Followers

Saturday, 28 February 2015

Apa Hal Ni KDN ??

Keputusan mahkamah JELAS bahawa Anwar Ibrahim didapati bersalah kerana MELIWAT Mohd Saiful Bukhari.

Satu keputusan yang tidak lagi boleh dipertikaikan walaupun ada usaha oleh keluarga Anwar memohon pengampunan daripada DYMM SPB Yang Di Pertuan Agung.

Pun begitu , berdasarkan prosedur pengampunan jika DYMM SPB Yang Di Pertuan Agung mengampunkan Anwar sekalipun tidaklah bererti bahawa keputusan MELIWAT itu terbatal.

Selebihnya boleh rujuk dalam artikel MMI sebelum ini bertajuk "Permohonan Ampun Nurul Nuha & Azizah Tidak Relevan"

Jadi secara ringkasnya , Anwar Ibrahim tetap seorang banduan dan perlu menjalani hukuman kerana MELIWAT ! JELAS lagi NYATA !!!

Namun secara tiba-tiba MMI dikejutkan dengan kenyataan daripada Menteri dan Timbalan Menteri KDN yang dilihat langsung tidak konsisten malah semacam mencari helah !

Isunya apabila puak-puak PKR yang dikepalai oleh Setiausaha Agungnya , Rafizi Ramli membuat tuntutan supaya Anwar Ibrahim dibenarkan hadir ke sidang parlimen atas kapasiti Ketua Pembangkang dan dalam masa yang sama kerana kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang Anwar tidak dikosongkan sehingga proses petisyen pengampunan Diraja selesai.

Kita semua tahu bahawa tindakan sebegini adalah provokasi melampau puak PKR yang sering kali suka menyerang kredibiliti sistem perundangan negara.Sebagai rakyat biasa pun kita tahu proses pengampunan Diraja itu dilakukan setelah seseorang itu didapati bersalah dan sedang menjalani hukuman mengikut beberapa prosedur tertentu.

Tidak wujud istilah selagi mana proses pengampunan itu masih berjalan , banduan yang membuat permohonan tersebut dikecualikan daripada status BANDUAN !!!

Penjelasan yang MMI rasa amat mudah untuk difahami.Tetapi lain pula jadinya apabila isu ini sampai kepada mereka-mereka yang terlibat secara langsung dalam KDN !!!

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata Anwar Ibrahim perlu mengemukakan permohonan kepada Jabatan Peguam Negara bagi membolehkannya hadir ke sidang Dewan Rakyat akan datang.

Apa hal bro ???

Manakala timbalannya Datuk Ser Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengatakan Anwar perlu membuat permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

??????

Zahid dilaporkan berkata,

“Saya fikir kenyataan itu patut dirujuk kepada peguam negara. Tidak perlu ada pendapat individu, sama ada di kalangan menteri atau ahli politik.
“Kita perlu meletakkan kebertanggungjawaban itu kepada pengamal undang-undang, terutamanya peguam negara, membuat tafsiran berdasarkan Perkara 49 dalam perlembagaan, dan klausa lain yang terdapat dalam undang-undang yang berkaitan.”

Soalnya apakah sebagai Menteri KDN beliau tidak boleh mendapatkan pandangan Peguam Negara lebih awal dan kemudiannya membuat keputusan muktamad menutup perbincangan mengarut ini?  

Apa hal KDN ?

MMI

4 comments:

  1. Setuju dengan Zahed...
    Dia wajar berbuat demikian untuk meraih undi popular.. sebelah sana dapat...sebelah sini dapat.

    ReplyDelete
  2. Beliau ini kurang berupaya di dalam pengurusan sebanarnya. Tiada skill. Hanya besar cakap. Phd beliau dalam bidang apa ya? Kalau dilihat semua terlepas. Tiada finishing. Atau memang dia tak suka KDN sebenarnya dan minta supaya Najib tukarkan dia ke kementerian lain? Langsung tiada "glare" dan "percerverence" dalam menjalankan tugas.....

    ReplyDelete
  3. Kena provoke sikit je dh terkencing. Status anwar adalah banduan. Ampun apa kalau jenayahnya adalah liwat? Proses keadilan sudah berakhir dan banduan sedang menjalani hukuman. Tak timbul soal proses. Hatta kalau YDPA ampun sekalipun, sabit kesalahan adalah kekal. Susah sgt ke menteri & timbalannya nk faham? BANDUAN tak boleh bersidang di parlimen!!!!

    ReplyDelete
  4. Mana bukti kelas A Lahad Datu? Jgn ckp berdegar2 tapi habuk pun takda. Rakyat Malaysia perlukan menteri yg mahir dlm skop kerja masing2. Kata nak jadi negara pendapatan tinggi dan tenaga kerja mahir 2020..tapi org atas wajib Mahir dan Produktif. Aktivis Melayu bandar

    ReplyDelete

Labels