Insiden serangan terhadap Charlie Hebdo di Perancis yang telah mengorbankan 12 orang serta mencederakan ramai lagi seperti mana yang dilaporkan sebelum ini ternyata bakal menjadi alasan baru kepada mereka-mereka yang membenci Islam.
Entah kenapa seolah-olah mereka merelakan 12 nyawa yang terkorban itu dijadikan sebagai pembakar semangat untuk terus secara terang-terangan menghina agama Islam.
Edisi terbaharu majalah mingguan Charlie Hebdo, yang pejabatnya telah diserang pengganas pada minggu lalu, akan terus menyiarkan karikatur Nabi Muhammad, kata peguamnya semalam.
Edisi khas tersebut yang dikeluarkan pada Rabu (semalam) , juga diterbitkan dalam 16 bahasa untuk pembaca sedunia, ujar salah seorang kolumnisnya, Patrick Pelloux.
Peguam Charlie Hebdo, Richard Malka, memberitahu kepada sebuah stesen radio tempatan bahawa edisi itu akan secara 'terang-terangan' mempersenda Nabi Muhammad semata-mata untuk membuktikan bahawa para pekerja penerbitan itu tidak akan tunduk pada tekanan kumpulan ekstremis.
Dua penyerang yang telah mengorbankan 12 orang dalam keganasan pada Rabu lalu, termasuk lima kartunis dan tiga lagi pekerja lain, mendakwa mereka telah 'membalas dendam atas nama Nabi Muhammad' sewaktu meninggalkan pejabat Charlie Hebdo.
Tindakan itu dikatakan mewakili kemarahan di beberapa negara Islam atas siaran kartun yang menghina Nabi Muhammad dalam majalah tersebut.
Penyerang dua beradik, Cherif dan Said Kouachi yang telah dibunuh Jumaat lalu mendakwa bahawa mereka merupakan anggota militan Al-Qaeda di Yaman.
Rangkaian pejabat Charlie Hebdo pernah diserang pada tahun 2011 kerana menyiarkan kartun watak Nabi Muhammad, namun tiada nyawa yang terkorban.
Para pekerjanya juga pernah menerima ancaman bunuh daripada kumpulan radikal Islam sejak tahun 2006, apabila syarikat itu mencetak semula kartun daripada akhbar Jyllands-Posten atas alasan kebebasan berekspresi.
Pekerja Charlie Hebdo sejak Jumaat lalu bekerja dari pejabat akhbar Liberation kerana pejabat mereka yang masih ditutup untuk siasatan polis. Mereka menggunakan peralatan yang dipinjamkan oleh organisasi media lain.
Sejuta naskhah edisi khas terbaharu Charlie Hebdo sedia diedarkan di luar Perancis. astroawani
Melihat kepada perkembangan terbaru ini maka kita dapat simpulkan bahawa gerakan untuk memburukkan Islam bakal berterusan dan mungkin selepas ini akan lebih dasyat daripada yang sebelumnya.
They Will Not Stop !
Sesuatu yang PASTI mereka tidak akan berhenti dan begitu juga dengan apa yang sedang berlaku dalam negara kita Malaysia.
Eric Paulsen antara nama baru dan sebahagian daripada mereka yang menghina Islam sehingga menaikkan kemarahan hampir seluruh umat Islam di Malaysia.Dan kerana itu beliau telah ditangkap oleh pihak polis dan kini sudah pun dibebaskan setelah direman selama 2 hari.
Berdasarkan pengamatan MMI , mereka-mereka ini tidak akan pernah serik dan akan terus melakukan penghinaan dengan pelbagai cara.Kita jangan sesekali lupa penghinaan terhadap agama Islam di Malaysia sebenarnya sama hebatnya dengan apa yang dilakukan oleh Charlie Hebdo.
Sejak pasca PRU13 lagi pelbagai kejadian telah dilaporkan kepada pihak berkuasa melibatkan penghinaan oleh mereka yang bukan Islam terhadap Islam.
Penggunaan ayat suci Al-Quran di pentas politik oleh pemimpin pembangkang bukan Islam menjadi antara yang terawal tetapi turut diikuti pula dengan tindakan melarang laungan azan , mempertikaikan Islam , menyamakan Al-Quran dengan Bible , tuntutan kalimah Allah oleh bukan Islam , isu pemakaian tudung , mempersendakan Islam dan banyak lagi penghinaan setarafnya yang berlaku saban waktu.
Malah dalam keadaan tertentu pemimpin pembangkang boleh pula mempertikaikan pihak berkuasa tentang tindakan terhadap pemimpin Melayu Islam kononnya mereka juga terlibat dalam isu penghinaan terhadap agama lain.MMI ada mengulas dalam artikel sebelum ini KLIK SINI
Tidak cukup dengan itu , kita juga secara tidak langsung sudah pun berdepan dengan situasi seperti mana yang berlaku di Perancis melibatkan penyiaran karikatur oleh Charlie Hebdo yang secara terang-terangan menghina Islam.
JELAS ianya juga satu penghinaan ! MMI yakin semua pihak sedar bahawa penyebaran karikatur di atas disebabkan isu sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari berikutan dakwaannya diliwat oleh Anwar Ibrahim.
Yang menghairankan kita adalah kenapa isu SUMPAH yang dipertikaikan sedangkan isu UTAMA adalah Anwar Ibrahim di tuduh meliwat Saiful ?
Paling hebat ... ramai tak sedar di Malaysia juga sebenarnya ada Charlie Hebdo !!
Inilah sebenarnya antara permainan mereka-mereka diluar sana yang tidak akan berhenti untuk terus menjadikan Islam sebagai sasaran untuk kepentingan masing-masing.
PALING membimbangkan kita adalah ruang untuk kejadian di Perancis berlaku di bumi Malaysia ! Dengan pelbagai pihak termasuk NGO yang telah bangun menyatakan bantahan dan kemaraham mereka , MMI bimbang kalau-kalau ada anasir-anasir lain yang cuba mengambil kesempatan untuk terus melaga-lagakan Islam dengan bukan Islam.
PERCAYALAH strategi mereka sama ! Dan mereka tidak akan berhenti melakukannya !!
MMI
No comments:
Post a Comment