Di kesempatan ini MMI nak ucapkan TAHNIAH kepada Dato' Sri Ismail Sabri selaku Menteri Pertanian kita yang tampil BERANI mempertahankan hak pengguna.Dan kepada mereka-mereka yang kat luar sana tu MMI nak jelaskan sikit , maksud pengguna disini adalah RAKYAT.Jadi tidak timbul lagi soal RASIS dan sebagainya kerana ungkapan sedemikian hanya di lagukan oleh mereka-mereka yang melihat tindakan seumpama ini mampu memberikan tekanan yang besar khususnya kepada puak-puak cauvinis yang masih berdegil dengan keadaan terkini.
Semalam kita semua sudah pun melihat satu lagi gerakan besar-besaran telah dilancarkan atau digerakkan oleh sebahagian daripada rakyat yang melihat situasi terkini tidak berlaku seperti mana yang sepatutnya.Baca artikel berkaitan di SINI
Malah dalam keadaan tertentu pihak yang sedang berjuang untuk rakyat pula cuba dijadikan sebagai bahan politik untuk mengalih tumpuan warga Malaysia kononnya segala tindak-tanduk beliau adalah bersifat RASIS.BACA SINI
Secara JUJURNYA MMI rasa semua dah faham bahawa penurunan harga minyak sebanyak 2 kali sejak Disember lalu sebenarnya mampu memberikan perkembangan yang jauh lebih baik kepada seluruh rakyat tetapi malangnya sehingga ke hari ini kita masih tertunggu-tunggu siapakah dikalangan mereka-mereka itu mahu tampil menyatakan solidariti mereka bersama rakyat dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar.
Bukan sesuatu yang mudah apabila sesebuah negara itu sedang merangka dan berusaha untuk mencapai standard tertentu kerana ia memerlukan masa dan menempuh halangan-halangan tertentu yang boleh menyebabkan rasa panik atau ketidakselesaan kepada warganya.Namun dalam situasi seperti Malaysia , rintangan yang ditempuhi untuk pasakkan negara ke satu peringkat sebagai sebuah negara maju sentiasa diiringi dengan usaha-usaha bertali arus daripada kerajaan bagi memastikan bukan sahaja rakyat tetapi juga kerajaan tidak terlalu terkesan dengan halangan-halangan tersebut seterusnya memberikan ruang serta peluang untuk negara terus bergerak bagi mencapai sasarannya.
Mencapai hasrat Wawasan 2020 bukanlah sesuatu yang mustahil cuma dalam beberapa keadaan rakyat perlu turut sama membantu agar segala perancangan ini menjadi yang terbaik.
Maka dalam suasana terkini sewajarnyalah rakyat khususnya para peniaga dan pemborong harus sama-sama memikul tanggungjawab sosial mereka agar seiring dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan.
Banyak rungutan sebelum ini bahawa punca kenaikan harga barang adalah disebabkan oleh kenaikan harga minyak.Malah dalam keadaan tertentu seorang pemimpin yang mengaku dirinya sebagai Pengarah Strategik sebuah parti politik secara jelas menyatakan bahawa kenaikan harga minyak adalah punca kepada peningkatan kos harga barangan.Hanya melalui penurunan harga minyak sahajalah isu berkaitan dapat diselesaikan.
Maka berbondong-bondonglah sebahagiannya bertepuk sorak kononnya inilah pemimpin yang benar-benar memahami denyut nadi rakyat.
KINI setelah harga minyak turun ke paras RM1.70 si Pengarah Strategik ini tiba-tiba membisu !!!
Kebisuan itu jelas kerana apa yang diungkapkannya sebelum ini ternyata omongan kosong . sehingga artikel ini ditulis bukan sahaja tidak berlaku sebarang perubahan harga barangan di pasaran tetapi tidak ada seorang pun mereka-mereka dari kalangan peniaga dan pembekal yang kita tahu di monopoli oleh kaum tertentu tampil menyahut solidariti untuk rakyat.
Rata-rata mereka lebih banyak berdiam diri dan mengunci mulut masing-masing !
Maka kerana itulah kempen turunkan harga barang atau gesaan supaya rakyat memboikot peniaga dan pembekal yang masih berdegil tidak mahu menurunkan harga barang dilakukan.
Kesannya sudah terbukti dan cukup besar sekali !! Malah Menteri terlibat yang memulakan gesaan ini bukan sahaja perlu menerima tekanan daripada pihak pembangkang , tetapi turut dipanggil pihak polis untuk diambil keterangan malah diugut bunuh dan semuanya itu disebabkan pihak yang terkesan ini mula mendengdangkan ungkapan RASIS !!!
Well sekali lagi MMI ucap SYABAS kepada Dato' Sri Ismail Sabri kerana kekal dengan KEBERANIANNYA mempertahankan solidaritinya untuk rakyat !!
Dan semenjak itu beliau telah mendapat sokongan jitu daripada banyak pihak termasuklah dari kalangan pemimpin UMNO sendiri.Tidak cukup dengan itu pelbagai pihak tampil menyatakan sokongan seperti NGO , para pejuang maya dan warga marhaen yang prihatin dengan nasib rakyat dan memahami maksud SOLIDARITI.
Maka kerana itu SOLIDARITI ini harus di teruskan kerana ia bukan untuk kumpulan tertentu tetapi untuk seluruh rakyat tanpa mengira kaum.Tidak timbul soal RASIS dalam gerakan ini kerana ia melibatkan nasib rakyat seluruhnya.
MMI yakin pimpinan BERANI ini mampu menahan tekanan yang kini sedang diasak terhadap beliau , malah MMI juga yakin tembok pertahanan yang telah dibina disekeliling beliau oleh sokongan jitu banyak pihak MAMPU menangkis sebarang serangan puak-puak JAHAT yang hanya mementingkan tembolok mereka sendiri.
Cuma dalam semua keadaan itu MMI ada PESANAN yang rasanya PENTING untuk kita terus melihat gerakan solidariti ini menghasilkan sesuatu !!
PASTI ramai yang masih ingat kempen memboikot Mcdonald sebelum ini yang berjalan di seluruh negara.
Persoalan MMI , sejauh mana kempen memboikot itu bertahan ? Rasanya hari ini sudah ramai orang Melayu kembali menikmati hidangan di Mcdonalds dan kempen memboikot itu sebenarnya sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Maka dalam hal ini , kita WAJAR mengambil iktibar kerana jika kempen kali ini sekadar sekerat jalan MEREKA-MEREKA yang berdegil itu akan sekali lagi KETAWAKAN kita !!!
INGAT !! MARALAH TERUS MARA , JANGAN SEKERAT JALAN ...
MMI
No comments:
Post a Comment