Merujuk kepada berita yang disiarkan oleh TheRakyatPost , Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari semalam menyatakan bahawa Tun Mahathir adalah seorang pengemis terdesak bukannya orang Melayu berikutan kenyataan negarawan itu yang menyebut masyarakat Melayu sudah hilang dominasi dan telah diremehkan sehingga menjadi ‘pengemis’ kepada orang Cina.
Dr Mahathir dilaporkan sebagai berkata: “Sekarang UMNO, PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan PAS perlu meminta sokongan daripada DAP untuk memenangi pilihan raya umum. Apabila kita menjadi pengemis, kita tidak lagi mempunyai kuasa.”
Zairil kemudiannya membidas kenyataan Tun Mahathir apabila menganggap orang Melayu sebenarnya berada di kemuncak dalam semua aspek.BACA SINI
Secara umumnya kenyataan Zairil itu seolah-olah benar dan apa yang diperkatakan oleh beliau merumuskan bahawa orang Melayu pada hari ini sebenarnya sudah pun berada dalam keadaan yang jauh lebih selesa daripada yang diperlihatkan kepada umum.
Namun sesuatu yang mungkin Zairil sendiri terlupa adalah sejauh mana perkembangan pesat orang-orang Melayu seperti mana yang beliau nyatakan benar-benar membantu orang Melayu itu sendiri ?
Walaupun kedudukan istimewa orang Melayu termaktub dalam perlembagaan , Zairil perlu ingat bahawa parti DAP bersama-sama dengan pembangkang sering kali mengganggu-gugat kedudukan istimewa tersebut melalui gerakan-gerakan yang dilihat cukup berbahaya.
Jika merujuk kepada kedudukan istimewa orang Melayu , sewajarnya barisan pembangkang yang sering kali dikepalai oleh DAP perlu hormat bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi juga kedudukan agama Islam yang juga termaktub dalam perlembagaan negara.
Sokongan DAP dan pembangkang secara langsung dalam isu tuntutan kalimah Allah dan kenyataan Lim Guan Eng bahawa kaum bukan Islam di Pulau Pinang boleh menggunakan kalimah Allah jelas membuktikan sebaliknya.
Apakah tindakan yang telah mendatangkan kemarahan orang-orang Melayu dan Islam itu boleh dianggap sebagai satu jaminan seperti mana yang disebut oleh Zairil ?
Malah tindakannya menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana mempertahankan Akta Hasutan daripada dimansuhkan menunjukkan kepada kita Zairil sekali lagi terlupa puncanya.
Sedarkah Zairil selama ini diwaktu Akta Hasutan sedang dalam proses untuk dimansuhkan , pembangkang sering kali menunjukkan sikap kurang ajar dan biadap sehinggakan kedudukan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung serta Raja-Raja Melayu turut sama menjadi mangsa serangan politik yang jelas sama sekali membahayakan.
Malahan tindakan sedemikian mencerminkan kepada kita pemansuhan Akta Hasutan bakal menyebabkan keadaan akan menjadi lebih teruk dari itu.
Zairil juga perlu tahu pengekalan Akta Hasutan sebenarnya adalah disebabkan sikap pembangkang sendiri yang GAGAL mengawal diri kerana terlalu obses dengan pemansuhan tersebut.
Siapa sebenarnya yang terdesak ?
MMI memuji tindakan Perdana Menteri yang bijak mengawal situasi dengan tidak terus memansuhkan Akta Hasutan sebaliknya mengambil tempoh masa tertentu untuk MENILAI apakah yang bakal berlaku sekiranya akta tersebut dimansuhkan.
Kini JELAS belum pun akta tersebut dimansuhkan , pembangkang sudah mahu memijak kepala dan itu merupakan BUKTI malah JAWAPAN kenapa Akta Hasutan harus dikekalkan.
Selain dari itu Zairil juga cuba mengheret kumpulan nasionalis sayap kanan seperti PERKASA dan ISMA untuk dijadikan kambing hitam memandangkan berlaku beberapa insiden perang mulut dan kenyataan panas daripada 2 pertubuhan tersebut terhadap UMNO.
