Followers

Sunday, 11 January 2015

@EricPaulsen101 PADAM Tweet Tanpa Permohonan MAAF Ok Ker ?? @azwanbro

Pada 9 Januari 2015 yang lalu seorang peguam Lawyers For Liberty bernama Eric Paulsen telah mengeluarkan kenyataan kurang ajar dan biadab melalui akaun twitternya apabila menuduh secara membuta tuli kononnya umat Islam di Malaysia pada setiap jumaat selain menunaikan solat turut mendengar khutbah yang berupa hasutan untuk menjadi lebih ekstrim.

Baca artikel sebelum ini di SINI

Kenyataan dangkal berupa tuduhan itu kemudian mendapat reaksi segera daripada pelbagai pihak yang kecewa dan marah dengan tindakan peguam terbabit.Rata-ratanya mahukan pihak berwajib termasuk JAKIM mengambil tindakan terhadap Eric Paulsen memandangkan beliau bukan sahaja membuat fitnah tetapi tindakannya juga dianggap sebagai menghasut rakyat agar membenci Islam.

Kini setelah 3 hari kenyataan itu mendapat kecaman pelbagai pihak , peguam Lawyers For Liberty ini telah memadamkan kenyataan tersebut daripada akaun twitternya tanpa menunjukkan sebarang rasa bersalah waima membuat permohonan maaf sekalipun.

Apakah ianya memadai bagi umat Islam di Malaysia ? 

Lebih penting adakah kita yakin bahawa tindakan sebegini tidak akan berulang ?

Tindakan terbaru Eric itu telah mendapat perhatian daripada Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia , Khairul Azwan Harun atau Azwanbro apabila menyifatkan tindakan Eric sebagai sangat bodoh apabila beliau memadamkan catatan tweet yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstremis di negara ini.

Astroawani dalam laporannya menyebut Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun di dalam catatan tweetnya berkata, walaupun tweet Paulsen itu dipadam, ia tidak bermakna kemarahan rakyat negara ini mengenai fitnah itu reda atau dikira selesai.

Azwan dalam pada itu turut menyamakan kebiadaban Paulsen itu sama dengan Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil.

Ali kini dipercayai melarikan diri ke Stockholm, Sweden bagi mengelak dibicarakan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui Facebook pada bulan September lalu.

Sementara, Alvin yang sedang dibicarakan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menghina umat dan agama Islam dalam Facebook pada 2013 dipercayai telah melarikan diri ke Amerika Syarikat.

Azwan turut menyindir Majlis Peguam yang dikatakan 'diam' selepas Paulsen membuat tuduhan tanpa sebarang bukti.

Dalam pada itu Azwan turut menyifatkan Paulsen adalah ekstrimis sebenar selain menyifatkan agama Islam sentiasa menghormati ajaran agama lain di dunia.

Apa pun yang berlaku MMI bersetuju dengan kenyataan Azwanbro , tindakan sebegini tidak sewajarnya dibiarkan apatah lagi dilepaskan memandangkan telah terjadi beberapa kejadian serupa sebelum ini sehingga menyusahkan kita.

Sebagai rakyat MMI merasakan tindakan Eric yang memadam kenyataannya tanpa sebarang permohonan maaf adalah jauh lebih kurang ajar dan inilah sikap puak-puak pembangkang yang sering kali mempermain-mainkan sensitiviti kaum dan agama serta undang-undang negara.

Soalnya sampai bila kita mahu diperlakukan sedemikian oleh mereka yang langsung tidak punya jiwa Malaysia ?

Lawyers For Liberty ? Puihh agak-agak bro , langsung tak menepati apa yang di canangkan !!! Tak ada integriti main bedal ja ... Memalukan !!!

Dalam masa yang sama mana dia suara peguam-peguam pembangkang yang asyik cakap pandai sangat tu ?

Ini terang-terang menghasut dan membuat fitnah bukan terhadap individu tetapi terhadap seluruh umat Islam di Malaysia !!! 

Kepada rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam , JANGAN SESEKALI MENERIMA MAAF musibat ni KITA TUNTUT TINDAKAN SEKERAS-KERASNYA !!!

HALAU DIA dari bumi MALAYSIA !! 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels