Followers

Friday 6 February 2015

Cerita Tentang Mereka Yang Menuduh Ismail Sabri RASIS !!!

Masih lagi berlingkar kepada isu tentang penurunan harga minyak yang menjadi perdebatan hangat banyak pihak hari ini.

Kita tahu semenjak penurunan harga minyak di pasaran negara , pelbagai pihak yang dulunya redha dengan peningkatan harga barangan tidak lagi mampu menahan diri daripada mempersoalkan tentang sikap para pembekal dan peniaga atau siapa jua yang seangkatan dengannya kerana tidak menurunkan harga barangan.

Rata-rata yang bersuara itu terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum sebenarnya.Malah suara ini semakin lantang apabila Menteri Pertanian , Dato' Sri Ismail Sabri dalam satu komentarnya di laman facebook menyentuh secara langsung isu ini dengan mengajak pengguna menggunakan kuasa membeli mereka untuk memboikot pihak-pihak yang masih berdegil dengan tidak menurunkan harga barang.

Dan sudah tentu seluruh waga Malaysia sebenarnya sedar dan tahu bahawa majoriti kaum cinalah yang paling ramai sekali terlibat dalam kumpulan pengeluar , pembekal seterusnya peniaga.Malah dalam beberapa keadaan penetapan harga barangan di pasaran ditentukan oleh kumpulan-kumpulan ini kerana merekalah yang menguasai pasaran.

Jika dulunya peningkatan harga minyak menjadi alasan mereka untuk menaikkan harga barangan kini setelah penurunan harga tidak ada satu pun pihak yang tampil menyatakan kesediaan mereka untuk turut sama meringankan beban pengguna dengan menurunkan harga barangan.

Justeru itu apabila gesaan supaya pengguna memboikot pihak yang masih berdegil ini semakin kuat dan menerima banyak sokongan daripada akar umbi , maka muncullah suara-suara ghaib yang cuba mencuit kumpulan sasaran agar melihat dalam konteks perkauman.

Tuduhan bahawa Menteri Pertanian bersifat RASIS terus sahaja berkemundang malah menjadi semakin galak dengan segala jentera RBA dan seluruh proksi-proksi pembangkang khususnya DAP memainkan peranan masing-masing.

Soalnya RASIS kah kalau apa yang dikemukakan itu dipersetujui oleh banyak pihak ?

Jangan terpesong kerana isu pokoknya tentang penurunan harga barang tetapi kenapa diheret sebegitu rupa menjadi isu PERKAUMAN ? 

Apakah pihak-pihak yang menjaja Ismail Sabri sebagai perkauman BEBAS daripada unsur-unsur PERKAUMAN ?

DAP jauh lebih terang sifat RASISnya apabila dasar parti sahaja sudah menunjukkan kepada kita bagaimana mereka sebagai rakyat minoriti dalam negara yang diberikan segala kemudahan semenjak negara MERDEKA mahu menhapuskan hak bumiputera.

Sedarkah kita bahawa hak ini sudah termaktub dalam perlembagaan negara ?

Perlembagaan Persekutuan Malaysia terbahagi kepada 15 bahagian dan 183 perkara. Antara 183 perkara tersebut , terdapat beberapa peruntukan utama yang berkaitan dengan aspek-aspek berikut iaitu bahasa, agama, kewarganegaraan, kebebasan asasi, dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

Segalanya sudah jelas tetapi DAP masih tetap dengan dasarnya untuk melaksanakan kesaksamaan etnik ! Untuk apa kalau bukan dengan niat mahu mendapatkan kesamarataan seperti mana hasrat mereka menjadikan Malaysian Malaysia.

Ini bukan sahaja satu usaha penentangan terancang tetapi gerakan menjatuhkan maruah serta kedudukan orang-orang Melayu beserta perkara-perkara lain yang berkaitan yang selama ini tersimpan kemas dalam perlembagaan negara kita.

Tahukah kita menghapuskan kedudukan bumiputera di Malaysia adalah sama dengan gerakan pembersihan etnik ? sejarah telah mencatatkan bahawa puluhan ribu warga Bosnia telah dibunuh dengan kejam apabila gerila Serb melancarkan perang dengan melakukan pembersihan etnik secara terancang ?

Well perkara yang sama sebenarnya boleh berlaku di bumi Malaysia sekiranya hasrat dan usaha pihak-pihak ini tidak dihalang !!!!

Dalam pada itu bila berbicara soal RASIS , MMI terfikir tentang tindakan seorang pemimpin daripada parti yang bersekongkol dengan Pakatan Haprak.

Gerak laku dan bicaranya sebelum ini cukup mengjengkelkan malah ungkapannya dalam satu majlis makan malam bersama kepimpinan DAP begitu jelas bukan sahaja bersifat menjatuhkan maruah orang Islam tetapi turut melacurkan agama demi kepentingan politik.

Bagaimana seorang pemimpin berbangsa Melayu yang mengaku beragama Islam boleh mengeluarkan kata-kata sedemikian ?

Sedarkah beliau bahawa maksud ucapan itu jelas mengelirukan ?

Malah ianya jauh lebih rasis daripada apa yang diperjuangkan oleh Ismail Sabri !!

Menghina dan merendahkan maruah Islam itu sendiri sebenarnya sudah terlalu RASIS !!

Ada 2 kelompok kumpulan yang wajar kita perhatikan !!

1.Kumpulan yang secara terang-terangan mempertahankan dasar serta pejuangan mereka demi kepentingan politik dengan usaha untuk menghakis hak kumpulan lain.

2.Kumpulan yang mengaku satu kiblat dengan kita tetapi mempunyai versi yang berbeza.Sanggup melacurkan agama demi kepentingan politik dan rela melihat bangsa sendiri diperkotak-katikkan.

Walaupun sama bahaya tetapi kumpulan kedualah yang jauh lebih berbahaya kerana mereka umpama api dalam sekam !!

Akhir kalam ramai yang tertanya-tanya kenapa Mat Sabu sanggup bertindak sedemikian rupa ?

Well jawapannya mudah kerana beliau sedang menantikan ruang dan masa yang sesuai untuk MELANGKAH !!!


MMI

1 comment:

Labels