Namun Zairil sekali lagi lupa bahawa apa yang berlaku itu adalah teguran daripada kumpulan penyokong kerajaan yang mahukan penambahbaikkan dan mereka tetap menghormati UMNO sebagai parti teras dalam kerajaan serta orang-orang Melayu.
Sebaliknya apa yang berlaku dalam Pakatan Haprak adalah jauh lebih teruk dari itu apabila persengketaan politik WUJUD dalam 3 parti yang bersama.
Bagaimana Zairil boleh menuding jari kepada orang lain tetapi dalam masa yang sama beliau sendiri sedang bergelumang dalam najis yang kini semakin membuak-buak dalam Pakatan Haprak ?
Faktor ekonomi yang disebutkan oleh Zairil juga sebenarnya tidak berasas memandangkan kerajaan sedang meneliti dan telah serta bakal mengambil tindakan-tindakan yang seharusnya bagi memastikan kedudukan ekonomi negara sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Zairil sewajarnya melihat kedudukan ekonomi negeri Pulau Pinang sendiri sebagai perbandingan kerana reputasi Pulau Pinang semenjak ianya di kuasai oleh DAP semakin membimbangkan.
Dalam beberapa perkara , MMI akui bahawa tuduhan Zairil itu adalah benar dan kebenaran itu telah berlaku lama sejak 2008 yang lalu.DAP secara senyap-senyap bukan sahaja mengamalkan dasar pentadbiran berat sebelah tetapi turut menekan orang Melayu sehingga menyebabkan ramai dikalangan orang Melayu di Pulau Pinang terpaksa menempuh peristiwa hitam dalam sejarah hidup mereka.
Perobohan gerai milik orang Melayu , pengenalan serta kenaikan kadar caj dan cukai yang tidak masuk akal , kedudukan tanah milik kerajaan negeri yang semakin mengecil , perbelanjaan kerajaan negeri yang semakin boros dan lain-lain rasanya adalah sesuatu yang langsung tidak disentuh oleh Zairil.
Hari ini apabila Tun Mahathir berpesan serta mengingatkan kepada orang Melayu supaya segera sedar dan beringat agar jangan sesekali membiarkan bangsanya menjadi pengemis kepada orang cina , Zairil tiba-tiba melatah seolah-olah beliau bukan Melayu !
Tun Mahathir dituduhnya sebagai pengemis terdesak , bukannya Melayu !!
JANGAN SESEKALI TERTIPU , apa yang diperkatakan oleh Zairil hanyalah satu lagi episod ulangan drama swasta DAP untuk melalaikan kita.
PERCAYALAH apa yang sedang orang Melayu lakukan hari ini sebenarnya telah menggentarkan seluruh jiwa DAP malah mereka tahu gula-gula yang selama ini diberikan kepada orang Melayu semakin hilang manisnya.
Dan jika itu berlaku DAP akan hilang segala-galanya dan Zairil seorang anak muda yang mengaku MELAYU akan turut sama hilang kedudukannya.Beliau tahu bahawa MELAYU yang ada dalam jiwanya itu bukanlah MELAYU yang sebenar tetapi MELAYU yang telah dicarik-carik oleh ideologi DAP.
Kita perlu INGAT sampai mati bahawa Tanah Melayu merupakan hak mutlak orang Melayu sebelum penjajah membawa masuk orang cina daripada negara China untuk menjadi pelombong bijih timah.Kumpulan pendatang ini kemudiannya diberikan taraf kewarganegaraan dengan syarat "Jus Soli" iaitu mereka harus patuh kepada ketuanan Melayu.
Berdasarkan sejarah ini , adakah kumpulan pendatang ini masih berpegang kepada syarat "Jus Soli" mereka ?
Dalam hal ini dimana kedudukan Zairil dalam DAP ?
Siapakah sebenarnya yang terdesak dan sedang mengemis ?
MMI
No comments:
Post a Comment