Followers

Saturday, 3 January 2015

MISI KEMANUSIAAN MANGSA BANJIR MalaysiaKini Pilih FITNAH !! @IsmailSabri60 @NajibRazak


Inilah gambar yang disiarkan oleh mereka yang lebih suka melalak daripada turun padang membantu rakyat Malaysia yang kini sedang di landa musibah banjir.Semua pihak sedia maklum bahawa gambar tersebut telah diwar-warkan di media sosial dan juga portal pro-pembangkang malaysiakini sejak beberapa hari lepas.

Dengan GAH malaysiakini mengeluarkan laporan yang jelas cuba memburuk-burukkan agensi kerajaan dan juga kementerian terlibat yang telah bertungkus-lumus membantu mangsa banjir sejak hari mula kejadian berlaku.

Persoalannya sejauh mana kebenaran tuduhan tersebut ?

Untuk rekod sumbangan Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA) yang telah digunakan bagi membantu mangsa banjir setakat ini berjumlah RM1.821 juta.Malah bantuan ini telah pun digerakkan ke kawasan bencana sejak banjir bermula tempoh hari.

Tuduhan yang menyatakan kerajaan mempolitikkan isu banjir serta bantuan lewat tiba disebabkan pekerja perlu meletakkan pelekat gambar pemimpin pada kampit beras adalah tidak benar sama sekali dan ini dinyatakan sendiri oleh lelaki dalam gambar di atas yang juga merupakan Naib Pengerusi Briged Kesatria Muda - Mohd Eddy Casmady Che / Hussin.
Kenyataan Naib Pengerusi Briged Kesatria Muda - Mohd Eddy Casmady Che / Hussin mengenai Laporan Malaysiakini Mengenai Paket Beras Bantuan Banjir Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Berpelekat Wajah Perdana Menteri
1. Malaysiakini telah membuat satu pelaporan berita palsu dan memanipulasikan berita bergambar melalui portal berita tersebut beralamat URL www.malaysiakini.com.
Malaysiakini telah menggunakan tanpa izin dan memanipulasikan gambar saya sebagai penampal pelekat berwajah Perdana Menteri di atas paket bantuan beras. Berikut adalah fakta sebenar dan kenyataan yang menyatakan kebenaran mengenai isu ini.
2. Sebagai Naib Pengerusi Briged Kesatria Muda Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengatur, memindah, mengasingkan dan menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara. Gambar yang dimanipulasikan oleh Malaysiakini adalah gambar saya selaku SUKARELAWAN Briged Kesatria Muda, bukan  seorang "pekerja" seperti yang didakwa portal berkenaan. Rujuk sukarelawan dan NGO yang lain sebagai pengesahan kerja-kerja sukarelawan yang telah saya jalankan.
3. Briged Kesatria Muda adalah biro yang ditubuhkan untuk menggerakkan misi kemanusiaan. Kami telah pun merancang & melakukan kerja-kerja bantuan kemanusiaan di mana 3000 kampit beras pertama telah disediakan lebih awal oleh MOA melalui satu majlis rasmi pada 17/12/2014 di Putrajaya. Pengedaran aktif oleh Briged Kesatria Muda juga dilakukan sebelum berlakunya banjir besar di Pantai Timur.
4. Briged Kesatria Muda tidak terikat dengan MOA semata-mata. Kami turut mengumpul dan mengedar bantuan dari kumpulan NGO-NGO dan Kementerian lain. Adalah perlu kami meletakkan penanda agar ia tidak bercampur dan memudahkan urusan logistik dan penghantaran.
5. Bantuan makanan daripada MOA sebenarnya tidak mempunyai penanda berwajah YAB PM seperti mana yang didakwa. Hanya sebanyak100 keping penanda yang dicetak dan ditampal untuk membezakan bantuan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dari bantuan-bantuan daripada pihak lain yang turut membantu membekalkan barangan makanan kepada mangsa banjir.
6. Banyak gambar yang dirakam dalam operasi penyerahan bantuan ini membuktikan bahawa tiada pelekat berwajah PM dilekatkan di atas bantuan-bantuan yang disampaikan oleh kementerian ini. Para sukarelawan Kementerian Pertanian dan aktivis-aktivis NGO yang terlibat juga boleh mengesahkan bahawa tiada pelekat bergambar PM di atas bantuan-bantuan yang diserahkan.

