Followers

Wednesday 14 January 2015

Penahanan Eric Paulsen , Lakonan Guan Eng MEMUALKAN !!!

Isu penangkapan Eric Paulsen seorang peguam Lawyers For Liberty yang menghina Islam dan membangkitkan kemarahan orang Islam baru-baru ini sebenarnya harus dijadikan sebagai penghinaan yang terakhir dalam semua jenis penghinaan seumpamanya.

MMI yakin semua penganut agama lain juga tidak mahu agama masing-masing dihina atau dicerca dengan sewenang-wenangnya kerana disitulah terletaknya kesucian mengikut kepercayaan masing-masing.

Kalau diikutkan kepada senario semasa , MMI begitu ingin sekali untuk menyiarkan artikel-artikel berupa hinaan terhadap agama lain bagi mencari kepuasan dalam diri setelah melihat mereka-mereka yang terlalu dangkal di luar sana saban hari menjadikan isu sensitif ini sebagai bahan atau modal untuk mengaut keuntungan politik.

Tetapi bukan itu jalan terbaik kerana sejak MMI kenali Malaysia , rakyatnya BEBAS mengamalkan agama masing-masing dan agama Islam itu sebagai agama rasmi negara.

Maka tidak seharusnya timbul isu menghina agama orang atau kaum lain seperti mana yang dilakukan oleh Eric Paulsen dan mereka-mereka yang pernah terlepas daripada hukuman sebelum ini.

Bayangkan apakah yang bakal berlaku sekiranya semua kaum mengikut agama masing-masing hari ini bertindak menghina sesama sendiri ?

MMI pasti akan berlaku huru-hara dalam negara memandangkan isu agama adalah isu yang paling sensitif dan tidak harus disentuh khususnya oleh mereka-mereka yang tidak arif tentangnya.

TANGKAPAN

Setelah umat Islam di Malaysia bangkit menyatakan kemarahan mereka terhadap tindakan Eric Paulsen maka pihak PDRM telah bertindak dengan membuat tangkapan.Tindakan yang telah menyelamatkan Malaysia daripada sekali lagi menjadi huru hara akibat rasa tidak puas hati dari kalangan umat Islam yang jelas tidak lagi mampu melihat agama Islam terus dihina dan dicerca.

Secara jujurnya , MMI melihat tindakan pihak PDRM ini bukan sahaja kerana keceluparan Eric Paulsen tetapi turut merangkumi aspek-aspek lain.Dengan insiden hampir serupa sebelum ini melibatkan nama-nama seperti Namawee , Alvin dan lain-lainnya , tindakan PDRM ini wajar di puji kerana jelas faktor keselamatan khususnya antara kaum dan agama menjadi asas kepada tindakan tersebut.

Maka Eric sewajarnya menerima tindakan ini kerana beliau sendiri secara rasionalnya sedar tindakan fitnah dan menghasut itu sama sekali tidak benar wajar dilakukan malah beliau tahu kesan dan akibat daripada tindakan sedemikian.

Sebagai peguam , beliau pasti tahu dan persoalannya kenapa beliau masih meneruskan tindakan tersebut ?

Well jawapannya mudah ... kepentingan politik !

Kenapa begitu ? SEDARLAH bahawa setiap tindakan waima yang boleh mencuit sedikit sensitiviti umat Islam pastinya akan mendapat perhatian hampir seluruh kepimpinan pembangkang dan mereka-mereka ini sering kali dipertahankan.

Lim Guan Eng 

Manusia ini adalah pelakon politik terbaik yang dimiliki oleh pembangkang dan DAP hari ini.Walaupun kedudukannya sebagai Setiausaha Agung parti itu masih samar-samar disebabkan permasalahan CEC yang masih belum selesai , beliau mampu memperbodohkan sebahagian besar penjilat DAP untuk terus menyokongnya.

Kewujudan empayar atau dinasti Lim dalam DAP tidak lagi boleh dinafikan kerana jelas DAP hanya berpaksikan kepada cengkaman anak beranak ini.

Kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang digunakan sepenuhnya untuk terus memperkukuhkan dinasti Lim dan ini terbukti apabila isteri beliau sendiri digunakan untuk memperkukuhkan penguasaan DAP di Pulau Pinang.BACA SINI 

Bertindak atas penangkapan Eric Paulsen , Guan Eng bukan sahaja telah mencabar KPN tetapi turut mempertikaikan tentang isu melibatkan Presiden PERKASA dan Dr Mashitah Ibrahim.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mencabar Khalid menahan dua pihak berkenaan, yang didakwa menyentuh keharmonian kaum sebelum ini.

Beliau juga meminta Khalid tidak pilih kasih dan komited menjaga keharmonian kaum di Malaysia, ketika mengulas penahanan peguam Eric Paulsen seperti mana yang dilaporkan oleh portal pro-pembangkang malaysiakini.

Mungkin ada dikalangan rakyat Malaysia yang merasakan cabaran Guan Eng itu punya asasnya tetapi SEDARKAH kita bahawa isu melibatkan Ibrahim Ali dan Dr Mashitah Ibrahim itu berlaku kerana ada pihak lain yang terlebih dahulu bertindak menghina agama Islam !

Tahukah Guan Eng bahawa semuanya bermula apabila munculnya kumpulan yang menuntut penggunaan kalimah Allah untuk digunapakai oleh bukan Islam ?

Malah Guan Eng sendiri adalah penyokong kuat kepada tuntutan ini bersama-sama dengan barisan kepimpinan dalam Pakatan Haprak termasuk dari kalangan parti PAS sendiri.

SEDARKAH Guan Eng bahawa orang Islam sudah lama tercabar dek kerana tuntutan dan sokongan tersebut ?

Siapakah yang memulakannya ?

Inilah perkara utama yang cuba diselindungkan oleh Guan Eng dan konco-konconya malah MMI yakin seperti mana yang dicatatkan di atas sana , semua yang berlaku ini hanyalah satu tindakan licik pembangkang untuk mendapatkan perhatian dan keuntungan politik semata-mata.

Walhal jika diikutkan , laporan polis yang dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang terhadap Guan Eng sebelum ini berkaitan kenyataan orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah di Pulau Pinang juga masih belum diselesaikan.

Baca artikel berkaitan di SINI

Dan hari ini Pergerakan Pemuda dan UMNO negeri dalam sidang media di Menara UMNO Pulau Pinang telah meminta penjelasan daripada pihak polis berkenaan status laporan yang dibuat.



So menjadi harapan semua pihak untuk segera melihat tindakan pihak PDRM terhadap laporan polis yang telah dibuat terhadap Guan Eng.Bukan mencabar tetapi mahu melihat tindakan undang-undang benar-benar menepati dengan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara selain termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

Kepada Guan Eng mungkin lebih baik tutup mulut dari terus melakonkan aksi-aksi stereotaip yang memualkan tu , tak perlu mempersoalkan tindakan KPN dan polis kerana diri kamu sendiri pun sedang disiasat.

Kamu sebenarnya tahu dan faham bahawa apa yang berlaku hari ini adalah disebabkan gerakan dan keceluparan diri yang dimulakan oleh kamu sendiri.Tak perlu tukar cerita malahan warga Malaysia sendiri pun faham Eric Paulsen WAJAR dikenakan tindakan kerana sikap melampaunya.

MMI

1 comment:

  1. tak payah nak dengar cakap kaum pendatang ni......sekaraang ni melayu kena tunjuk ketegasan.....bangsa cucucicit komunis,,,,kalau tak tipu bukan cina.....melayu macam anuar liberal kurap bolela dia beli....melayu sejati kena lawan cina kristian ni....hapuskan anuar kurap dari tanah melayu ni.....penjarakan dia......cina mestilah suka bila melayu hina bangsa sendiri..sebab tu penjarakan anuar......

    ReplyDelete

Labels