Ramai yang kecoh apabila akaun facebook dan instagram tidak dapat diakses.
Malah timbul spekulasi yang mengatakan ianya merupakan satu serangan terbaru oleh hackers terhadap kedua-dua akaun terbabit.
Ianya tidak berlanjutan terlalu lama dan keadaan kembali pulih petang tadi dan semua akaun telah dapat diakses semula.
Berdasarkan pengamatan MMI melalui akaun twitter , rata-rata pemilik akaun tertanya-tanya apakah yang sudah berlaku dan ada diantaranya yang mengumumkan cuti satu hari daripada membuka akaun facebook.
Hihihi lihatlah betapa besarnya kesan penggunaan akaun-akaun ini terhadap masyarakat dunia !!!
Walau bagaimanapun laporan terkini yang disiarkan oleh astroawani menyatakan bahawa ianya tidak ada kena mengena dengan sebarang serangan siber atau digodam oleh mana-mana pihak.
Servis pengendali platform media sosial terkemuka dunia, Facebook dan Instagram berjaya dipulihkan selepas perkhidmatannya terganggu hari ini, menurut Facebook dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada AFP.
Masalah tersebut bagaimanapun adalah disebabkan oleh "perubahan yang memberikan kesan kepada sistem konfigurasi dan bukannya disebabkan oleh aktiviti penggodaman." tambah kenyataan tersebut.
Terdahulu, The Lizard Squad, kumpulan penggodam yang mengaku bertanggungjawab menggodam laman web Malaysia Airlines, hari ini mengaku mengakibatkan gangguan meluas kepada platform media sosial terkemuka, Facebook dan Instagram.
Menerusi satu tuit, "Facebook, Instagram, Tinder, AIM, Hipchat #offline #LizardSquad"
Serangan DDoS besar-besaran itu menyerang pelayan platform itu di Amerika Syarikat yang menyebabkan ribuan pelayan Facebook dan Instagram tersekat.
Perkhidmatan tersebut terganggu selama 40 minit di kalangan pengguna di Asia, Amerika Syarikat dan beberapa wilayah lain.astroawani
Penangan media sosial .. Hebatkan ??
MMI
No comments:
Post a Comment