukan kelulusan Raja-raja Melayu.

“Jaminan ini bermakna, tidak akan ada sebarang ancaman terhadap orang Melayu di negara ini. Siapa sebenarnya yang terancam?” soalnya.

Bagi Zairil, kumpulan yang berdepan risiko kehilangan kuasa adalah UMNO, khususnya selepas prestasi buruk mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13, tahun lepas.

“Dengan hanya memenangi 47 peratus undi popular, gabungan parti politik yang diterajui UMNO itu merupakan kerajaan tanpa mandat popular.

“Berikutan prestasi pilihan raya yang mengecewakan, UMNO telah pun melutut dan menjadi pak turut kepada kumpulan nasionalis sayap kanan, seperti PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) dan ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia).

“Bukti yang paling jelas adalah tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membuat pusingan U terhadap janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan,” katanya.

Tambahnya, akibat tidak berdaya menangkis tekanan daripada sayap kanan, dan tanpa mempunyai agenda ekonomi jelas dalam menghadapi masalah nilai ringgit yang semakin lemah, harga komoditi merosot serta prospek inflasi dan penggunaan domestik yang bakal mengecut, berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015.

Jadi, tidak menghairankan UMNO dan Dr Mahathir terpaksa menjaja ketakutan serta memilih cara terdesak untuk memulihkan sokongan yang merosot, katanya.sumber 

No comments:

Post a Comment

Labels