Rasanya dah terlalu lama perasaan berdebar dan gemuruh MMI untuk melihat kejayaan pasukan Malaysia hilang dari jiwa disebabkan mutu permainan yang tidak konsisten.Sekiranya Malaysia bertanding dalam mana-mana perlawanan sekalipun , bukan aksi yang diambil kira sebaliknya keputusan untuk melihat sama ada bolasepak negara benar-benar setanding dengan jumlah pelaburan yang telah dilaburkan.
NAMUN setelah beberapa lama , AKHIRNYA pasukan kendalian Dollah Salleh telah berjaya membuktikan sesuatu seterusnya mengembalikan JIWA yang hilang.
Aksi selama 90 minit malam semalam hampir-hampir sahaja menobatkan Malaysia sebagai Juara AFF Suzuki Cup 2014 namun peraturan pertandingan telah menyebabkan Thailand mengatasi Malaysia dengan agregat 4 - 3 .
Itu keputusan pertandingan , secara zahirnya Malaysia MENANG di Bukit Jalil bukan sahaja dari segi jaringan tetapi juga dari segi MARUAH dan MUTU permainan yang sewajarnya diberikan pujian.
Selama 90 minit itulah para pemain negara telah membuktikan bahawa mereka punya semangat juang yang cukup tinggi , tidak mengalah , bermutu dan paling penting seluruh penyokong HARIMAU MALAYA sama ada di stadium mahupun di rumah tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing.
Mungkin ada yang tidak sedar , di sesetengah kawasan keadaan jalanraya lengang dan tidak seperti hari-hari biasa , WHY ?
Kerana Harimau Malaya !!
Bukan sahaja kedai MAMAK yang penuh tapi juga kedai-kedai TOM YAM sama penuhnya dengan para penyokong Harimau Malaya.
Di kejiranan pula kita dapat mendengar sorakan kuat dari rumah-rumah sebelah JERITAN berbunyi GOLLLLLL !!!!!!
Perghhh satu fenomena yang jarang-jarang berlaku dan ianya kembali menghantui semua warga Malaysia.
Tak cukup dengan itu sesuatu yang paling membanggakan adalah sokongan berterusan mereka terhadap Harimau Malaya walaupun ketinggalan dengan 2 - 0 sewaktu menentang Thailand dalam pusingan pertama sebelum ini.
Well semua itu adalah BUKTI bahawa pasukan Harimau Malaya mampu pergi lebih jauh dan Dollah Salleh Keep It Up !!
Akhirnya gambar-gambar bawah jauh lebih menarik dan semestinya inilah yang dikatakan MARUAH !!!
SALUTE to semua !!!
MMI
No comments:
Post a Comment