7. Pihak Briged Kesatria Muda menganggap laporan berita yang dibuat oleh Malaysiakini adalah palsu dan berniat jahat. Laporan berita dan perbuatan memanipulasi gambar saya oleh Malaysiakini juga telah mengakibatkan persepsi negatif, salah tanggap dan tuduhan-tuduhan tidak baik terhadap saya dan   Briged Kesatria Muda. Perbuatan ini tidak boleh dimaafkan sama sekali dan tindakan wajar diambil terhadap Malaysiakini yang tidak bertanggung jawab ini.
8. Briged Kesatria Muda akan membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta berhasrat untuk menyaman Malaysiakini bagi membersihkan nama baik Briged Kesatria Muda.
9. Kami juga akan membuat laporan polis terhadap blogger yang bernama Syed yang telah memanipulasi gambar saya dengan kenyataan fitnah dan berniat jahat serta laporan polis terhadap Malaysiakini yang menulis dan menyebar kenyataan untuk memburukkan kami serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
10. Briged Kesatria Muda juga ingin mencadangkan agar Menteri dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut menyaman Malaysiakini yang jelas telah memfitnah dalam cubaan untuk menghasut pemikiran rakyat untuk membenci kerajaan di media sosial.
11. Sekian kenyataan saya untuk makluman tuan/puan.
Sejak tarikh 18 Disember di mana bermulanya banjir di Kelantan, MOA telah melibatkan diri secara langsung melalui agensi KADA untuk menghantar barangan keperluan. Bermula 26 Disember seluruh agensi di bawah MOA mula dilibatkan. MOA telah mengunapakai (mobilise) semua aset-aset untuk menyalurkan bantuan kepada 8 negeri yang melibatkan 51 kawasan parlimen.

Dalam masa yang sama MOA melalui Briged Kesatria Muda sudahpun mengedarkan 3,000 kampit beras kepada mangsa banjir. Malah media turut dipanggil pada ketika majlis penyerahan. Ini adalah masa untuk misi kemanusiaan bukan untuk berparti. Menteri MOA, DS Ismail Sabri telah menyebut di laman sosial Facebook dan Twitter akan menolong semua mangsa tanpa mengira sama ada UMNO, PAS ataupun PKR. 



Pada ketika kerajaan memberikan perhatian penuh selain komited untuk terus membantu rakyat , kita kesal kerana masih ada lagi segelintir daripada mereka-mereka di luar sana seperti meroyankini yang lebih suka untuk terus mengadu-domba dan mempolitikkan setiap usaha bantuan yang digerakkan oleh kerajaan.

Mereka biadap kerana lebih sibuk memfitnah dan mencari kesalahan orang lain sedangkan hakikatnya mereka sendiri langsung tidak turun ke lapangan membantu malah masih lagi selesa di kerusi empuk masing-masing melakukan fitnah demi fitnah.

Persoalan yang harus rakyat Malaysia soalkan ketika ini adalah untuk apa mereka-mereka ini bertindak sedemikian ?

Tidak lain dan tidak bukan kerana mereka lebih suka berpolitik daripada MEMBANTU RAKYAT !!

Berikut adalah gambar-gambar yang PASTINYA tidak akan disiarkan oleh meroyankini ...








Sebenarnya tak ada isu pun , bantuan tetap di salurkan kepada mangsa banjir dan puak meroyan ni sebenarnya bimbang sebab kerajaan BN komited dan bersungguh-sungguh membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Bimbang sangat takut-takut penyokong sendiri beralih arah !

Selain dari itu , kalau nak diikutkan Kelantan tu berapa banyak penyokong pembangkang ? 

Tapi ini soal kemanusiaan dan rakyat Malaysia yang perlukan bantuan perlu di bantu.

Tahniah kerajaan BN dan kepada Datuk Seri Ismail Sabri teruskan usaha kerana jutaan rakyat Malaysia lainnya jauh lebih berakal dan bijak menilai.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels