Followers

Thursday, 8 January 2015

Cerita Tentang BANJIR #Pray4Malaysia #BanjirMove


Rasanya keadaan banjir yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia sudah pun memasuki fasa 2 dengan paras air di beberapa kawasan telah pun mulai surut.Walau bagaimanapun masih terdapat mangsa banjir yang terus berada di pusat pemindahan kerana keadaan di kawasan terjejas masih belum pulih sepenuhnya.Selain daripada itu terdapat mangsa-mangsa banjir yang telah kehilangan rumah kediaman masing-masing kerana musnah akibat banjir baru-baru ini.Kesemua ini sebenarnya memerlukan ketabahan dan kekuatan untuk kembali bangkit daripada bencana banjir yang paling teruk pernah di catatkan oleh negara.

Untuk rekod sejak banjir melanda , pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai agensi kerajaan termasuk NGO dan gerak kerja membantu serta menyelamat mangsa berterusan sehingga ke hari ini.Sebelum ini MMI labelkan keadaan banjir sebagai fasa 1 , memandangkan keadaan yang agak kritikal berdasarkan laporan daripada pelbagai pihak.

Kita dapat lihat bagaimana keadaan banjir di sesetengah kawasan khususnya di Kelantan telah menenggelamkan hampir keseluruhan rumah sehingga penduduknya terpaksa melarikan diri ke kawasan yang lebih tinggi.

Dasyat memang dasyat sekali .. Antara kesan akibat banjir di Kuala Krai Kelantan Klik SINI seolah-olah mengimbau tragedi Tsunami yang melanda beberapa negara di Asia satu ketika dulu.

SOLIDARITI

Dalam pada itu MMI tersentuh dengan sikap sebahagian besar rakyat Malaysia yang menunjukkan komitmen serta solidariti mereka kepada mangsa banjir dengan turun membantu walaupun dengan perbelanjaan sendiri.

Untuk makluman , terdapat di kalangan rakan dan sahabat MMI sendiri adalah mereka yang terlibat secara langsung dalam misi sukarelawan ini dan ada di antaranya yang sudah pun berulang alik ke Pantai Timur lebih dari 4 kali.




JPC (Jom Pi Camp) antara ribuan NGO yang turun menyumbangkan makanan kepada mangsa banjir di Temerloh.Mereka tidak di biayai sesiapa tetapi hadir di kawasan bencana atas dasar semangat 1Malaysia.

Kini situasi sudah memasuki Fasa 2 dan ia memerlukan perancangan rapi selain daripada usaha pelbagai pihak untuk terus membantu mangsa banjir.

SUKARELAWAN

Sehingga artikel ini di tulis , ribuan malah mungkin sudah mencecah puluhan ribu para sukarelawan sudah pun digerakkan ke kawasan bencana bagi membantu penduduk membersihkan kediaman masing-masing.Bukan itu sahaja malah sekolah , surau dan masjid juga turut menjadi fokus utama para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai pihak.


300 Briged Sukarelawan UMNO Bahagian Kepala Batas di ketuai Ahli Parlimen YB Dato' Seri Reezal Merican yang turun ke Kuala Kangsar Perak baru-baru ini membantu mangsa banjir.


Ketua UMNO Bahagian Tanjung Karang yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Dato' Seri Noh Omar disertai lebih 40 pacuan empat roda 4x4 dan lebih 300 sukarelawan UMNO Bahagian Tanjung Karang ke Kampung Berhala Gantang dan Kampung Sungai Ira dalam daerah Temerloh berlepas pagi tadi.Lagi Gambar 

Dan MMI di maklumkan awal pagi nanti sukarelawan dari UMNO Bahagian Tasek Gelugor juga akan berangkat ke Kelantan bersama-sama sukarelawan dan bantuan untuk mangsa banjir.

MMI juga percaya banyak lagi pasukan-pasukan lain sama ada sudah berada di kawasan bencana atau turut sama berangkat dari kawasan masing-masing dan gerakan ini akan berterusan sehinggalah keadaan kembali pulih.


SALUTE !!

MMI salute kepada semua sukarelawan yang turun membantu , Usaha anda semua amat-amat dihargai !! 

Dalam semua keadaan di atas kita jangan sesekali lupa bahawa ada pihak dan segelintir mereka di luar sana jauh lebih sibuk dengan menyebarkan pelbagai berita PALSU serta FITNAH yang telah menyebabkan rakyat panik serta keliru.

Dan serentak dengan itu jugalah MMI dan seluruh penggerak maya bertungkus-lumus untuk mendapatkan fakta serta jawapan sebenar untuk menjawab segala kekeliruan rakyat diluar sana.Hebahan-hebahan PALSU dan FITNAH itu bukan main-main , dengan pelbagai kemudahan melalui telefon pintar hari ini berita sedemikian begitu cepat tersebar.

Seperti mana para sukarelawan banjir , begitu jugalah kami di medan maya terpanggil untuk membantu perbetulkan maklumat-maklumat PALSU dan FITNAH dengan membuat penafian dan kami anggap ini adalah sebahagian daripada khidmat yang kami boleh salurkan kepada negara.

Percayalah apa yang perlu pada ketika ini adalah memberikan sokongan kepada kerajaan untuk terus membuat perancangan bagi membantu rakyat.Bukan dengan mengadu-domba dan menyebarkan berita-berita yang tidak pasti dan langsung tidak membantu mereka-mereka yang terkesan akibat banjir.

"HERO BANJIR"


MMI ulang gambar ini , dia bukanlah sesiapa hanya rakyat biasa jauh sekali punya kepentingan politik tetapi kudrat dan keringat yang beliau curahkan PASTI IKHLAS dan mungkin jauh lebih IKHLAS dari kita !! 

#Pray4Malaysia

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels