Followers

Thursday 8 January 2015

The Conqueror

Apa jadi agaknya jika cerita kat bawah ni melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor ?

Mungkin puak-puak pembangkang akan mula berkokok dan habis segala ceruk negeri kat Malaysia ni akan di jelajahnya.

Maklumlah bila ada lauk takkan nak biarkan saja ye tak ?

Jika sebelum ini pelbagai tohmahan di lemparkan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor tanpa henti , kini apa kurangnya dengan Betty Chew isteri kepada Lim Guan Eng yang semakin pasang badan ni.

Pendedahan berikutnya jelas memperlihatkan kepada rakyat Malaysia bagaimana DAP bersikap double standard selain turut mengamalkan nepotisme.Malah MMI merasakan ianya juga ada kena mengena dengan usaha untuk terus memperkukuhkan Dinasti Lim !

Menurut laporan daripada R Ed Mikael , Isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, Betty Chew Gek Cheng diberi jawatan sebagai Ketua Bahagian untuk Perkhidmatan Harta, Perdagangan Pembangunan Hartanah, Pembinaan dan Jawatankuasa Pengurusan Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang.

Betty Chew adalah isteri Lim Guan Eng yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Melaka.

“Dan suami Betty Chew iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang juga merupakan Pengerusi Hal Ehwal Tanah dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Negeri.

“Kini isu tanah dimonopoli sepenuhnya oleh keluarga Lim Guan Eng. Jika ini dilakukan oleh pemimpin BN, maka namanya nepotisme. Jika ini dilakukan oleh PR, namanya entah apa, saya pun tidak tahu,’ ulas R Ed Mikael.

Menurut R Ed Mikael, Dewan Perdagangan Cina Pulau Pinang (PCCC) adalah sekutu rapat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng

“Pengerusi PCCC adalah Tan Sri Tan Kok Ping, salah seorang Pengarah syarikat yang bertanggungjawab dalam soal pembersihan tanah haram atau skandal “Botak Hill” yang juga merupakan sekutu rapat Lim Guan Eng,”ulasnya lagi.Selanjutnya 

Well dalam diam satu persatu di takluknya .. Mungkin ramai di kalangan kita masih lagi bermimpi dan semestinya mimpi itu yang indah-indah sedangkan hakikatnya terlalu kritikal.

Bangun dan sedarlah !!!

MMI

1 comment:

  1. Kalau MEREKA semua BOLEH belaka, OK belaka....

    ReplyDelete

Labels